Panduan meredah air banjir dengan kenderaan
Musim banjir tiba lagi. Ada banjir kilat yang turut
berlaku di kawasan bandar. Banjir kilat agak merbahaya kerana kedatangnya
mengejut.
Berikut ada sedikit panduan jika anda perlu meredah air
banjir dengan menggunakan kenderaan anda.
Saya bukan pakar dalam mengendalikan kenderaan semasa
banjir. Cuma saya terlibat dalam beberapa siri rally dan penjelajahan darat
(overland expedition) hingga ke China sehingga Border Tibet.
Menghadapi scenario banjir sebegini adalah lumrah dalam
perjalanan. Saya juga beberapa kali terlibat dalam sesi latihan pengendalian
kenderaan 4x4. Malah dalam latihan juga, saya mengkhususkan latihan dalam
obstacle dan rescue bukannya pemanduan sebab saya kurang cekap dalam pemanduan.
Teknik yang saya inginkan kongsikan ini bukan sahaja digunakan oleh kenderaan
4x4 sahaja malah sesuai untuk semua jenis kenderaan.
Tips 1. Jangan atau elakkan redah air banjir. Tunggu
sehingga air surut.
Jika tidak tahu keadaan air banjir atau tidak yakin,
jangan redah air tersebut. Malah semasa dalam Rally 4x4 Shell ke Thailand akhir
90an, ada seorang pelumba rally tidak yakin meredah air di satu sungai dan dia
meminta saya memandu 4x4 nya menyeberangi sungai tersebut.
Tips 2. Ketahui keadaan dalam air banjir tersebut.
Terutama jika kenderaan anda sahaja yang ada di kawasan
banjir tersebut.
Biarkan dan perhatikan kenderaan lain melepasi kawasan
banjir tersebut. Buat perbandingan kenderaan yang sama dengan anda. Kereta
penumpang dengan kereta penumpang. Jangan bandingkan dengan 4x4.
Lihat paras air kenderaan hadapan. Seeloknya paras air
jangan melepasi paras ekzos kenderaan.
Jika tiada kenderaan lain untuk diperhatikan, dengan
menggunakan kayu (ranting contohnya) cuba berjalan kaki masuk dalam kawasan air
banjir tersebut. Jika air semakin dalam menghampiri lutut, jangan terus
berjalan. Patah balik dan tunggu air surut.
Kayu digunakan untuk menguji permukaan jalan terutama air
keruh atau bergeladak sehingga tidak menampak permukaan jalan. Kalau jalan
bertar sudah terdapat kesan rekahan, batalkan hasrat anda untuk meredah air
banjir tersebut.
Perhatikan kelajuan air. Jangan menyeberang jika air
bergerak laju sebagai contoh ada pergerakan benda timbul dengan kelajuan 3 meter
(10 kaki) dalam masa kurang 5 saat.
Tips 3. Ketahui keupayaan kenderaan anda.
Jika kenderaan anda mempunyai peralatan elektronik di
bawah seat, lupakan sahaja hasrat anda itu. Keadaan tayar yang kurang bunga
juga merbahaya untuk bergerak di dalam air.
Guna hanya gear rendah semasa memasuki air banjir.
Seeloknya gear satu. Jangan tukar gear!
Paling penting sentiasa bagi pecutan malar (constant
acceleration). Maksudnya jangan angkat kaki dari pedal minyak. Anda boleh
memperlahankan kenderaan tetapi jangan angkat kaki dari pedal minyak.
Pecutan akan menyebabkan proses exhaust berlaku. Jika
kaki diangkat dari pedal minyak, proses intake, compression dan power berlaku
dan boleh menyebabkan air banjir tersedut masuk ke dalam engine melalui batang lubang
ekzos.
Anda juga perlu tahu paras pusat graviti (gravity center
level) kenderaan anda. Paras air yang tinggi dari paras pusat graviti ini akan
menyebabkan kenderaan anda mudah dihanyutkan (diseret) oleh air banjir.
Berat kenderaan hanya stabil jika berat bawah badan
kenderaan anda (below weight) lebih besar dari berat atas kenderaan anda (upper
weight). Jika paras air banjir melebihi paras pusat graviti, kenderaan anda
akan terapung (walaupun terapung sedikit) akan menyebabkan kenderaan anda akan
dihanyutkan oleh air banjir.
