Sumber internet
Mengapa perlu hebahan di facebook semasa hendak bercuti?
Seingat saya dari kecil lagi ketika baru di bangku sekolah
rendah (awal 70an), pesanan sebegini kerap kedengaran di tv dan radio serta
bahan bercetak seperti suratkhabar dan majalah – jika hendak bercuti, maklumkan
kepada jiran dan lebih elok dimaklumkan kepada polis, hentikan langganan
suratkhabar harian, pasang pemasa (timer) untuk lampu laman rumah dan
sebagainya.
Pesanan awal berupa makluman kepada jiran dan juga polis.
Itu sahaja! Tetapi takala ini ramai yang teruja untuk membuat hebahan di dalam
facebook. Malah ada yang lebih aggresif dengan mengemaskini status bermula semasa
hendak keluar dari rumah, lapangan terbang, dalam perjalanan hinggalah ke
destinasi yang dituju.
Gambar di atas mungkin sekadar lelucuan tetapi ada benarnya.
Jadilah pengguna (penagih?) facebook yang berhemah.
Seeloknya berkongsi kegembiraan bercuti anda selepas selamat kembali di kediaman
asal dan bukannya semasa hendak memulakan atau semasa bercuti.
Posting berkaitan di sini.
2 comments:
So true
Harap mereka yang pengemar update status dalam FB ambil perhatian saranan ini
Post a Comment