
Monday, June 30, 2008
Wednesday, June 25, 2008
Mematuhi peraturan jalan raya sebahagian ibadat

Oleh Mohd Shukri Hanapi
Berita Harian, 8-Oktober-2007
Setiap agama tidak kira samawi atau duniawi sebaliknya mempunyai kepercayaan masing-masing dalam mentaati undang-undang dan peraturan. Undang-undang dan peraturan dibuat agar dipatuhi.
Kemalangan di jalan raya amat tinggi jika dibandingkan dengan kemalangan di dalam industri. Keperihatinan terhadap kemalangan jalan raya ini mestilah dipertingkatkan. Tidak guna kita bersungguh-sungguh dan mengambil-berat terhadap segala aspek keselamatan di dalam kilang tetapi kita alpa apabila berada di atas jalan raya.
Penjelasan selanjutnya dalam artikel “Hukum Mematuhi Peraturan Jalan Raya” boleh dirujuk dalam laman http://saifulislam.com.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Aktiviti JAS Perak

Saya tidak pasti negeri lain sama ada Rakan Alam Sekitar anjuran JAS Negeri ini turut diperkenalkan juga. Bagaimanapun saya memang mengenali rapat Tuan Hj. Abu Hassan Mohd. Isa, Pengarah Negeri, JAS Perak ini.
Di bawah pimpinan Tuan Haji Abu Hassan, pelbagai aktiviti anjuran JAS Perak yang telah telah dan bakal diadakan dengan melibatkan sama ada pihak industri, sekolah dan orang ramai bermatlamatkan ke arah kesedaran persekitaran yang lebih sihat.
Saya sendiri telah berberapa kali dijemput membantu JAS Perak, semenjak awal 2000 dalam pelbagai aktiviti dengan kebanyakannya menjurus kepada ”treasure hunt”.
Antara lain yang pernah dianjurkan oleh JAS Perak ialah, Hari Komuniti, Pertandingan Bowling, Memancing, Kempen Cintai Sungai dan sebagainya. Perlawaan mendaki Gunung Kinabalu (antara gunung yang belum saya daki) oleh Tuan Haji sendiri terpaksa saya tolak kerana baru menjawat jawatan Pengurus Kilang di Tasek Cement ketika itu.
Tak pernah duduk diam pegawai-pegawai Tuan Haji ini berkejar ke sana-sini dengan aktiviti-aktiviti sebegini.
Terbaru iaitu hari Isnin lepas, saya menerima sms dari salah seorang pegawainya meminta saya mengelolakan satu lagi aktiviti ”treasure hunt” di tahun ini pada bulan Ogos nanti.
Saya belum memberi jawapan tetapi setiap tahun bulan Ogos dan September adalah ”bulan aktiviti terpadat saya”. Universiti Teknologi Petronas (UTP) sudah menempah saya untuk ”treasure hunt” dan ”motor fair” sempena konvo mereka semenjak dari awal tahun lagi. Beberapa IPTA dan IPTS juga telah merisik saya. Ini tak termasuk aktiviti-aktiviti sempena bulan Kemerdekaan peringkat Daerah dan Negeri, serta mungkin juga peringkat Kebangsaan.
Ini tidak termasuk beberapa proposal trek sementara acara Cub Prix yang perlu saya siapkan untuk Kerajaan Negeri Terengganu dan Negeri Kedah. Terbaru, saya dijemput untuk bersama-sama dalam satu acara Off Road 4x4 dan Motocross di bawah kerajaan baru Negeri Kedah ini, yang dijadualkan pada penghujung Ogos juga.
Seperti saya sirat dalam blog lama saya, bulan Ogos dan September serta November dan Disember adalah bulan-bulan di mana boleh dikira hari saya berada di rumah saya di Taiping. Mujurlah anak dan isteri amat memahami saya. Malah kalau berkesempatan mereka berdua akan saya bawa bersama di setiap aktiviti-aktiviti ini.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Tuesday, June 24, 2008
Why do you need email etiquette?
A company needs to implement etiquette rules for the following three reasons:
1. Professionalism: by using proper email language your company will convey a professional image.
2. Efficiency: emails that get to the point are much more effective than poorly worded emails.
3. Protection from liability: employee awareness of email risks will protect your company from costly law suits.
What are the etiquette rules?
There are many etiquette guides and many different etiquette rules. Some rules will differ according to the nature of your business and the corporate culture. Below we list what we consider as the 32 most important email etiquette rules that apply to nearly all companies.
32 most important email etiquette tips:
- Be concise and to the point
- Answer all questions, and pre-empt further questions
- Use proper spelling, grammar & punctuation
- Make it personal
- Use templates for frequently used responses
- Answer swiftly
- Do not attach unnecessary files
- Use proper structure & layout
- Do not overuse the high priority option
- Do not write in CAPITALS
- Don't leave out the message thread
- Add disclaimers to your emails
- Read the email before you send it
- Do not overuse Reply to All
- Mailings - use the bcc: field or do a mail merge
- Take care with abbreviations and emoticons
- Be careful with formatting
- Take care with rich text and HTML messages
- Do not forward chain letters
- Do not request delivery and read receipts
- Do not ask to recall a message.
- Do not copy a message or attachment without permission
- Do not use email to discuss confidential information
- Use a meaningful subject
- Use active instead of passive
- Avoid using URGENT and IMPORTANT
- Avoid long sentences
- Don't send or forward emails containing libelous, defamatory, offensive, racist or obscene remarks
- Don't forward virus hoaxes and chain letters
- Keep your language gender neutral
- Don't reply to spam
- Use cc: field sparingly
Monday, June 23, 2008
Topi keselamatan dan kasut keselamatan, seragam wajib di tapak pembinaan
Gambar dari HarakahDaily.NetGambar adalah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali sewaktu membuat lawatan ke tapak Kompleks Pasar Keramat pada pagi isnin 23 Jun 2008.
Beliau mengenakan topi keselamatan semasa lawatan tersebut, bagaimanapun berkemungkinan besar kasut yang digunakannya bukanlah kasut keselamatan (safety but). Saya katakan “berkemungkinan” kerana di dalam pasaran sekarang terdapat kasut keselamatan yang menyerupai kasut sukan.
Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan Ahli Parlimen Titiwangsa. Mungkin beliau hanya diberikan topi keselamatan sahaja tanpa kasut keselamatan. Malah mungkin juga kasut keselamatan yang diberikan kepadanya (jika ada) tidak sesuai dari segi saiz ataupun jantina pemakainya.
Malah pegawai yang berdiri di sebelah Ahli Parlimen Titiwangsa ini, yang mungkin wakil pengurusan syarikat pembinaan ataupun pihak berkuasa tempatan, juga tidak memakai kasut keselamatan.
Sebagai pemimpin, anda adalah contoh teladan untuk masyarakat. Lebih-lebih lagi gambar anda akan menjadi tatapan mereka.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
13A Safety Plug Key
13A Safety Plug Key
Akhirnya saya berjaya mendapat penutup punca kuasa elektrik pada dinding ini atau nama tepatnya adalah “13A Safety Plug Key”. Seorang pelajar saya telah membelinya di kedai berhampiran tempat tinggalnya.
Ramai juga yang menghubungi saya. Penutup ini juga turut dijual di Tesco tetapi bukan dipamerkan di bahagian elektrik ataupun bahagian “hardware”, ianya terdapat di barangan perkakasan dapur (utensil)!
Pada pandangan saya sebagai pengamal OSH, penutup ini tidak begitu sesuai dalam bentuk berwarna-warna. Ia boleh mendatangkan minat kepada anak kecil untuk mengambilnya.
Bagaimanapun jika di rumah anda ada anak kecil dan punca kuasa elektrik di dinding dipasang di bahagian menghampirii lantai, penutup ini adalah kemestian.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Nota: Sekarang saya mencari “plastic cover” untuk suis lampu bilik air.



