Mengapa perlu ”gergasi”?
Mengapa perlu tiang tertinggi? Mengapa perlu bendera terbesar?
Menciptanya mudah! Tetapi menyenggaranya banyak yang ambil mudah.
Harap-harap tiang berdera ini tiang Jalur Gemilang ataupun bendera negeri dan bukannya bendera parti yang sibuk bertanding sekarang ini.
Klik di sini untuk posting berkaitan.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com
Berita selanjutnya.
Dihempap tiang bendera gergasi
Kosmo, 15-Januari-2009
Kuala Terengganu - Seorang peniaga cedera dan 'hilang penglihatan' buat seketika selepas dihempap tiang sebelum diselubungi kain bendera gergasi sewaktu menunggang motosikal di Jalan Banggol, di sini semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 8.30 pagi ketika Abdul Rashid Mad Zin, 47, dalam perjalanan ke pasar Bukit Besar untuk menjual rojak ayam.
Jelasnya, ketika melalui tempat kejadian, dia dihempap tiang itu dan sekali gus pandangannya terhalang apabila diselubungi bendera sebesar 3.7 meter x 6.1 meter.
"Saya langsung tak nampak depan sebelum rebah atas jalan raya,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Tok Nasek di sini.
Akibat kejadian itu, Abdul Rashid cedera di muka, rusuk dan tangan kiri manakala barangan jualannya bertaburan di atas jalan.
Katanya, seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan itu membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan pesakit luar.
No comments:
Post a Comment