Adakah anda mengenali anak anda?
Bukan sekadar nama. Bukan sekadar paras-rupa. Bukan sekadar tanda lahir.
Adakah anda tahu jenis darah anak anda? Terutama jika anak anda sebelum ini tidak pernah terlibat dalam mana-mana pembedahan yang memerlukan pemindahan darah.
Sebaik sahaja anak saya mendaftar untuk membuat kad pengenalan setelah genap berumur 12 tahun bulan lepas, saya membawanya ke sebuah pusat analisa darah di Taiping. Saya membayar RM 15.00 untuk ujian pengenalpastian jenis darahnya.
Secara umumnya darah anak biasanya sama dengan darah ayah kandungnya. Bagaimanapun ada juga anak yang mewarisi darah sejenis dengan ibu kandungnya. Malah ada anak yang memiliki jenis darah yang tidak sama jenisnya dengan kedua-dua ibubapanya.
Ujian yang dibuat sekitar 20 minit itu telah menentusahkan jenis anak lelaki saya ialah Group A Rh.+ iaitu sama dengan jenis darah saya.
Mengapa jenis darah ini penting?
Banyak kepentingannya terutama jika kecemasan. Dengan mengetahui jenis darah, sebarang usaha untuk menyelamat bileh dipercepatkan.
Di samping itu saya hendak mengemas-kini-kan Kad Data Kecemasan yang sentiasa dibawa oleh anak saya itu. Di dalam kad ini tertera beberapa maklumat penting jika berlakunya kecemasan terutama jika pembawa kad ini terbabit dalam sesuatu kemalangan itu dan tidak sedarkan diri.
Rujuk posting awal saya dalam blog ini mengenai beberapa barangan yang perlu ada (mesti ada) dalam dompet anda.
Begitu juga keratan-keratan akhbar berikut boleh dirujuk untuk kepentingan Kad Data Kecemasan ini
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Anda juga boleh muat-turun contoh Kad Data Kecemasan ini dari sini
No comments:
Post a Comment