Saturday, August 9, 2014
Friday, August 1, 2014
Ekzos bocor, slip & fall dan penyelesaian secara OSH
Ekzos bocor, slip & fall dan penyelesaian secara OSH
Ini adalah light case study yang akan saya gunakan dalam
kelas-kelas pembelajaran akan datang.
Mengikut statistik Perkeso, setiap tahun kemalangan yang
dilaporkan tertinggi ialah “slip & fall” selain dari “commuting accident”.
Antara punca “slip & fall” ialah permukaan lantai yang licin akibat kehadiran
air, minyak, pasir dan sebagainya.
Step 1. Kenalpasti punca
Biasanya motosikal lama (terutama British) bermasalah dengan
lelehan minyak engine dari gear box atau lelehan petrol dari karburetor
(overflow dan sebagainya). Tetapi pada Suzuki GT250C (model 1978) saya mengenalpasti
kesan kebocoran sisa minyak petrol bercampur pelincir pada ekzos!
Sekali pandang memang mustahil adanya kebocoran pada ekzos
motosikal 2-lejang! Biasanya ekzos enjin 4-lejang yang selalu bocor. Kehadiran
minyak pelincir 2T pada ekzos motosikal 2-lejang sebenarnya berupaya
memanjangkan hayat ekzos itu sendiri.
Ekzos Suzuki GT250C saya bocor akibat hentakan berulang-kali
dari pemijak sisi yang dinaikkan. Berbeza dengan bahagian ekzos yang
berhampiran dengan hujung pemijak tengah yang mempunyai lekuk khusus.
Punca lelehan minyak ini adalah akibat kebocoran disebabkan
hentakan pemijak sisi kepada bahagian ekzos.
Step 2. Penyelesaian jangka pendek – corrective action
Lelehan minyak ini akan menyebabkan permukaan lantai licin
dan boleh menyebabkan tergelincir dan jatuh. Untuk jangka pendek, setelah
permukaan lantai dicuci, saya menggunakan kertas tebal (kertas kotak) sebagai
alas sementara.
Terfikir juga untuk mencari aluminiun foil penampal periuk!
*Kalau dalam sukan
lumba, pegawai atau marshal akan bersedia dengan simen. Simen ini akan dicurah di
atas permukaan jalan yang ditumpahi minyak dan diberus (menggunakan berus
buluh), menyebabkan simen akan mengeras serta-merta.
Step 2. Penyelesaian jangka panjang – preventive action
Untuk preventive action, penyelesaian secara “Hierarchy of Risk Control” adalah antara yang terbaik.
1. Eliminate – Penghapusan Mutlak Risiko. Setelah lubang ekzos
yang dibaiki/pateri (welding), pemijak sisi boleh ditanggalkan terus.
2. Subtitution – Penggantian. Elakkan menggunakan pemijak sisi.
Gunakan pemijak tengah.
3. Isolation – Penjarakan yang ada dua kaedah iaitu jauhkan dan
litupi. Jarakkan (atau litupi) bahagian ekzos yang terdedah kepada hujung
pemijak disisi dengan direka adanya lekukan
(groove) seperti bahagian ekzos yang terdedah kepada hujung pemijak tengah.
4. Engineering Control – Pengawalan secara Kejuruteraan.
Rekabentuk awal agar pemijak sisi ini berjauhan dari bahagian ekzos.
5. Administration Control – Pengawalan secara Pentabiran.
Prosedur atau kaedah menaikkan pemijak sisi secara perlahan-lahan agar tidak
menghentak bahagian ekzos.
6. Protection Equipment – Peralatan Perlindungan
Peribadi. Peribadi kepada motosikal (ekzos) dengan cara memasang getah pelapik
(rubber padding).
Mungkin menggunakan jentera atau mesin di kilang lebih tepat
untuk case study corrective/preventive action dan Hierarchy of Risk Control . Tetapi saya rasa penggunaan
ekzos motosikal 2-lejang yang bocor juga boleh digunakan sebagai light case
study berkaitan penyelesaian secara OSH untuk kemalangan slip and fall.
http://oshthejourney.blogspot.com/
Halalkan yang haram - dari segi OSH. Ada caranya.
Halalkan yang haram - dari segi
OSH. Ada caranya.
Tahun 2010, saya bertegas tidak
membenarkan anak lelaki saya membeli basikal fixie. Saya pernah menulis dalam
blog saya mengenai kegunaan sebenar fixie yang tiada freewheel, hanya satu gear
dan tiada brek ini khusus untuk perlumbaan terkawal di dalam veledrom.
Tegasan saya ini juga dipersetujui
dan diamalkan oleh kenalan saya, Nazri (Penjara Taiping) di mana beberapa orang
anaknya mewakili Perak dalam sukan berbasikal trek veledrom dan juga lebuhraya.
Awal tahun lepas 2013, Astro
menayangkan filem Premium Rush (2012) lakonan Joseph Gordon-Levitt sebagai
Wilee (penghantar surat berbasikal di Bandar New York) yang bermasalah dengan Bobby
Monday (Michael Shannon), pegawai polis yang korup dan kaki judi. Kecekapan
Wilee berbasikal di tengah bandaraya ini mencetuskan kembali minat anak saya
seorang itu.
Beberapa bulan lepas anak saya
memohon semula untuk membeli basikal fixie ini.
