Sunday, January 9, 2011

Fyling Fox Vs Industrial Sling Belt

Fyling Fox Vs Industrial Sling Belt

Saya baru menerima email berikut dari seorang kenalan yang sama-sama menjayakan satu kejohanan antarabangsa Eco Challenge.

Tiada sebarang edit kecuali memadamkan namanya yang tidak mahu dikenali, saya siarkan emailnya.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Salam En. Lukman.

Nama saya (beliau tidak mahu dikenali). Saya adalah salah seorang yang terlibat dalam National Geography Action Asia Challenge 2003 di Bukit Merah Lake Town di mana En. Lukman sebagai Pengarah Logistik Pertandingan ketika itu. Syarikat Consultant (dari KL) yang saya bekerja ketika itu ditugaskan untuk menyelia peserta dalam pertandingian abseiling. Kini saya menyertai KBBS sebagai Freelance Fitness Trainer.

Saya bersetuju dengan pandangan En. Lukman (tidak saya sangka En. Lukman adalah pensyarah OSH!) yang mengaitkan tiada penyenggaraan punca kemalangan. Bagaimanapun saya ingin membuat sedikit ulasan mengenai aktiviti flying fox ini.

Secara asasnya flying fox ini berisiko tetapi ianya boleh disesuaikan untuk sebarang peringkat umur. Syarikat saya pernah menyediakan flying fox untuk digunakan oleh murid-murid tabika berumur 5 dan 6 tahun di KL. Boleh rujuk Table 1 berikut untuk kesesuaian jarak tunggangan yang sesuai untuk peringkat umur.


Tulisan En. Lukman lebih menjurus kepada penggunaan Sling Belt di industri. Manakala flying fox ini menggunakan pelbagai peralatan. Bermula dari kabel yang digunakan samada dari Stainless Steel atau Galvanized. Kabel ini pula diikat (fixed installation) kepada flatform atau pokok.

Sudut turunan dari satu point ke satu point lain juga akan mempengaruhi kelajuan pengguna. Biasanya sudut ini direka supaya kelajuan sekitar 20 meter per saat.

Biasanya peserta menggunakan Tandem Trolley iaitu 20 in. handel pemegang berbentuk-T pada kabel flying fox ini. Handel ini diperbuat dari solid one-piece steel yang asalnya direka untuk peralatan mengangkat berat.

Tandem Trolley ini dilengkapi dengan pivot locking mechanism yang berfungsi menghalang pemegang ini terkeluar dari kabel apabila digunakan. Pada Tandem Trolley ini mempunyai steel ball bearing yang mampu meluncur dengan lancar. Manakala kekuatan membreknya adalah sekitar 6,000 kg.

Di antara Tandem Trolley ini dengan kabel ada penyangkut optional boleh berputar dikenali sebagai Swivel. Bagaimanapun penggunaan Swivel tidak sesuai untuk Mini Fun Ride (bawah 10 tahun).

Penggunaan Swivel memerlukan Safety Clips (dua unit) untuk menghubungkan kepada Line System.

Untuk flying fox fun ride ada yang menggunakan Bakul Rotan ataupun buaian biasa. Pengunaan sebegini tidak digalakkan kerana bahan yang digunakan mungkin tidak tahan (tidak lasak). Untuk fun ride ada buaian yang sesuai mengunakan “injection molded seat”.

Biasanya peserta menggunakan Body Harness sama ada full atau partly. Untuk kanak-kanak ada disyorkan Padded Line Seat (max. 50 kg.)

Full Body Harness lengkap dengan leg loops, waist belt dan tie-in point. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dengan flying fox disyorkan menggunakan Auto-locking Buckles untuk mengurangkan risiko salah/silap memasang Harness ini.

Aksesori lain ialah strap (seperti Sling Belt) sama ada jenis statik (tidak boleh ubahsuai panjang) atau Adjustable Strap. Biasanya berat sekitar 300 gram dengan kekuatan 19kN untuk jenis bolehubah dan 35kN untuk jenis statik.

Untuk Safety Clip pula perlu dari jenis yang boleh dikunci dan Autolocking. Disyorkan jenis aluminium dengan kekuatan sekitar 20kN long axis, 8 kN gat open, dan 10 kN short axis.

Penggunaan Topi Keselamatan juga boleh mengurangkan kecederaan kepala. Dikenali sebagai CPU Helmet (Cranial Protection Unit) dilengkapi dengan shell luar dari bahan ABS dan fully adjustable suspension.

Penggunaan Sarung Tangan yang diperkuatkan dengan bahan Kevlar boleh mengurangkan kecederaan.

Di Europe flying fox juga dikenali sebagai Zip Line. Ini ada satu link untuk rujukan http://www.wizzfox.com.au/wizzfox-installation.html

Jumpa lagi.

1 comment:

lukmanw@gmail.com said...

Melalui ruangan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kenalan baru (hanya bersua sekali semasa kejohanan NGACC 2003 di BMLTR) saya ini kerana menghantar email berkaitan Flying Fox.

Kalau dirujuk email ini, Flying Fox itu sendiri menyediakan (menyiapkan) peralatan dan PPE dengan spesifikasi/standard tertentu untuk mengurangkan risiko semasa menggunakannya.

Harap pengusaha-pengusahan tempat riadah di Malaysia ini menggunakan peralatan/ppe yang bersesuaian untuk Flying Fox ini.

Lukman