Biasanya untuk kenderaan penumpang biasa, paras pusat graviti
kenderaan adalah sekitar atas sedikit dari paras pemandu. Setiap jenis
kenderaan berbeza paras pusat graviti ini.
Tips 4. Jika kenderaan anda mati engine di dalam air
banjir.
Jangan hidupkan di dalam air banjir. Nyalaan (ignition)
engine akan menyebabkan proses intake,
compression dan power berlaku, dan air banjir tersedut masuk ke dalam engine
melalui batang.lubang ekzos.
Tolak sehingga ke kawasan kering. Seeloknya panggil
kereta penunda untuk terus di bawa ke bengkel untuk mengelakkan system elektronik
terganggu.
Jika anda hendak juga meneruskan perjalanan, pastikan
kenderaan anda tidak dihidupkan dengan serta-merta. Seeloknya biarkan setengah
jam dahulu terutama jika air sudah masuk ke paras seat pemandu.
Jika engine tidak dapat dihidupkan, jangan berulang-kali
menggunakan ignition yang boleh menyebabkan ignition pula rosak. Jika kenderaan
anda manual transmission, dan ada rakan lain, anda boleh menghidupkannya dengan
menolak kenderaan.
Tips 5. Jika anda berjaya mengharungi air banjir.
Berhenti di kawasan kering yang selamat. Jangan matikan
engine. Biarkan engine melahu (idling) sekitar 10 minit.
Mula bergerak dengan perlahan sambal mainkan pedal brek.
Air menyebabkan padding brek basah dan brek kurang
berfungsi. Masalah ini boleh diatasi dengan memanaskan padding brek dengan
memainkan pedal brek berulang kali.
Teruskan perjalanan dan seeloknya berhenti di bengkel
kenderaan berdekatan untuk memeriksa kenderaan anda.
Jangan lupa bersyukur!
Tips 6. Tips umum.
1. Jangan ikut belakang kenderaan berat. Ramai yang
menyangka ini kaedah terbaik sebab air banjir dikuak ke tepi.
2. Anda tidak tahu keadaan permukaan jalan di belakang lori
tersebut dan pada masa yang sama jika kenderaan berat di hadapan anda terhenti
akan menyebabkan masalah kepada anda.
3. Air banjir juga boleh memasuki ke dalam kenderaan anda
melalui bonet hadapan. Sudah beberapa kali saya mengharung air banjir yang
melepasi paras ekzos (Tronoh dan Air Hitam, Perlis) tetapi masih sekitar paras
atas roda (tayar) kenderaan. Saya membalut bonet depan tarpaulin canvas dan
dilekatkan dengan masking tape. Dua benda ini sentiasa ada dalam bonet belakang
kenderaan saya. Semasa dalam overland
ekspedisi, kami menggunakan daun pisang sahaja.
4. Jika anda tidak nampak permukaan jalan dalam air banjir
tersebut, sentiasa memandu ke hadapan mengikut panduan selari dengan tiang
elektrik.
Jika tiada tiang elektrik, berpandukan tanah tinggi dan
mungkin juga pokok.
5. Elakkan meredah air banjir dalam hujan lebat dan cuaca
gelap. Seeloknya jangan meredah pada waktu malam.
6. berhubung dengan pihak berkuasa. Mesti ada
senarai nombor telefon penting. Saya terperangkap di Changlun semasa banjir di
Jitra beberapa tahun lepas. Saya berhubung dengan PLUS dan mereka menasihati
saya melencong ke jalan Air Hitam Perlis jika hendak meneruskan perjalanan ke
Taiping.
7. Seeloknya penumpang kenderaan anda tiada bersama dalam
kenderaan anda.
8. Jika sudah selamat berada di kawasan kering atau tinggi,
jangan sertamerta guna peralatan elektrik seperti lampu dan hon.
Saya akan kemaskini lagi panduan ini dari masa ke semasa
dalam blog oshthejourney blogspot dan fb saya.
lukmanw@gmail.com
No comments:
Post a Comment