Thursday, June 12, 2008

Makanan segera yang lebih sihat (dan selamat)?


Makanan segera yang lebih sihat (dan selamat)?

Kenny Roger Roasters dengan slogan; Less Fat, Less Salt, Less Calories.

Kini di Sungai Petani, ada RFC, Radix Fried Chicken, menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya.

HPA buka restoran

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
Metro ruangan Bisnes Isnin 25-Feb-2008

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.

Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.

“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.

Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

No comments: