Tatacara Panduan Majlis – susunan meja peserta kursus
Hari ini dan esok saya berada di Leader Cable Industry
Berhad, Sungai Petani. Bilik Latihannya dari luar tampak ringkas sahaja tetapi
kelengkapan di dalamnya melebihi jangkaan saya.
Di dalam Bilik Latihan ini mempunyai bilik tandas berasingan
lelaki dan perempuan. Di bahagian belakang bilik ini terdapat meja mesyuarat
yang dijadikan tempat makan.
Susunan bentuk-U ini adalah kesukaaan saya. Lebih menarik,
meja pengajar disediakan panjang untuk kemudahan barangan milik pengajar.
Terdapat satu ruang untuk membolehkan pengajar masuk di dalam susunan bentuk-U ini dan memudahkan
saya bergerak menghampiri peserta kursus.
Ada LCD screen, ada white board dan ada flip chart yanng
boleh dimanfaatkan penggunaannya.
Loose cable tersimpan rapi dalam “half moon” housing.
Manakala kaki meja diikat menggunakan masking tape.
No comments:
Post a Comment