Wednesday, June 25, 2008

Aktiviti JAS Perak


Aktiviti JAS Perak

Saya tidak pasti negeri lain sama ada Rakan Alam Sekitar anjuran JAS Negeri ini turut diperkenalkan juga. Bagaimanapun saya memang mengenali rapat Tuan Hj. Abu Hassan Mohd. Isa, Pengarah Negeri, JAS Perak ini.

Di bawah pimpinan Tuan Haji Abu Hassan, pelbagai aktiviti anjuran JAS Perak yang telah telah dan bakal diadakan dengan melibatkan sama ada pihak industri, sekolah dan orang ramai bermatlamatkan ke arah kesedaran persekitaran yang lebih sihat.

Saya sendiri telah berberapa kali dijemput membantu JAS Perak, semenjak awal 2000 dalam pelbagai aktiviti dengan kebanyakannya menjurus kepada ”treasure hunt”.

Antara lain yang pernah dianjurkan oleh JAS Perak ialah, Hari Komuniti, Pertandingan Bowling, Memancing, Kempen Cintai Sungai dan sebagainya. Perlawaan mendaki Gunung Kinabalu (antara gunung yang belum saya daki) oleh Tuan Haji sendiri terpaksa saya tolak kerana baru menjawat jawatan Pengurus Kilang di Tasek Cement ketika itu.

Tak pernah duduk diam pegawai-pegawai Tuan Haji ini berkejar ke sana-sini dengan aktiviti-aktiviti sebegini.

Terbaru iaitu hari Isnin lepas, saya menerima sms dari salah seorang pegawainya meminta saya mengelolakan satu lagi aktiviti ”treasure hunt” di tahun ini pada bulan Ogos nanti.

Saya belum memberi jawapan tetapi setiap tahun bulan Ogos dan September adalah ”bulan aktiviti terpadat saya”. Universiti Teknologi Petronas (UTP) sudah menempah saya untuk ”treasure hunt” dan ”motor fair” sempena konvo mereka semenjak dari awal tahun lagi. Beberapa IPTA dan IPTS juga telah merisik saya. Ini tak termasuk aktiviti-aktiviti sempena bulan Kemerdekaan peringkat Daerah dan Negeri, serta mungkin juga peringkat Kebangsaan.

Ini tidak termasuk beberapa proposal trek sementara acara Cub Prix yang perlu saya siapkan untuk Kerajaan Negeri Terengganu dan Negeri Kedah. Terbaru, saya dijemput untuk bersama-sama dalam satu acara Off Road 4x4 dan Motocross di bawah kerajaan baru Negeri Kedah ini, yang dijadualkan pada penghujung Ogos juga.

Seperti saya sirat dalam blog lama saya, bulan Ogos dan September serta November dan Disember adalah bulan-bulan di mana boleh dikira hari saya berada di rumah saya di Taiping. Mujurlah anak dan isteri amat memahami saya. Malah kalau berkesempatan mereka berdua akan saya bawa bersama di setiap aktiviti-aktiviti ini.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: