Monday, October 12, 2009

Jika ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir


Kiri, ucapan diterima melalui email. Kanan, kad ucapan dari Ketua Jabatan

Jika ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir

Sekadar berkongsi pengalaman.

Kebetulan saya pernah ”attached” kepada Jabatan Sumber Manusia dan Unit Perhubungan Pekerja di beberapa syarikat yang saya pernah bekerja. Antara kempen yang pernah dikendalikan ialah menghantar kad ucapan Selamat Hari Lahir kepada individu yang menyambutnya atau mempamerkan (menerbitkan) dalam majalah atau edaran di papan kenyataan dan sebagainya. Kini lebih mudah dengan penggunaan email atau ”on-line bulletin”. Dengan data peribadi yang ada dalam jabatan, tugas ini mudah dilaksanakan.

Biasanya si-penerima akan merasa dihargai.

Tetapi awas, jangan sekali-sekali mengucapkan Selamat Hari Lahir dan diikuti yang ke berapa (umur ke berapa!). Ramai yang tidak suka disebut atau dhebahkan umur mereka. Cukuplah sekadar disebut hari dan bulan kelahiran. Jangan sekali-sekali disebut tahun kelahiran! Ada yang marah-marah nanti! Terutama perempuan yang berumur!

Saya masih ingat ada seorang setiausaha di syarikat yang saya pernah bekerja seketika dahulu, melenting apabila nombor kad pengenalan barunya tertera sepenuhnya! Sudah tentu tarikh kelahiran dengan hari dan bulan malah tahun tertera sekali.

Jadi, nasihat saya kepada pengamal-pengamal Sumber Manusia di luar sana, kalau hendak mempratikkan amalan mengucapkan Selamat Hari Jadi ini – jangan tulis tahun kelahiran. Cukuplah sekadar hari dan bulan kelahiran.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Nota: Kalau anda di Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, mungkin kata-kata berunsurkan keselamatan dan kesihatan boleh diselitkan.

No comments: