Tuesday, January 13, 2009

Melepasi berat bawah-badan (lower-body weight)

Melepasi berat bawah-badan (lower-body weight)

Apa yang dimaksudkan dengan ”melepasi berat bawah badan”? Apa yang dimaksudkan dengan paras ketinggian yang selamat pada pengadang?

Mengikut Jadual Kedua (Peraturan 3), Pembinaan Pengadang, Peraturan Kilang & Jentera (Pengadang Jentera & Keselamatan) 1970; ketinggian pengadang hendaklah sekurang-kurangnya 42 inci. Rujuk gambar di atas.

Mengapa ketinggian pada 42 inci?

Ketinggian 42 inci ini adalah mengikut ukuran kebiasaan penduduk Asia Dewasa berdasarkan ”anthropometry” ataupun ”human measurement” di mana pada ketinggian ini telah melepasi berat bawah-badan.

Secara amnya berat tubuh badan kita dipengaruhi oleh saiz badan terutama di bahagian perut, pinggul dan peha yang lebih dikenali sebagai bawah badan (lower body).

Sekiranya pengadang yang dibina itu mempunyai ketinggian kurang dari 42 inci, bahagian bawah badan ini (perut, pinggul dan peha) akan terletak di paras bahagian atas pengadang tersebut. Ini akan menyebabkan kemungkinan untuk terjatuh lebih mudah jika dibandingkan dengan pengadang yang dibina dengan ketinggian lebih darib 42 inci.

Kebanyakan bangunan tinggi yang mempunyai koridor biasanya direka dengan ketinggian pengadang yang kadang-kadang sehingga paras dada. Ada yang mempunyai ketinggian sehingga 48 inci dan lebih hingga mencapai 60 inci. Ketinggian paras dada ini sebenarnya ”meliputi” semua bahagian berat atas-badan seperti dada, lengan dan sebahagian dari bahu.

Bagaimanapun ketinggian ini diukur dari bahagian paling bawah iaitu lantai. Sekiranya ada peralatan tambahan yang pada permukaan lantai terutama peralatan tetap (fixed equipment) seperti batang paip dan sebagainya, ketinggian yang selamat untuk menghalang bahagian berat bawah badan ini di atas paras penghadang hendaklah diukur dari bahagian paling tingggi pada peralatan tersebut dan bukannya dari permukaan lantai.

Mengapa kali ini saya menulis mengenai paras ketinggian yang selamat pada pengadang ini? Rujuk di sini untuk mengetahuinya jawapan. Keselamatan bukan sahaja di tempat kerja. Utamakannya di mana-mana terutama dengan ahli keluarga.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: