Wednesday, June 12, 2013

Tq Minister! Please walk the talk!


Tq Minister! Please walk the talk!

From Biker @ OSH Practitioner @ OSH Blogger @ Riding Blogger

http://oshthejourney.blogspot.com

Tinjau laluan motosikal
Harian Metro 12 Jun 2013

Putrajaya: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan meninjau sendiri keadaan laluan motosikal di lebuh raya, minggu depan sebagai menyahut cabaran penunggang motosikal yang meminta beliau turun padang merasai sendiri kesukaran mereka.

Hishammuddin berkata, beliau mendapat komen daripada beberapa penunggang motosikal yang meminta beliau tengok sendiri keadaan laluan di lebuh raya yang teruk, berlubang dan tidak diselenggara dengan baik.

“Saya ada menerima beberapa komen yang mengatakan pemangku Menteri Pengangkutan selalu naik motosikal, jadi suruh dia tengok sendiri keadaan laluan motosikal. Saya sahut cabaran itu dan akan turun lihat,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Sistem Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan (SPKPK) di Kementerian Pengangkutan, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Long See Wool.

“Walaupun tanggungjawab itu di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), kita akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya, malah saya sendiri sudah berbincang dengan menterinya, Datuk Fadhilah Yusof supaya masalah ini dapat diatasi, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan penunggang motosikal.

“Pada masa sama, orang ramai juga perlu faham kita tidak boleh menyelesaikan masalah ini sekelip mata kerana ia mungkin membabitkan pihak ketiga sama ada kementerian, agensi atau jabatan,” katanya. Beliau berkata, orang ramai juga boleh memberikan maklum balas kepada kementerian mengenai laluan atau jalan yang perlu diberi keutamaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jumaat ini untuk melihat isu yang menyentuh bidang jabatan berkenaan.

Pada masa sama, beliau berkata, kementerian turut memberi tumpuan kepada pengukuhan unit dasar bagi memastikan hala tujunya lebih jelas.

Saturday, June 8, 2013

Laluan Khas Motosikal Selamat?


Laluan Khas Motosikal Selamat?

Sehari selepas Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye meminta jawatankuasa di bawah Kementerian Kerja Raya memperbaiki keadaan lorong khas motosikal supaya lebih selesa dan selamat kepada pengguna (rujuk teks penuh di bawah), Ketua Polis Daerah Subang Jaya (rujuk keratan akhbar di atas) memaklumkan lorong khas motosikal di KESAS adalah selamat berdasarkan hanya 2 rekod samun pada tahun 2011 dan tiada rekod sepanjang 2012.

Saya tidak pasti adakah 2 laporan akhbar ini berkait antara satu sama lain. Apa yang saya pasti Pengerusi NIOSH mengharapkan lorong khas motosikal diperbaiki supaya lebih selesa dan selamat kepada pengguna. Saya juga pasti istilah selamat yang digunakannya meliputi hazard dan risiko keselamatan dari segi safety dan security (criminal).

Aktiviti berasaskan pasif (re-active) seperti statistik dan rekod masih relevant untuk panduan perancangan dan pembaikan/penambahbaikan. Bagaimanapun aktiviti berasaskan aktif (pro-active) iaitu tindakan yang diambil sebelum berlakunya insiden/kemalangan adalah langkah terbaik dalam usaha pencegahan.

Sebagai salah seorang pengamal OSH dan juga pengguna tegar laluan khas motosikal ini, saya dan pasti mereka yang lain mengharapkan semua laluan khas motosikal diperbaiki agar lebih selesa dan selamat.


Kerajaan digesa baiki lorong motosikal
Harian Metro 3-Jun-2013

Kuala Lumpur: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye meminta jawatankuasa di bawah Kementerian Kerja Raya memperbaiki keadaan lorong khas motosikal supaya lebih selesa dan selamat kepada pengguna.

Beliau berkata, penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kira-kira 70 peratus daripada 6,000 kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini setiap tahun. Lee yang menghubungi BERNAMA berkata, kurangnya penyelenggaraan di lorong motosikal menyebabkan penunggang motosikal enggan menggunakan laluan khas berkenaan dan memilih untuk menggunakan lebuh raya sekaligus meningkatkan risiko kemalangan. “Berdasarkan maklumat yang saya kumpul daripada penunggang motosikal yang saya temui mereka memaklumkan bahawa lorong khas motosikal kurang diselenggara dan tidak begitu selamat. “Lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan mempunyai selekoh berbahaya, berlubang, berlopak dan banjir ketika hujan. “Selain itu terowong (di laluan motosikal) sangat gelap dan penunggang serta pembonceng turut diganggu penjenayah pada waktu tertentu,” katanya. Lee berkata, laluan khas penunggang motosikal adalah salah satu pendekatan bagi mengurangkan kejadian kemalangan di kalangan pengguna motosikal.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusuf baru-baru ini mengumumkan bahawa kementeriannya akan menubuhkan pasukan khas bagi meneliti kebimbangan mengenai tahap keselamatan lorong khas motosikal. - BERNAMA

Fahami Konsep Pencegahan Insiden

Harian Metro 7 Jun 2013 - diharap Harian Metro turut menyediakan ruangan HM-Niosh ini secara on-line ataupun menyediakan format (Pdf) untuk cetakan.

Friday, June 7, 2013

5S SEIKETSU – LABELLING TYRE PRESSURE



5S SEIKETSU – LABELLING TYRE PRESSURE

SEIKETSU atau SERAGAM terjemahannya dan penerangannya ialah memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

Kalau dalam Peraturan OSHA 1994, terdapat CPL (Classification,Packaging & Labelling) yang di antaranya menerangkan peraturan melabelkan semua barangan untuk tujuan identifikasi dan juga keterangan keselamatan.

Dalam 5S tiada pengkhususan dalam labelling tetapi ianya masih menjadi keutamaan. Syoran labelling ini boleh dirujuk dalam SEIKETSU (Seragam) dan juga SEITON (Susun).

Antara labelling yang saya amalkan semenjak dari pertengahan 80an ialah menandakan sukatan tekanan angin yang betul kepada semua tayar kenderaan yang saya miliki terutama motosikal*. Amalan ini saya warisi dari tabiat ayah saya yang diamalkannya  semasa berkhidmat sebagai tentera. Malah ketika pertengahan 80an itu saya tidak pernah mengetahui mengenai 5S ini dan Peraturan CPL (malah OSHA) sendiri belum ujud.

Penjagaan sukatan angin yang betul pada tayar kenderaan akan memanjangkan lagi usia hayat tayar itu sendiri.

http://oshthejourney.blogspot.com/

*Sukatan tekanan angin kereta boleh dirujuk pada sisi tepi rangka pintu sebelah pemandu. Rujuk gambar di bawah.



Sign of Reverse Psychology



Posting berkaitan di sini

Thursday, June 6, 2013

Keperluan Susur Tangga (Hand Railing) pada Anak Tangga

Keperluan Susur Tangga (Hand Railing) pada Anak Tangga

Antara topik keselamatan sama ada di tempat kerja atau di kediaman (rumah) yang sering saya sentuh di dalam kelas pembelajaran atau di mana-mana saya berkesempatan ialah “keselamatan tangga”. Perundangan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By Law 1984) perlu digunapakai untuk keselamatan tangga ini. Walaupun UBBL 1984 ini dipertanggungjawab kepada arkitek yang merekabentuk bangunan, pemilik atau penghuni bangunan juga perlu mengetahui keperluan yang sedia ada.

Sebagai contoh dalam Bhg. VI, 107 Susur Tangan yang jelas menyatakan tangga yang mempunyai 4 atau lebih anak tangga memerlukan sekurang-kurangnya satu anak tangga. Manakala anak tangga yang lebarnya lebih dari 2225 milimeter (87.5 in) perlu disediakan susur tangan tengah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraturan berkaitan tangga ini boleh dirujuk di bahagian bawah posting ini.

Saya merasa amat bangga apabila Masjid Kampung Ekspo (gambar di atas) yang berhampiran dengan rumah saya ini telah memasang susur tangga di awal tahun 2013 ini. Rasa tenang di hati apabila melihat mereka yang datang mengimarahkan masjid ini menaiki anak tangga ini sambil memegang susur tangga. Bulan sahaja golongan tua atau yang kurang berdaya menggunakan susur tangga ini malah dimanfaatkan oleh semua penghujung Masjid Kampung Ekspo ini. 


 Saya berpeluang berbincang dan meminta pandangan mengenai Susur Tangga ini daripada dua Pengarah DOSH Negeri iaitu Kedah dan Perlis pada Selasa lepas semasa makan tengahari di Cherengin Resort & Spa, Janda Baik. Kebetulan saya dijemput untuk membentangkan satu kajian di kursus retreat pegawai kanan DOSH Malaysia itu.

Sebenarnya pada tahun 2008 semasa saya dijemput membentangkan kertaskerja bertajuk OSH in Mosque untuk satu seminar Imam-imam dan Bilal-bilal Negara Asean anjuran UUM dan JAKIM, perkara yang sama turut saya sentuh.

Bulan lepas semasa mengendalikan bengkel di Kolej Jururawat Pulau Pinang, saya turut menyentuh keselamatan tangga ini. Anak tangga dari paras bawah ke tingkat satu lengkap dengan susur tangga. Malah anak tangga di antara larian tangga yang hanya mempunyai 4 anak tangga turut dilengkapi dengan susur tangga. Rujuk gambar di atas.

Bulan lepas semasa mengendalikan bengkel di Kolej Jururawat Pulau Pinang, saya turut menyentuh keselamatan tangga ini. Anak tangga dari paras bawah ke tingkat satu lengkap dengan susur tangga. Malah anak tangga di antara larian tangga yang hanya mempunyai 4 anak tangga turut dilengkapi dengan susur tangga. Rujuk gambar di atas.

Bagaimanapun sebagai peluang untuk penambahbaikan (room for improvement), anak tangga dari tingkat satu ke Dewan Ceramah tidak dilengkapi dengan susur tangga. Rujuk gambar di atas. Mungkin ketiadaan susur tangga di sini tidak menjadi masalah kepada pelatih-pelatih Kolej Jururawat Pulau Pinang ini yang berusia awal 20an tetapi agak bermasalah kepada tenaga pengajar malahkepada saya juga yang berusia hampir 50an ini.

Bagaimana dengan anak tangga di tempat kerja anda atau di kediaman anda?



UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984
BHG. VI - KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN (UNDANG-UNDANG KECIL 81 - 132)

106.  DIMENSI TANGGA
1)            Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter  (7 in) dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter  (10 in) dan dimensi-dimensi ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.
(2)          Lebar sesuatu tangga hendaklah mengikut Undang-undang Kecil 168.
(3)          Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu

107.  SUSUR TANGAN
1)            Kecuali bagi tangga yang mempunyai kurang daripada 4 tetingkat, semua tangga hendaklah disediakan dengan sekurang-kurangnya satu susur tangga.
(2)          Tangga yang lebarnya lebih daripada 2225 milimeter (87.5 in) hendaklah disediakan dengan susur tangan tengah bagi setiap 2225 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu dan mempunyai jarak yang hampir-hampir sama.
(3)          Bagi bangunan lain daripada bangunan kediaman, susur tangan hendaklah diadakan pada setiap sisi tangga itu jika lebar tangga itu adalah 1100 milimeter (43 in) atau lebih.
(4)          Semua susur tangan hendaklah mengunjur tidak lebih daripada 100 milimeter (4 in) daripada permukaan dinding kemas dan hendaklah ditempatkan tidak kurang daripada 825 milimeter (32.5) dan tidak lebih daripada 900 milimeter (35,5 in) diukur daripada anjur jejak tangga dengan syarat bahawa susur tangan bagi pelantar hendaklah tidak kurang daripada 900 milimeter daripada paras pelantar itu.

108.  LARIAN TANGGA MAKSIMUM
(1)          Bagi bangunan kediaman, suatu pelantar yang tidak kurang daripada 1.80 meter  (6.0’) lanjurannya hendaklah diadakan bagi tangga pada jarak-jarak tegak yang tidak lebih daripada 4.25 meter (14.0’) dan bagi tangga-tangga dalam semua bangunan lain hendaklah tidak lebih daripada enam belas tetingkat di antara setiap pelantar itu.
(2)          Tiada mana-mana bahagian dalam sesuatu larian mana-mana tangga boleh mempunyai kurang daripada dua tetingkat.

109.  ANAK TANGGA TIRUS
(1)          Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian VII dan VIII Undang-Undang Kecil ini tangga keliling boleh dibenarkan sebagai tangga kedua dalam bangunan di mana tingkat paling atas sekali adalah tidak lebih daripada 12.2 meter (40.0’) tinggi.
(2)          Tangga pilin boleh dibenarkan jika ia digunakan sebagai jalan keluar yang dikehendaki.

110.  TIADA HALANGAN PADA TANGGA
(1)          Maka hendaklah tidak ada apa-apa halangan pada sesuatu tangga di antara yang paling tinggi sekali dengan tempat keluar di tingkat bawah.
(2)          Maka hendaklah tidak ada apa-apa unjuran, selain daripada susur tangan pada tangga-tangga, dalam sesuatu koridor, laluan atau tangga pada paras yang rendah daripada 2 meter di atas lantai sesuatu tangga.

111.  PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN TANGGA
Semua tangga hendaklah diterangi dan diganti udara dengan sempurna mengikut kehendak-kehendak pihak berkuasa tempatan.

112.  KEPUNGAN TANGGA DALAM KEDAI
Bagi sesuatu kedai, larian sesuatu tangga yang mempunyai akses terus daripada jalan hendaklah dikepung dengan dinding daripada bahan tak boleh terbakar.

113.  PENGGUNAAN TANGGA KAYU
(1)          Tangga-tangga kayu boleh dibenarkan bagi jenis-jenis bangunan berikut yang tidak lebih daripada tiga tingkat tingginya:
(a)          bangunan kediaman berasingan;
(b)          bangunan kediaman berkembar;
(c)          rumah teres;
(d)          di tingkat atas rumah kedai lain daripada tingkat bawah ke tingkat pertama dengan syarat bahawa ia ditempatkan dalam kawasan terlindung bagi segenap tingginya; dan
(e)          bangunan jenis serupa yang lain yang risiko kebakarannya terhad mengikut budi bicara pihak berkuasa tempatan.
(2)          Semua tangga lain hendaklah mempunyai kadar ketahanan api yang tidak kurang daripada 2 jam.

Wednesday, June 5, 2013

5S SEITON – HOSEREEL


5S SEITON – HOSEREEL

SEITON atau SUSUN terjemahannya dan penerangannya ialah menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

Rumah yang saya diami sekarang sekarang saya duduki mula pertengahan tahun 2002 tetapi saya hanya menggunakan gelendung (hosereel) untuk hos getah di halaman rumah saya ini mulai tahun 2012 lepas.

Sebelum ini hos getah sepanjang 30 meter (100 kaki) itu hanya disangkut di pagar ataupun dibiarkan di atas lantai.

Setelah dipasang geledung ini barulah saya sedar banyak kebaikannya di samping dapat menyimpan hos getah ini dengan kemas.

Posting berkaitan di sini.

Tangga & jantung anda. Nasihat serampang 2-mata











Tangga & jantung anda. Nasihat serampang 2-mata

Gambar-gambar dirakam di Hospital Daerah Taiping bulan lepas.

Dua masalah yang dihadapi oleh hampir semua hospital dan klinik di Malaysia ialah kekurangan tempat letak kereta dan juga lift penumpang.

Masalah tempat letak kereta memerlukan penyelesaian jangka panjang yang dirancang dengan teliti tetapi masalah kekurangan lift penumpang boleh diatasi segera dengan mengalakkan penggunaan tangga.

Kempen pengalakkan tangga boleh dimanfaatkan dengan kempen bersenam demi penjagaan jantung yang sihat. Poster-poster yang berkaitan senaman secara berjalan kaki menaiki tangga perlu diperbanyakan. Pada masa yang sama laluan anak tangga perlu bersih dengan pencahayaan yang memuaskan.

Laluan susur atau koridor juga mesti bersih, pencahayaan yang sesuai dan lantai tidak licin serta tidak terdedah kepada hujan dan sinaran matahari.

Tangga-tangga di Hospital Daerah Taiping mempunyai ciri-ciri terpuji ini.

Mengapa perlu jalan pintas?




Mengapa perlu jalan pintas?

Gambar dirakam di Hospital Daerah Taiping bulan lepas.

Ada 2 cara untuk mengatasi masalah ini. Cara pertama iaitu secara Poka Yoka di mana pagar dibina menghalang perjalan kaki dari memanjat curam ini. Itupun kemungkinan besar ada perjalan kaki yang sanggup memotong pagar ini kelak.

Cara yang kedua ialah “menghalalkan” laluan ini dengan cara menjadikannya laluan perjalan kaki yang sah iaitu dibina anak tangga dan juga pemegang tangga.

Posting berkaitan di sini.

Saturday, June 1, 2013

BANDAR-BANDAR BESAR TANPA MOTOSIKAL!


BANDAR-BANDAR BESAR TANPA MOTOSIKAL! Terbaru dalam temu bual Astro Awani.


Pihak polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini adalah antara beberapa langkah "drastik" yang dicadangkan untuk menangani masalah tersebut. Menurutnya, 90 peratus jenayah jalanan dilakukan oleh penjenayah bermotosikal.

Sebenarnya isu ini sudah lama dan kerap kali saya bincangkan dalam kelas atau di mana-mana seminar/dialog yang saya sertai. Biasanya saya akan simpulkan dengan satu soalan - jika selepas ini (selepas motosikal diharamkan) akan berlakunya pula kekerapan jenayah menggunakan kereta, adakah kereta juga akan diharamkan?

Sebarang Corrective dan Preventive Action yang akan dilaksanakan perlu ada pertimbangan sewajarnya.


lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com