Tuesday, June 10, 2008

Dimana hendak dibuang tiub Flourescent ?


Dimana hendak dibuang tiub Flourescent ?

Tiub lampu kalimatang atau Flourescent Tube adalah antara barangan buangan berjadual yang mempunyai peruntukan dalam Akta Kualiti Alam. Ini bermakna Flourescent Tube yang terpakai tidak boleh dilupuskan atau dibuang ke tempat perlupusan sampah biasa.

Semasa di Celestica Kulim Hi Tech, saya berjaya menambahsyarat kepada pembekal atau pembaiki utiliti elekterikal agar mengambil semula Flourescent Tube yang terpakai semasa mereka memasang Flourescent Tube yang baru. Amalan ini saya serapkan semasa menjadi pengurus di Tasek Cement di Ipoh.

Bagaimanapun saya difahamkan kini hanya syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar sebagai pengumpul dan penyimpan barangan buangan berjadual Flourescent Tube sahaja yang boleh mengambil untuk tujuan perlupusan Flourescent Tubes ini. Kebanyakan pembekal atau pembaiki utiliti elektrik bukanlah syarikat yang berdaftar untuk tujuan pengumpulan dan penyimpanan barangan berjadual Flourescent Tubes ini.

Syarikat-syarikat besar seperti industri perkilangan tidak begitu bermasalah untuk mematuhi perundangan ini.

Persoalannya; bagaimana pula dengan kegunaan domestik dan jabatan kerajaan? Sebagai contoh gambar di atas saya ambil di sebuah bilik air jabatan kerajaan.

Perlaksanaan perundangan hendaklah meliputi semua organisasi, syarikat dan pengguna. Kita tidak mahu adannya dua standard dalam hal-hal sebegini. Keperihatinan terhadap alam sekitar perlu bermula dari dalam rumah pengguna, bukannya bermula dari dalam industri.

Sebagai cadangan, kerajaan melalui Jabatan Alam Sekitar perlu mengadakan pusat pengumpulan untuk barangan buangan berjadual Flourescent Tube ini. Untuk lebih effektif mungkin boleh diberikan rebet jika dikembalikan atau dihantar Flourescent Tube yang sudah terpakai ini.

Kesedaran juga perlu dipertingkatkan. Kempen Kitar Semula umpamanya yang melibatkan penggunaan tong-tong sampah yang berasingan agak mengecewakan kerana ada mereka yang terlibat dalam pengumpulan bersepadu bahan-bahan buangan ini mencampurkannya di dalam lori yang sama.

Kitar semula hari ini untuk generasi akan datang.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: