Tatacara Panduan Majlis
1. Banner dan penunjuk arah mesti lengkap. Security perlu
dimaklumkan acara, lokasi dan masa. Seeloknya ada penyambut tamu.
2. Susunatur lokasi mesti diperiksa sebelum pendaftaran
bermula terutama PA, LCD dan sebaganya. Meja mesti lengkap dengan Air Minuman
dan Gula-gula (jika perlu).
3. Pendaftaran mesti lengkap dengan edaran aturcara dan
dokumen berkaitan serta goodies jika. Pastikan juga alatan menulis disertakan.
4. Seeloknya ada ruangan pameran berkaitan acara dan
berkaitan penganjur.
5. Juruacara majlis bersedia dengan protokol nama, gelaran
dan jawatan.
6. Juruacara majlis memastikan semua jemputan mengambil
tempat.
7. Majlis dimulakan dengan taklimat keselamatan. Seeloknya dari
tuan rumah / premis dan bukannya pihak penganjur kecuali majlis diadakan di
premis penganjur.
8. Taklimat keselamatan mesti dimulakan dengan pengenalan
layout premis, tindakan semasa kecemasan, makluman pegawai bertugas semasa
kecemasan dan nombor untuk dihubungi. Mesti dimaklumkan juga prosedur security
terutama berkaitan barangan peribadi berharga yang dibawa oleh peserta.
9. Majlis diikuti dengan bacaan doa selamat.
10. Majlis disusuli dengan ucapan perasmian dan penyampaian
cenderahati.
11. Juruacara majlis mempersilakan jemputan mengambil
tempat.
12. Juruacara majlis memperkenalkan dan menjemput Speaker
pertama.
13. Juruacara majlis memperkenalkan dan menjemput Speaker
seterusnya.
14. Juruacara majlis menjaga / mengingatkan masa kepada
Speaker.
15. Juruacara majlis memaklumkan masa rehat / makan dan
menjemput peserta.
Ada sesiapa yang ingin berkongsi tatacara panduan majlis
bersambung semula selepas rehat sehingga majlis penamat? Dipersilakan.
No comments:
Post a Comment