Wednesday, December 10, 2008

Wednesday, October 8, 2008

Manfaatkan ke arah OSH

Manfaatkan ke arah OSH

Saya tertarik dengan usaha beberapa hypermarket yang menggunakan bahagian belakang resit belian mereka sebagai ruang periklanan. Pihak PLUS pula mengisi ruang kosong ini dengan nombor-nombor telefon penting yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan di lebuh raya.

Di UUM umpamanya, ruang kosong (cover) di slip gaji disenaraikan nilai-nilai teras (core value) universiti. Sebenarnya ingatan (message) sebegini atau bercirikan OSH boleh diletakkan atau dipamerkan di mana sahaja. Tidak semestinya hanya di papan tanda atau sepanduk.

Saya menerima email dari salah seorang pelajar saya yang bersertakan gambar kad raya seperti di atas sehari sebelum raya. Ini juga satu lagi kaedah memanfaatkan kad-kad ucapan perayaan. Jika sebelum ini asyik-asyik dengan gambar ketupat lemang atau pelita, gambar kemalangan sebegini adalah mesej yang paling tepat untuk semua.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Nota; hari ini saya terjumpa kad raya ini di dalam blog “sedetik hati”. Tidak pasti sama ada pelajar saya yang menghantar kad ini “cupas” (cut & paste) atau “cipi & CP” (juga cut & paste) dari blog ini.

Tuesday, October 7, 2008

OCTOBER 2008 OSHE Bulletin

Click here for full 8 pages of this bulletin


SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI ("Eid-ul Mubara')

Salam Aidil-Fitri & Greetings

Once again we meet through the latest OSHE bulletin:

The OCTOBER 2008 OSHE Bulletin.

It is packed with news and articles on OSHE matters for your great reading activtity.

Contents for OCTOBER 2008 OSHE Bulletin:
- A Vital Goal: Creating an OSHE CULTURE at work
- 10 Steps to create an OSHE Culture at work
- 6 indicators of successful culture change at work
- How can I plan a PPE program at my workplace?
- A shocking incident and questions on OSHE (with photos!)
- Protecting young workers (Age: 15 to 25)
- Examples of OSHE campaigns for young workers
- Benefits of OSHE courses by Prof. Shukor.

Please read them, share them with your colleagues and other workers, display them on the Safety noticeboards and happy contributing!

TQ.

Prof. Shukor.
Your OSHE partner

Wednesday, September 24, 2008

Melamine - apa yang mesti anda tahu?

Klik di sini untuk senarai lanjut.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Excellent in-house HSE Bulletin


I have received thru email this excellent publication of in-house UEM HSE Bulletin. Click here for full pages of this bulletin.

Mengapa mahu pulang ke desa semasa Hari Raya?

Gambar hiasan. Kontena menghempap kereta.

(Siratan berikut pernah saya siarkan dalam blog lama saya pada 4-September-2008)

Mengapa mahu pulang ke desa semasa Hari Raya?

Saya kemukakan soalan ini kepada pelajar-pelajar saya minggu lepas. Bukan kali ini sahaja. Setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri atau Aidiladha ataupun Raya Cina dan Krismas, saya akan mengutarakan soalan yang sama.

“En. Lukman lainlah kerana rumah orang tua dan mertua berdekatan dengan rumah sendiri!”, itu jawapan yang dibalas oleh kebanyakan mereka yang saya tanya.

Malah saya sendiri pernah berseloroh kepada kenalan bahawa saya tidak pernah bermasalah untuk membuang undi dengan isteri untuk memilih rumah mana yang hendak di-“hariraya”-kan tahun ini. Kalau pasangan lain bergilir setiap tahun, saya dan isteri saya ‘bergilir setiap satu jam”. Memang betul setiap satu jam! Sebab apabila berada di rumah orang tua saya, ada panggilan saudara mara ataupun kenalan sebelah isteri ingin berjumpa di rumah mertua. Kalau berada di rumah mertua pula ada sahaja panggilan dari rumah orang tua saya ; paklong dari Kelantan datanglah, makngah dari Kuala Lumpur singgahlah dan bermacam-macam lagi.

Maaf ! Isteri saya memahami pendirian saya yang ‘menongkah arus’ ini. Saya seboleh-boleh cuba mengelakkan dari ‘berkereta ke sana, berkereta ke sini’ semasa hari raya ataupun hari-hari menjelang dan hari-hari selepas hari raya. Mungkin terbawa-bawa saya sibuk menelaah pelajaran untuk tempoh hampir 10 tahun setiap kali menjelangnya hari raya dan ketika itulah peperiksaan akhir universiti saya dijadualkan.

Biasanya kalau di Hari Raya Aidilfitri, saya hanya ‘berumah’ di Taiping, Kalau Hari Raya Cina (kadang-kadang Hari Raya Aidil Adha !) pula saya ‘berhotel’ di Kuala Lumpur dengan melalui laluan pantai (coastal road) dari Taiping ke Manjung, Teluk Intan, Kuala Selangor, Kelang dan berakhir ke Kuala Lumpur dan kekadang terus ke Morib, Bagan Lalang dan Port Dickson.

Mengapa mahu pulang ke desa semasa Hari Raya?

Alasan untuk bertemu orangtua adalah alasan utama, apalagi hanya setahun sekali. Mengapa tidak bertemu di hari lain ? Mengapa tidak kerap bertemu jika ada peluang ? Kenapa hanya mahu bertemu di hari raya ?

Hari rayalah peluang untuk menemu sanak saudara lain yang sama-sama mengambil kesempatan bercuti-raya pulang ke desa ini untuk berjumpa. Mengapa tidak bertemu di hari lain ? Mengapa tidak kerap bertemu jika ada peluang ? Kenapa hanya mahu bertemu di hari raya ?

Mengapa perlu bersesak-sesak di atas jalan raya ? Ketika inilah ujudnya pelbagai hazard, bahaya dan menghampiri nyaris-hampir (incident/near miss) dan peluang untuk berlakunya kemalangan (accident).

Saya selalu memberitahu diri saya ; rebutlah peluang jika berkesempatan. Jumpalah, ziarahlah sanak saudara, adik beradik tidak kira masa atau hari yang khusus. Keutamaan kepada orang tua yang ketika ini masih hidup. Berjumpalah mereka sekerap mungkin. Ataupun hubungilah mereka sekerap mungkin. Tidak guna hidup di era berteknologi canggih ini jika satu panggilan telefon pun sukar dibuat.

(Maaf ! Siratan berakhir di sini sahaja kerana saya mahu menghubungi orang tua saya sekarang)

Thursday, September 11, 2008

Use only Sirim certified helmets

2,695 maut akibat cuai pakai topi keledar
Utusan Malaysia, 10-Sept-08


Pulau Pinang 9 Sept. - Seramai 2,695 orang maut di jalan raya di negara tahun lalu berpunca daripada kecuaian penggunaan topi keledar, kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris.

Menurutnya, kemalangan maut tersebut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal kerana tidak memakai topi keledar atau memakai topi tidak menepati piawaian ditetapkan.

"Tinjauan CAP turut mendapati ramai kanak-kanak yang membonceng motosikal tidak memakai topi keledar di jalan raya.

"Kalau pakai sekali pun, topi tersebut bukannya direka khas untuk motosikal memandangkan kebanyakannya direka bagi kenderaan tidak bermotor seperti basikal dan papan luncur beroda," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Idris memberi peringatan kepada semua penunggang motosikal agar sentiasa memastikan topi keledar yang dipakai itu mempunyai kelulusan daripada SIRIM.

Jelasnya, hasil tinjauan CAP juga mendapati banyak topi keledar diimport untuk pasaran negara ini tidak mendapat pengesahan daripada pihak SIRIM.

"Topi keledar untuk kanak-kanak memang sukar untuk didapati. Pihak kami hanya berjaya menemui sebuah kedai yang menjualnya. Itu pun topi keledar permainan.

"Selain itu, topi buatan tempatan untuk kerja-kerja pembinaan amat nipis dalam plastik biasa dan hanya menyediakan sedikit perlindungan untuk mengurangkan kesan hentakan dengan meletakkan label 'Bukan Untuk Kegunaan Motosikal," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa penunggang motosikal menggunakan topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM sahaja di samping mengendalikannya dengan cara betul serta menjaganya dengan baik agar penunggangan lebih selamat di atas jalan raya.

Wednesday, September 10, 2008

Lecur sebab penyembur nyamuk

Lecur sebab penyembur nyamuk
Kosmo, 1-Sept-08


Gua Musang - Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Tengku Bendahara, Bertam melecur di bahagian muka dan badan selepas terkena letupan sebuah tin penyembur nyamuk di halaman rumahnya di Kampung Jerek Baru dekat sini kelmarin.

Noratikah Kamarulzaman, 13, yang melecur dalam kejadian pukul 7 petang itu terus dihantar ke Hospital Gua Musang, sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

Ibunya, Surihana Awang, 34, berkata, kejadian itu berlaku ketika anaknya sedang membakar sampah seorang diri di halaman rumah tanpa menyedari tin penyembur nyamuk itu ada di dalam timbunan sampah berkenaan.

Katanya, semasa kejadian dia berada di dalam rumah dan selepas terdengar bunyi letupan kuat, dia terus bergegas keluar dan mendapati pakaian Siti Noratikah sedang terbakar.

"Anak saya menangis dengan kuat dan saya terus padamkan api yang sedang menyala di bahagian seluar serta bajunya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Surihana berkata, sebaik sahaja api itu dipadamkan didapati Siti Noratikah melecur di bahagian badan serta muka. - Bernama

Hindari tragedi menjelang Aidilfitri

Gambar kemalangan maut penunggang motosikal di Pulau Pinang awal tahun ini.

Minda: Hindari tragedi menjelang Aidilfitri
Berita Harian, 4-Sept-08

Selepas menjalani ibadat puasa selama sebulan, umat Islam akan pulang ke kampung halaman bertemu ahli keluarga yang sudah lama berpisah untuk meraikan Aidilfitri.

Namun, di sebalik kemeriahan itu, ada juga keluarga yang melalui saat kesedihan apabila menerima khabar buruk sanak saudara terbabit dengan kemalangan jalan raya.Malah, baru beberapa hari saja menyambut Ramadan, kita sudah disajikan beberapa laporan kemalangan di media yang cukup mencengkam jiwa.

Memang kita sentiasa berdoa supaya perjalanan pergi dan pulang selamat, tetapi malangnya saban tahun terutama setiap kali sambutan perayaan, pasti kita disajikan dengan berita kemalangan jalan raya yang sentiasa berulang.

Ada juga yang menerima berita malang itu sebagai takdir, tetapi pada masa sama adakah kemalangan akibat memandu terlalu laju dan cuai juga mahu dikatakan takdir?

Kerajaan, pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerap berusaha menerusi kempen dan penguatkuasaan di jalan raya untuk memastikan tragedi kemalangan tidak menjadi pemusnah kemeriahan Aidilfitri.

Kita masih alpa dan tidak mengambil sebarang pengajaran terhadap kejadian yang berlaku.Masih ada pengguna jalan raya memandu dalam keadaan terburu-buru untuk tiba ke kampung secepat mungkin sehingga mengabaikan faktor keselamatan.

Berdasarkan Ops Sikap XIII sempena Aidilfitri bermula 7 hingga 21 Oktober 2007, sebanyak 15,911 kemalangan dicatatkan dengan kemalangan maut sebanyak 203 kes.

Dalam tempoh itu juga, jumlah kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 225 kes. Menerusi Ops Sikap XIII, polis menggunakan empat pendekatan iaitu pemantauan bas secara penyamaran, bantuan daripada pegawai kerajaan kumpulan A bagi mengesan kesalahan lalu lintas, mewujudkan pegawai pemantau yang membuat rondaan menyeluruh terutama di kawasan yang sering berlaku kemalangan dan pengawasan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Jika dibandingkan dengan Ops Sikap XI sempena perayaan sama pada 17 hingga 31 Oktober 2006, terdapat penurunan dalam kes kemalangan maut iaitu 213 manakala jumlah kematian yang catatkan pada tahun itu ialah sebanyak 228.

Bagaimanapun, kemalangan keseluruhan meningkat 195 kes iaitu 15,911 kes berbanding 15,716 kes pada 2006.

Mengikut laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), terbabas sendiri mencatatkan jumlah tertinggi punca kemalangan maut pada Ops Sikap XIII iaitu sebanyak 55 kes diikuti makan jalan (31), cuba, sedang memotong dan tukar laluan (26), tidak nampak atau tidak perasaan kenderaan lain (21), cuai melintas jalan (14), cuai keluar atau masuk simpang jalan susur (12), mengekori dengan rapat (11), lain-lain (10), tidak diketahui (lapan), pusingan U, patah balik atau menyeberang (tujuh), melawan aliran trafik (enam) serta masing-masing satu kes tidak mengikuti lampu isyarat merah dan leka/ berangan/ letih/mengantuk.

Pecahan kematian mengikut pengguna kenderaan dalam tempoh itu pula menunjukkan pengguna dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah paling ramai iaitu 121 mangsa korban diikuti pemandu dan penumpang kereta seramai 54.

Ia diikuti pejalan kaki seramai 23 orang, lain-lain (14), pemandu dan penumpang lori (enam), basikal (lima) dan masing-masing seorang bagi kategori pemandu dan penumpang van serta bas.

Penurunan dalam kes kemalangan maut bagi Ops Sikap XIII dan Ops Sikap XI mungkin satu kejayaan jika dilihat dari sudut statistik, namun bagi keluarga mangsa, kesedihan tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Ini cerita tahun lalu, bagaimana pula bagi Ops Sikap yang bakal dijalankan pada bulan ini sempena sambutan Aidilfitri 1429 Hijrah?

Berdasarkan kajian, kadar kemalangan jalan raya meningkat berikutan pertambahan jumlah kenderaan berdaftar di seluruh negara yang kini mencatat kira-kira 16.5 juta dan sikap pemandu adalah faktor penyumbang kepada berlakunya kemalangan berbanding faktor jalan raya, teknikal, cuaca dan keadaan kenderaan.

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan paling tinggi maut dalam kemalangan iaitu 17 kali ganda risiko berbanding kereta, malah pada Aidilfitri lalu golongan itu paling banyak dikenakan saman.

Kesalahan biasa yang kerap dilakukan pemandu adalah seperti menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memandu secara melulu serta berbahaya.

Menjadikan jumlah kemalangan jalan raya ke angka sifar memang mustahil disebabkan beberapa faktor penyumbang selain pertambahan kenderaan saban tahun namun langkah sebaiknya perlu dilakukan pengguna jalan raya.

Agensi membabitkan keselamatan jalan raya seperti polis trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan memainkan peranan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi.

Pengguna juga perlu bertindak bijak dan mengawal emosi ketika berada di atas jalan raya. Di masa lain, kita mungkin seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun namun sikap itu hilang ketika berada di jalan raya.

Kita secara tiba-tiba mementingkan diri serta cepat marah sehingga menyukarkan kita untuk berdisiplin dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Bagi pengguna yang mahu melakukan perjalanan jauh pulang ke kampung atau bercuti, terdapat beberapa panduan seperti mengamalkan pemanduan berhemah kerana ia adalah langkah terbaik mengurang kemalangan.

Fahami undang-undang lalu lintas, memandu dalam keadaan mental dan fizikal yang baik, pastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, elak daripada mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat serta pastikan mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

Di laman web JKJR, turut disenaraikan lapan petua keselamatan jalan raya iaitu merancang perjalanan, sentiasa ikut had laju ditetapkan, berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan sewaktu menukar lorong.

Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

Patuhi garis panduan keselamatan ketika memotong, jangan lakukannya jika teragak-agak. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan serta tidak mencelah antara kenderaan.

Sebenarnya, faktor utama menyumbang kepada kemalangan di jalan raya adalah sikap pemandu kenderaan itu sendiri.

Selagi sikap berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya diabaikan, selagi itulah nahas jalan raya sentiasa dimuatkan dalam dada akhbar, terutama apabila menjelang musim perayaan.

Justeru, pada bulan Ramadan yang mulia ini sama-samalah kita berdoa semoga umat Islam dapat menjalani ibadat dengan sempurna dan meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan bukan kesedihan.