Tuesday, July 8, 2014

1. Quick Guide to Failure Mode and Effects Analysis


1.  Quick Guide to Failure Mode and Effects Analysis

George Forrest. www.isixsigma.com

Saturday, July 5, 2014

Aedes – bolehkah kita saman “pihak berkuasa tempatan”?


Aedes – bolehkah kita saman “pihak berkuasa tempatan”?

Semasa saya bekerja di kilang elektronik di Kulim Hi-tech pada awal tahun 2000, kilang saya bekerja tersebut telah menerima saman dari pihak berkuasa tempatan kerana didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes. Sebagai SHO ketika itu, agak sukar saya untuk menjelaskan kepada pihak pengurusan hal ini kerana tempat pembiakan tersebut adalah di celah dahan pelepah pokok palma di hadapan kilang. Pihak berkuasa tempatan menegaskan kedudukan pokok palma tersebut masih di kawasan premis kilang.

Beberapa tahun selepas itu, semasa bekerja di kilang simen di Ipoh pula, kilang yang saya bekerja ini telah menerima saman dari pihak berkuasa tempatan kerana didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes di lopak kain tarpaulin canvas penutup karung guni simen.

Sumber air dalam kedua-dua kes ini adalah dari air hujan.

Persoalannya, kalau di tempat kerja, occupier” atau “employer” boleh disaman oleh pihak berkuasa tempatan, bolehkah kita pula saman “pihak berkuasa tempatan” yang bertanggungjawab terhadap kebersihan jika dapat dibuktikan adanya tempat pembiakan aedes di persekitaran perumahan yang kita tinggal akibat kegagalan pihak berkuasa tempatan ini?


Sekadar persoalan.

Wednesday, July 2, 2014

Foolproof or Make It Legally Safe




Foolproof or Make It Legally Safe
Lesson learned dari kemalangan maut di Pasar Ramadhan

Menurut seorang saksi di tempat kejadian; "Mangsa cuba melintasi longkang selebar semeter itu tanpa melalui laluan pejalan kaki yang telah disediakan sebelum hilang keseimbangan badan dan tergelincir.”

Sikap suka mengambil jalan pintas atau “short-cut” sebegini (tanpa melalui laluan pejalan kaki yang telah disediakan) kerap mengundang kemalangan. Sebagai contoh, jejambat untuk perjalan kaki telah dibina tetapi ramai juga yang masih menyeberangi jalan yang sibuk tanpa menggunakan jejambat perjalan kaki ini.

Biasanya juga kawasan perumahan yang dibina hanya mempunyai laluan masuk utama yang terhad tetapi kemudian ramai penghuni yang membuat jalan pintas menyeberangi longkang terutama pengguna motosikal. Dari laluan yang menggunakan papannya akhirnya dibuat menggunakan konkrit.

Terdapat juga “kesilapan” pemaju yang menentukan laluan ini. Mungkin laluan utama yang jauh menyebabkan penghuni mencari alternatif lain. Tetapi sikap manusia yang suka mengambil jalan pintas dengan alasan dekat dengan rumah ataupun dekat dengan kenderaan yang diletakkan.  Sebagai contoh, tempat letak kereta masih terdapat ruang kosong tapi ramai pemandu yang memilih untuk meletakkan kereta mereka di susur jalan berhampiran dengan tempat kerja atau bangunan yang mereka hendak berurusan.

Jika perlu laluan pintas, alternatif “meghalalkan” nya perlu dibuat. Alhamdulillah walaupun mungkin sedikit terlewat hingga meragut satu nyawa, longkang di Pasar Ramadhan Putrajaya ini telah mempunyai laluan perjalan kaki yang lebih selesa dengan longkang ditutup dan tebing tanah telah dibuat tangga. Lebih lengkap jika ditambah pemegang tangan di susur tangga itu.

Rujuk posting saya yang bertajuk - Foolproof or Make It Legally Safe di sini. Baca juga posting saya yang berkaitan di sini, di sini dan di sini.


http://oshthejourney.blogspot.com





Friday, June 20, 2014

JKKP Pulau Pinang - Pertandingan Rekacipta Banner Promosi KKP Sempena Sambutan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2014



JKKP Pulau Pinang - Pertandingan Rekacipta Banner Promosi KKP Sempena Sambutan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2014

Boleh download borang/hebahan di sini -https://app.box.com/s/h308obzpttrqycfxl08r

Saturday, June 7, 2014

Obersiti - Malaysia hebat !


Ergonomik di Kantin



Ergonomik  di Kantin


Akhirnya.....

Setelah ditegur kerap kali akhirnya pihak kantin ini meletakkan bekas sisa makanan dan pinggan di atas meja.

Tidak perlulah tunduk membongkok untuk meletakkan sisa makanan dan pinggan.

Minggu lepas Kelas SHO di Niosh Prai dan Kismec Sg Petani