Saya teringatkan seorang guru OSH
yang menggunakan analogi perkahwinan dalam satu kelas yang saya hadiri. Kata guru
saya ini, sex tanpa nikah adalah haram. Tetapi dengan nikah, sex itu menjadi
halal.
Saya tidak membantah berbasikal
sebagai rekreasi tetapi sifatnya yang tiada sistem brek mengusarkannya saya.
Lakonan Wilee dalam Premium Rush melarikan basikal fixie di tengah kesibukan
bandaraya New York adalah lakonan semata-mata dan dalam keadaan terkawal.
Akhirnya anak saya bersetuju untuk
memasang brek di basikal fixie yang akan dibelinya. Dan saya membenarkannya
membeli basikal fixie.
Halalkan yang haram -
dari segi OSH. Ada caranya.
http://oshthejourney.blogspot.com/
Lakonan Wilee dalam Premium Rush melarikan basikal
fixie di tengah kesibukan bandaraya New York adalah lakonan semata-mata dan
dalam keadaan terkawal.
Thursday, July 31, 2014
Bila kali terakhir anda menukar injap tayar kenderaan anda?
Bila kali terakhir anda menukar injap tayar kenderaan anda?
Pengeluar tayar (dan kenderaan) biasanya mengesyorkan injap
tayar (tyre valve) hendaklah ditukar setiap kali anda menukar tayar kenderaan
anda.
Bagaimana pula kalau anda seorang yang selalu menjaga
tekanan angin tayar? Penjagaan angin tayar yang sesuai dan betul akan memanjangkan
lagi hayat tayar kenderaan anda.
Disebaliknya saya teralpa dengan tempoh penggunaan injap
tayar. Awal tahun 2014 ini saya telah menukar kedua-dua tayar roda hadapan
kereta Pesona saya dan juga injap tayar kedua-duanya. Oleh kerana bunga tayar
roda belakang masih elok, saya bercadang hanya untuk menukarnya pada penghujung
tahun ini bergantung kepada keadaan. Pada masa yang sama, saya tidak menukar
injap tayar roda belakang ini.
Pagi tadi, saya dapati kedua-dua tayar roda belakang saya
terutama di sebelah kiri agak kekurangan angin. Sebaik sahaja saya mengenakan
muncung pengepam angin (nozzle) di stesen minyak hentian R&R Juru, injap
roda tayar ini terus patah!
Saya tidak bermasalah untuk membuka empat bolt rim roda belakang
kiri ini kerana saya sudah memastikan sebelum ini bolt rim ini tidak diketatkan
secara melampau menggunakan mesin torque.
Bagaimanapun rim tersebut terlekat pada buyung (hub) roda.
Pelbagai cara digunakan termasuk mengoyangkan dan menendang (atas dan bahawa)
bahagian roda tetapi masih gagal.
Sehinggalah seorang pemandu lori berbangsa Cina (PCB 3519)
menghulurkan bantuan dengan menggunakan pengetuk (hammer) yang berlapikkan
getah.
Hanya ucapan ribuan terima kasih kepada insan yang
bersusah-payah membantu tanpa sempat bertanyakan nama. Begitu juga kepada beberapa
orang pemandu kenderaan lain yang cuba membantu sebelumnya. Terima kasih semua.
Saya teringatkan klip video seperti di bawah, yang saya sering
gunakan sebagai bahan pembelajaran saya di dalam kelas. Malah paling akhir saya
berkongsi klip video dengan staf Hicom Honda pada minggu lepas.
Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya.
Wednesday, July 30, 2014
5. Process Maps and FMEA Help Prepare Utility for Disaster
5. Process Maps and FMEA Help Prepare Utility for
Disaster
David Marden, Phil Hannan and Myron Olstein. www.isixsigma.com
Friday, July 25, 2014
Manfaatkan ruangan tempat letak motosikal
Manfaatkan ruangan tempat letak motosikal
Saya baru selesai 2 hari tugasan di Hicom Honda Sg Petani. Seperti biasa, setiap kali berpeluang berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan OSH yang ada, saya cuba mempelajari/meneladani sesuatu di Hicom Honda ini.
Selain kagum dengan amalan dan akitiviti 5S di sini terutama dalam aspek pelabelan dan juga juga kebersihan di tandas, saya tertarik dengan tempat simpanan topi keledar dan jaket yang disediakan di tempat letak motosikal. Ianya amat praktikal di mana tempat simpanan ini direka di bahagian atas tempat letak kenderaan yang berbumbung ini.
Organisasi lain patut mencontohinya.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com
Chemical exposure control – avoid direct contact (isolation method)
Chemical exposure control – avoid direct contact (isolation method)
Sebelum ini saya beri perhargaan kepada pekerja (pengurusan) mencuci kenderaan di Caltex Sunway kerana menggunakan spam yang ada handle semasa mengilatkan tayar kenderaan. Pagi tadi semasa mencuci kereta di tempat mencuci kenderaan yang baru dibuka di Asam Kumbang Taiping, saya dapati pekerja di sini juga menggunakan peralatan yang hampir sama.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com
Tuesday, July 15, 2014
4. FMEA Can Add Value in Various Project Stages
Friday, July 11, 2014
3. Minimizing Risks: How to Apply FMEA in Services
Thursday, July 10, 2014
2. FMEA: Preventing a Failure Before Any Harm Is Done
Subscribe to:
Posts (Atom)










