Thursday, February 3, 2011
Friday, January 28, 2011
Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah
Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah
Saya tertarik dengan larangan pihak polis terhadap mengibarkan bendera (bendera politik) pada kenderaan. Saya ingin sarankan larangan ini diperluaskan terhadap pengibaran Jalur Gemilang semasa kemerdekaan.
Rujuk di sini mengapa saya menyarankan sebegini.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah
2011/01/27
LABIS: Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan, Abdul Majid Mohd Ali, berkata parti-parti politik perlu mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen, justeru tindakan pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan.
masing-masing adalah salah kerana tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau mengingatkan pengguna kenderaan supaya berhenti daripada melakukan perbuatan itu sebelum tindakan diambil ke atas mereka.
Sebelum ini, katanya, polis mengambil tindakan secara berhemah dengan hanya merampas kayu yang digunakan pengguna kenderaan untuk mengibarkan bendera dan mengembalikan bendera kepada mereka.
Beliau berkata, selepas peringatan ini diberi, polis akan bertindak lebih tegas kepada sesiapa sahaja yang engkar.
Abdul Majid berkata, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi pada Ahad ini.
Individu-individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa dan akan ditahan sekiranya didapati menggugat ketenteraman awam.
Tanpa mengulas secara terperinci, beliau berkata, individu-individu terbabit terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar daerah.
"Jangan cabar polis kerana kita sudah bersedia 100 peratus untuk pilihan raya ini daripada segi logistik dan kekuatan anggota," katanya.
Abdul Majid berkata, sehingga kini, perjalanan kempen pilihan raya kecil ini sangat tenang jika dibandingkan dengan tempat lain memandangkan tiada kekacauan atau ketegangan yang serius berlaku.
Jentera parti Barisan Nasional (BN) dan PAS mematuhi peraturan kempen termasuk menamatkan ceramah pada jam 12 tengah malam. - BERNAMA
Monday, January 24, 2011
Ular Senduk! Terima kasih Bomba Kamunting
Ular Senduk! Terima kasih Bomba Kamunting
Minggu lepas anak saya sudah memaklumkan beliau ternampak seekor di belakang rumah kami di Taman Kamunting Jaya ini. Semalam ketika sibuk bergotong-royong dan memotong beberapa pokok serta semak di belakang rumah tidak kelihatan pula ular ini.
Sebentar tadi sekitar pukul 4pm anak saya ternampak semula ular ini. Menariknya kali ini ular tersebut sedang diacah-acah oleh beberapa ekor kucing termasuklah dua ekor anak kucing! Jenuh jugalah isteri dan anak saya menghalau kucing-kucing tersebut sehingga terpaksa mengumpankan beberapa ekor ikan goring!
Walaupun ular tersebut kelihatan tidak bermaya, saya mengambil keputusan untuk menelefon Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting (05 891 2322).
Beberapa anggota bomba sampai (dalam keadaan hujan mula lebat) dan berjaya menangkap ular ini. Kami dimaklumkan bahawa ular ini adalah Ular Senduk dan ia tidak bermaya kerana sedang dalam proses bersalin kulit.
Terima kasih Bomba Kamunting.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com
Sunday, January 23, 2011
Gotong royong cegah denggi
Gotong royong cegah denggi
Susulan dari peningkatan kes denggi di Taiping dan khususnya di kawasan Kamunting tempat kediaman saya ini, pagi tadi berlangsungnya gotong royong yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Expo (termasuk Kamunting Jaya dan Kamunting Bistari).
Syabas kepada JKKK yang menganjurkannya. Pemberitahuan (secara photostat) dihantar kesemua rumah beberapa hari sebelum acara hari ini. Begitu juga dengan makluman di surau-surau.
Aturcara (seperti dalam hebahan), penduduk hanya perlu membersihkan kawasan belakang dan depan rumah masing-masing, pihak JKKK akan menghantar lori untuk mengangkut sampahsarap ini.
Aturcara berjalan lancar pagi tadi. Penghargaan kepada "beberapa AJK JKKK" yang datang bersama lori kerana merekalah inilah yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini. Tanggungjawab mereka sepatutnya hanya mengangkut sampai ke dalam lori "bertambah" dengan tugasan memotong pokok dan semak! Ada juga lorong belakang rumah yang tidak dapat dilalui oleh lori ini kerana terhalang oleh pokok, pasu bunga, ampaian kain dan sebagainya. Ini amat merbahaya jika berlakunya kebakaran dan kenderaan bomba tidak boleh melaluinya.
Penyertaan penduduk terutama golongan veteran dan warga emas amat mengalakkan. Begitu juga dengan kanak-kanak sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah rendah. Sedikit menjadi kehairanan di mana perginya remaja-remaja belasan tahun dan awal 20an? Mungkin mereka "keletihan" kerana malam tadi sibuk dengan aktiviti malam minggu!
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Friday, January 21, 2011
Thursday, January 20, 2011
Salah siapa jika anak kita (atau remaja kita) menunggang motosikal tanpa menyarung topi keledar?

Salah siapa jika anak kita (atau remaja kita) menunggang motosikal tanpa menyarung topi keledar?
Jika ditanya, saya sama-sekali tidak menyalahkan VIP ini 100% kerana menunggang motosikal ini kerana tidak menyarung topi keledar.
Sepatutnya pembantu khas VIP ini menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.
Sepatutnya pemilik motosikal ini (sudah pasti motosikal ini bukan milik VIP ini) menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.
Sepatutnya penyelaras program (atau pihak penganjur) menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.
Sepatutnya jurugambar (yang mengambil gambar ini) menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.
Sepatutnya pihak berkuasa (jika ada bersama-sama dalam program ini) menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.
Nasihatlah demi keselamatan! Nasihatlah demi kepimpinan, agar tidak diteladani oleh orang lain!
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai

Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai
Paling akhir saya masuk Bilik Mesyuarat di Bangunan Ekonomi UUM ini ialah sekitar pertengahan tahun lepas. Pagi tadi saya ada mesyuarat dengan PNC di bilik ini. Terdapat banyak perubahan di dalam bilik mesyuarat ini.
Antaranya ialah penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai. Pertama kali saya melihat soket ini ialah di dewan pameran barangan rumah / perabut rumah di Kuala Lumpur. Kali kedua saya melihatnya dipasang di banglo sepupu isteri saya, seorang penguasaha kosmetik di Golf Resort Bertam Perdana.
Selain amat sesuai dipasang di dinding, soket ini sesuai untuk meja panjang atau meja diatur bentuk-U. Soketnya boleh diubah sepanjang railing yang dipasang. Soket ini juga boleh ditambah bilangannya (dengan kapasiti bekalan).
Penggunaannya mudah. Soket boleh digerakkan (dilaras) mengikut panjang kabel alatan eletronik yang digunakan. Soket diketatkan dengan cara memusingnya (gerakan ikut jam - on / gerakan lawan jam - off).
Dengan penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai ini tiada lagi loose cable yang berselirat atas lantai.
Mungkin kos tinggi jika dibandingkan dengan extansion wire tetapi berbaloi untuk masa jangka panjang demi keselamatan pengguna.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/






Wednesday, January 19, 2011
Perancangan awal perlu untuk sebarang aktiviti. Expect the best. Prepare for the worst

Perancangan awal perlu untuk sebarang aktiviti. Expect the best. Prepare for the worst
Ramai generasi muda yang tidak tahu mengenai tragedi runtuhnya Terminal Feri Sultan Abdul Halim pada 31 Julai 1988. Tragedi ini mengakibatkan kematian 32 orang dan mencederakan 1,674 orang. Dilaporkan tragedi ini berlaku akibat kesesakan orangramai yang ingin menaiki feri ke Pulau Pinang.
Ramai yang juga tidak tahu kesesakan ini adalah salah satunya berpunca dari mereka yang baru sahaja menghadiri Festival St. Anne di Bukit Mertajam dan kebanyakannya adalah penghujung luar dari Pulau Pinang yang ingin menghabiskan cuti hujung minggu mereka di Pulau Mutiara.
Saya difahamkan pihak berkuasa telah memaklumkan kesesakan akan terjadi kepada pertugas-pertugas mereka di jeti tetapi tiada sebarang cadangan tindakan yang perlu diambil untuk menangani sebarang permasalahan yang timbul.
Malah saya sendiri semasa terbabit merancang jadual tahunan seperti acara sukan bermotor, seminar, kursus dan sebagainya di Pulau Pinang (terutama di Seberang Prai) pernah terlepas pandang dengan Festival St. Anne yang diadakan tahunan setiap hujung minggu bulan Julai ini menyebabkan penganjur agak sukar mendapat bilik penginapan untuk peserta-peserta.
Pengunjung Festival St. Anne ini (terutama dari Singapura) sanggup menempah hotel sejauh Taiping dan Ipoh untuk mengunjungi Gereja St. Anne di Bukit Mertajam ini.
Tidak hairanlah mengapa Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim ini adalah salah satu bencana yang disenaraikan dalam Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Dalam Negara.
Keprihatinan dan kepekaan pihak berkuasa masa kini dan dari masa ke semasa menghadapi acara tahunan seperti Festival St. Anne dan esok Hari Thaipusam amatlah dialu-alukan. Sebagai contoh, pihak polis umpamanya telah bersedia dengan alternatif-alternatif jalan yang akan ditutup dan sebagainya amatlah dihargai.

Tragedi terbaru mirip Tragedi Festival St. Anne ini ialah Tragedi Bon Om Touk iaitu perayaan tahunan di Phnom Penh, Kambodia pada 22 November 2010 iaitu hari terakhir festival. Tragedi penghujung terjadi dari atas jambatan (Rainbow Bridge) ke dalam Sungai Tonle Sap akibat bersesak sesama sendiri ini mengakibatkan kematian 456 orang. Dilaporkan setiap tahun Festival Bon Om Touk ini akan dihadiri oleh lebih sejuta pengunjung dan pelancong.
Perdana Menteri Kambodia ketika mengulas tragedi ini menganggapkan ianya bencana terburuk dan terbesar selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai semasa pemerintahan Regim Khmer Rouge.
Dua contoh di atas adalah berkaitan dengan bencana dan juga persediaan dalam Emergency Response. Bagaimana pula dengan aktivit-aktiviti OSH yang melibatkan kehadiran atau penyertaan jumlah pekerja yang ramai?
Sebagai Pengurus atau Pegawai Keselamatan (Safety and Health Officer), antara peranan yang disyorkan ialah menganjurkan dan mengelola aktviti-aktviti berkaitan OSH. Ini adalah salah satu tanggungjawab untuk mempromosikan OSH itu sendiri.
Antara aktiviti OSH yang boleh diadakan ialah Hari atau Minggu Keselamatan, Kempen Keselamatan, Kempen Keselamatan Jalan Raya, Hari kesihatan, Hari Tanpa Rokok, Hari Alam Sekitar dan sebagainya.
Selain pengelibatan dari ahli jawatankuasa keselamatan kilang (Plant Safety Committee), pekerja-pekerja lain boleh dijemput untuk menganggotai jawatankuasa khusus aktivit-aktiviti OSH ini, Perancangan dan pembahagian kerja ahli-ahli jawatankuasa khusus untuk menjayakan aktivit-aktiviti OSH ini hendaklah dibuat seawal mungkin terutama yang melibatkan kelulusan dan pembelanjaan dari pihak pengurusan.
Di samping itu penetapan tarikh adalah elemen yang penting. Pastikan tarikh ini tidak bertembung atau bertindih dengan mana-mana aktiviti lain.
Di setiap organisasi yang saya bekerja, biasanya saya memilih hari Rabu sebagai hari aktiviti-aktiviti OSH. Elakkan memilih hari Isnin atau hari Jumaat iaitu hari pertama bermulanya hari kerja atau hari terakhir berakhirnya hari bekerja untuk diadakan hari aktiviti OSH ini.
Elakkan juga memilih hari yang terlalu hampir dengan hari-hari perayaan keagamaan ataupun cuti umum, termasuklah cuti persekolahan.
Pada masa yang sama, pengelibatan pihak majikanterutama dari pihak pengurusan tertinggi amat penting untuk menunjukkan komitmen mereka bersama-sama dengan pekerja untuk menjayakan aktiviti-aktiviti OSH ini. Pihak yang merancang perlu bijak mencari tarikh dan masa yang sesuai mengikut masa pihak pengurusan ini.
Ada juga syor agar mengelakkan aktiviti OSH ini diadakan sehari selepas hari gaji. Kemungkinan besar ramai pekerja mengambil cuti pada hari sehari selepas hari gaji untuk menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan.
Token atau cenderahati juga disyorkan sebagai salah satu tarikan pekerja. Boleh juga diberi token atau cenderahati yang mempunyai elemen OSH (sebagai contoh; lampu suluh) ataupun berlabel dengan slogan OSH. Pastikan token atau cenderahati ini diberi hanya kepada yang hadir atau yang mengambil bahagian dalam aktiviti OSH.
Meriahkan juga aktiviti-aktiviti OSH ini dengan menjemput “sumber-sumber luar” seperti pameran, demonstrasi dan ceramah dari JKKP, JAS, Bomba, Jabatan Kesihatan, JPAM dan sebagainya. Malah boleh dijemput sama pengedar-pengedar alat keselamatan diri (PPE) membuka gerai pameran dan jualan. Selain dari memeriahkan aktiviti, mereka ini juga biasanya mengedarkan pelbagai bahan dan juga cenderahati.
Publisiti dari media masa juga boleh dibuat untuk mempromosikan hari aktiviti. Jemputan tetamu disyorkan juga kepada industri-industri lain berdekatan termasuklah orang awam di sekitar.
Tiada maknanya kalau acara atau aktiviti OSH yang dirancang berjaya diadakan dengan bantuan dan pembelanjaan dari pihak pengurusan tetapi sambutan atau kedatangan pekerja pula amat mengecewakan.
Persediaan untuk menangani segala kemungkinan yang berlaku semasa menganjurkan dan mengelolakan aktiviti-aktiviti OSH ini. Seperti Safety Message (slogan) yang sering dipromosikan oleh Zig Ziglar iaitu (dalam semua perancangan) sentiasalah - Expect the best. Prepare for the worst.
Selamat menganjurkan dan mengelolakan aktiviti-aktiviti OSH. Pastikan pihak pengurusan menunjukkan (dan membuktikan) komitmen mereka dan pihak pekerja pula bersama-sama menjayakannya (employees involvement and participation).
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Water based vs oil based chemical (Aedes fogging)
Water based vs oil based chemical (Aedes fogging)
Kamunting (serta Taiping) di mana tempat saya tinggal dikenalpasti kawasan berisiko denggi. Dalam minggu ini dilaporkan seorang lagi penduduk di kawasan perumahan yang sama telah disahkan sebagai pesakit denggi.
(Untuk rekod kematian akibat denggi masih lagi merupakan ancaman utama penyakit di Malaysia jika dibandingkan dengan Selsema Burung dan epidemik lain)
Sebentar tadi Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama telah menghantar kakitangannya membuat fogging di kawasan perumahan yang saya menetap ini.
Sebelum ini ramai penghuni agar keberatan membenarkan kakitangan Pejabat Kesihatan ini masuk ke dalam rumah untuk membuat fogging kerana bahan kimia yang diguna oleh mereka ini akan meninggalkan kesan minyak pada dinding, lantai, perabut dan pakaian yang terdedah.
Bagaimanapun untuk proses fogging hari ini, Jabatan Kesihatan menggunakan dua jenis fogging. Fogging pertama iaitu menggunakan water based chemical khusus untuk fogging di dalam rumah. Manakala fogging kedua iaitu menggunakan oil based chemical khusus untuk fogging di luar rumah, longkang dan kawasan persekitaran.
(Ada juga penduduk yang bertanyakan mengapa fogging yang menggunakan water based chemical ini amat kurang asapnya jika dibandingkan dengan fogging yang menggunakan oil based chemical).
Syabas Jabatan Kesihatan atas pendekatan sebegini. Bagaimanapun masih ada penambahbaikan OSH kepada kakitangan yang mengendalikan mesin fogging ini. Walaupun menggunakan penutup mulut, mereka tidak menggunakan sarung tangan.
CSDS? Mungkin dalam masa terdekat ini saya akan cuba dapatkan CSDS kedua-dua bahan kimia water based dan oil based yang digunakan.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
OSH in Prison (Jabatan Penjara Malaysia)
OSH in Prison (Jabatan Penjara Malaysia)
Semalam saya masuk dua penjara! Paginya Penjara Alor Setar, penjara tertua di Malaysia dan tengaharinya Penjara Pokok Sena antara penjara moden di Malaysia. Di sebelah petangnya pula saya “dibebaskan” untuk pulang ke rumah saya di Taiping!
Saya bukannya hanya menjenguk pejabat pentadbiran ataupun bilik mesyuarat, saya diberi kesempatan melawat kesemua bahagian dalam kedua-dua penjara ini bermula dari sel tahanan, ruang kemudahan seperti dewan makan, dobi, riadah, ibadat, pusat rawatan, sehinggalah ke tempat kerja seharian mereka seperti bengkel besi, bengkel kayu. bengkel kraftangan, bengkel rotan, bengkel batik dan bengkel jahitan. Seperti kata Pengarah Jabatan Penjara Alor Setar, penjara merupakan satu komuniti yang mempunyai hampir semua aktiviti kemasyarakatan di luar penjara.
Kunjungan saya semalam bersama-sama rakan sekerja adalah pra-visit (rasanya lebih kepada analysis gap visit) sebelum kami memulakan program OSH in Prison dalam masa terdekat ini.
Diingatkan (oleh Pengarah Penjara) lawatan kami ini tertakluk kepada peraturan sedia ada Jabatan Penjara Malaysia, saya hanya berkongsi mengenai sistem OSH yang sedia ada dalam penjara ini dengan menggunakan gambar-gambar rujukan dari internet.
Kebetulan saya tinggal di Taiping yang turut mempunyai dua penjaranya iaitu Penjara Taiping dan Kem Tahanan Kamunting. Saya pernah melawat Penjara Taiping dan juga kerap mengunjungi Kem Tahanan Kamunting sebelum tetapi tidaklah berpeluang menjenguk ke semua bahagian-bahagian di dalam kedua-dua penjara ini.
Secara dasarnya penjara di Kedah ini ada mempunyai amalan OSH yang diwarisi sebelum ini. Ketika ini juga saya difahamkan kesemua penjara di Malaysia sedang giat mengamalkan Housekeeping 5S.
Mungkin terlalu kerap menonton filem dan tv berkaitan dengan kisah banduan di dalam penjara, ada sedikit kerisauan saya apabila diberi peluang melawat ke dalam bengkel-bengkel kerjatangan yang sudah pasti mempunyai banyak peralatan tangan yang boleh dijadikan senjata.
Penghargaan awal saya kepada penjara di Kedah ini (saya berharap kesemua penjara di Malaysia juga), peralatan tangan (hand tools) yang digunakan seharian oleh banduan-banduan ini mempunyai kotak peralatan (tool box) khusus. Walaupun kotak peralatan ini hanya diperbuat dari kayu ataupun sisa bahan kerja, ianya masih mempunyai elemen Housekeeping 5S iaitu Seiketsu (standardizing).
(Elemen Housekeeping 5S ialah Seiri (sorting), Seiton (straightening), Seiso (sweeping/systematic cleaning), Seiketsu (standardizing), dan Shitsuke (sustaining). Terdapat juga perdekatan dengan dua elemen lagi iaitu Safety dan Security.)
Kesemua kotak peralatan ini mempunyai helaian semak (check list) peralatan-peralatan tangan (dilekat tepi kotak) dan juga dalam kotak peralatan ini mempunyai tanda (bayang) mengikut saiz sebenar peralatan tangan tersebut. Walaupun tujuan utama kotak peralatan yang lengkap dengan helaian semak dan mempunyai tanda (bayang) mengikut saiz sebenar peralatan tangan ini ialah lebih kepada keselamatan sekuriti untuk memudahkan pihak penjara membuat pemeriksaan selepas penggunaan untuk memastikan ianya dipulangkan, ianya juga adalah keperluan dalam OSH dan elemen Housekeeping 5S (Seiketsu - standardizing).
Dalam OSH, peralatan tangan ini mesti disimpan (diletakkan) dalam tempat khususnya untuk mengelakkan sebarang kecederaan jika terjatuh, terpijak dan sebagainya. Biasanya peralatan ini mempunyai bahagian tajam yang berisiko mencederakan pengguna atau mereka yang terdedah dengannya.
Dalam Housekeeping 5S (Seiketsu - standardizing), peralatan tangan ini mesti disimpan (diletakkan) dalam tempat khususnya untuk memudahkannya ia diambil (diguna) semula.
Syabas kepada pihak penjara yang secara dasarnya telah mempunyai beberapa pendekatan OSH ini bersesuaian dengan piagam mereka di antara lain ialah menyediakan tempat kurungan yang selamat untuk penghuninya.
Secara tidak langsung piagam ini adalah pematuhan (compliance) kepada Seksen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) yang mewajibkan majikan (dalam konteks ini Jabatan Penjara Malaysia) menyediakan dan menyenggarakan tempat kerja yang selamat dan sihat (dalam konteks ini bengkel kerja banduan) kepada pekerja mereka (dalam konteks ini banduan dan warder bertugas) dan juga mereka selain dari pekerja (dalam konteks ini pegawai penjara, pelawat seperti saya pada hari semalam dan sebagainya).
En. Jais Suratman dan pegawai-pegawainya dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Negeri Kedah (saya difahamkan telah lima kali melawat dan membuat pemeriksaan/audit di penjara ini pada tahun 2009/2010) tentu akan bersetuju dengan salah satu pematuhan yang telah dibuat oleh pihak penjara ini.
Tidak dinafikan juga terdapatnya ruang-ruang untuk penambahbaikan (rooms for improvement) dan insya-Allah kami yang telah diamanahkan oleh Jabatan Penjara Malaysia akan membantu menambahbaikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di dalam penjara.
Kesungguhan Jabatan Penjara Malaysia khususnya dari Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar sendiri dalam ke arah perlaksanaan OSH in Prison ini sepatutnya menjadi teladan jabatan-jabatan lain terutamanya pihak berkuasa beruniform.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)
