Tolerable and acceptable risk – menunggang tanpa topi
keledar dan tanpa kasut bersarung ke masjid
Minggu lepas saya menerima email dari seorang pelawat blog
OSH The Journey saya ini. Berikut adalah sebahagian kandungan emailnya.
“Saya bersetuju dengan ketetapan En. Lukman memastikan anak
En. Lukman memakai topi keledar dan berkasut sewaktu bermotosikal walaupun
hanya pergi ke kedai belakang rumah. Bagaimana pula kalau bermotosikal ke
masjid atau surau seperti hendak menunaikan sembahyang Jumaat dan sebagainya?
Apa pandangan En. Lukman sebagai pengamal OSH?”
Semalam (17 Mei 2013) selepas menunaikan Sholat Jumaat di
Masjid Kampung Espo yang terletak tidak sampai satu km dari rumah saya, saya mula menulis posting
ini.
Secara jujur saya mengakui saya hanya mengenakan ketayap dan
berselipar sewaktu menaiki motosikal (sebenarnya skuter) untuk menunaikan
Sholat Jumaat ini. Malah hanya menyarung kain palekat di samping berbaju Melayu. Gambar di atas semasa saya baru balik Sholat Jumaat semalam.
Kenapa saya hanya mengenakan ketayap dan berselipar sewaktu
menaiki motosikal untuk menunaikan Sholat Jumaat sedangkan saya mesti bertopi
keledar dan berkasut sarung walaupun hanya ke kedai belakang rumah saya yang hanya 300
meter sahaja?
Antara perkiraan yang telah dibuat (dan bukannya alasan)
ialah;
1. Saya akan pastikan saya akan hanya pergi dan balik tanpa
melencong ke tempat lain.
2. Kelajuan yang saya gunakan ialah seperlahan yang boleh.
Mungkin laju sedikit dari kadar berjalan kaki (walking speed).
3. Risiko bermotosikal tanpa topi keledar dan tanpa kasut bersarung untuk dua
perkiraan di atas saya anggap boleh diterima oleh saya sendiri (tolerable and acceptable
risk).
Antara alasan yang tidak mungkin sama sekali akan saya beri ialah saya tidak
memakai topi keledar dan kasut bersarung kerana saya berserah kepada Allah dan lagipun
niat saya adalah untuk beribadat. Sedangkan apabila bermotosikal untuk ke
tempat kerja juga adalah satu ibadat.
http://oshthejourney.blogspot.com/











