Tuesday, June 17, 2008

Lumrah semasa hari pemeriksaaan, Bhg. 2



Lumrah semasa hari pemeriksaaan, Bhg. 2

Dalam posting sebelum ini; Lumrah semasa hari pemeriksaaan, saya memaklumkan mengenai lawatan Pengarah DOSH Kedah/Perlis ke tempat kerja saya untuk tujuan pengauditan am dan juga jemputan untuk menyampaikan seminar.

Semasa membuat lawatan dalam kampus, Pengarah menyaksikan sendiri bagaimana pekerja yang menyenggarakan kebersihan jalan raya di dalam kampus hanya mengenakan vest keselamatan tetapi tidak ada kon keselamatan di tempat kerja mereka. Sedangkan pekerja-pekerja ini setiap hari lengkap dengan vest dan kon keselamatan semasa bekerja. Hendak dijadikan cerita, mereka tidak menggunakan kon semasa lawatan Pengarah DOSH Kedah/Perli tersebut.

Gambar-gambar di atas diambil pagi tadi. Inilah kebiasaan sebenarnya yang diamalkan oleh pekerja-pekerja penyenggaraan ini. Malangnya tidak pada hari pengauditan DOSH!

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: