Friday, December 18, 2015

Masjidil Haram, CSR, Welfare & OSH




Masjidil Haram, CSR, Welfare & OSH

Alhamdulillah saya diuji-Nya di Tanah Suci. Semalam di hari ketiga, setelah selesai umrah wajib, tawaf sunat dan ziarah tempat bersejarah di Mekah, kaki kanan saya bengkak sewaktu hendak menyempurnakan umrah sunat kali kedua.

Alhamdulillah saya berpeluang menggunakan wheelchair untuk bertawaf dan bersaei. Mulanya saya enggan, setelah dinasihati oleh mutawif, keluarga dan ahli rombongan yang lain, saya bersetuju menggunakan wheelchair.

Alhamdulillah saya berpeluang untuk merasakan sendiri bagaimana pengguna wheelchair boleh menyempurnakan ibadat umrah.

Alhamdulillah adanya kemudahan pengguna wheelchair bertawaf di paras ketiga dan menggunakan laluan khas semasa saei di paras kedua.

Alhamdulillah tersedia wheelchair percuma di hotel-hotel penginapan peserta umrah.

Alhamdulillah tersedia juga pertugas berbayar untuk mengendalikan wheelchair dari hotel ke Masjidil Haram, semasa tawaf dan semasa saei.

(Alhamdulillah dalam kes saya, Allah memudahkan umrah saya dengan izin-Nya, anak saya membantu saya menyempurnakan umrah sunat kedua saya).

Alhamdulillah pihak bertanggungjawab di Masjidil Haram ini menggunakan signboard wheelchair yang tepat dan betul.

Alhamdulillah, hari ini kaki saya telah pulih dan tidak perlu lagi menggunakan wheelchair. Terima kasih juga kepada mutawif, Tn Hj Mat Isa yang mengajak/meminta saya berdoa bersama-sama memohon-Nya memulihkan kaki saya dan memudahkan ibadat saya.  

Alhamdulillah, saya diberi-Nya peluang merasakan sendiri pengalaman ini dan in sya Allah akan digunakan saya sebagai bahan pembelajaran kursus saya kelak.

(Perpustakaan Awam UUM menggunakan papan tanda OKU yang betul dan tepat. Banyak agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta di Malaysia masih menggunakan papan tanda OKU yang silap. Rujuk link di sini).

No comments: