Pareto Chart & FMEA
Saya mula memberi tumpuan kepada Pareto Chart semasa
tahun 2002 ketika sedang menyiapkan thesis B.Engr. Mech. (USM) saya (PPJJ),
yang bertajuk “Application of Quality Function Deployment (QFD) techniques in designing
safety bar for rubber open mixing mill.”
Penyelia saya ketika itu (kini Deputy President UniKL, Prof. Dr. Khairanum Subari) meminta saya membuat justifikasi pemilihan “safety
bar” sebagai penyelesaian utama kemalangan tertinggi di kilang tayar yang bekerja
iaitu 122 kes untuk tahun 2000. Beliau mencadangkan penggunaan Pareto Chart.
Kemudian ketika menyiapkan thesis Master Industrial
Safety Management (UKM) pada tahun 2003 yang bertajuk “Anthropometrics in
design of guards for machineries”, penyelia saya ketika itu Prof. Ir. Dr. Yusoff
Ali turut mencadangkan saya menggunakan Pareto Chart sebagai “quality tool”
dalam thesis saya itu.
Kini, dari masa ke semasa terutama dalam kursus siasatan
kemalangan, saya akan mencadangkan pelajar atau peserta kursus saya
menggunapakai Pareto Chart untuk penentuan keutamaan (priority) kemalangan yang
perlu disiasat terlebih dahulu.
Jika ada masa terluang di dalam kelas, saya akan
berkongsi cara meghasilkan Pareto Chart menggunakan program Excel.
Kebetulan ketika ini saya sedang dalam proses menyiapkan
penulisan berkaitan Failure Mode Effects Analysis (FMEA) dan Pareto Chart
adalah salah topik yang disentuh. Saya mengambil peluang itu menghasilkan
presentation slides yang bertajuk “Pareto Chart & FMEA”. Di mana antara
kandungannya ialah step-by-step penghasilan Pareto Chart menggunakan program
Excel berdasarkan format FMEA.
Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.
1 comment:
“Application of Quality Function Deployment (QFD) techniques in designing safety bar for rubber open mixing mill.” pernah dibentangkan dalam COSH sekitar 2003 atau 2002
Post a Comment