Saman dan ajarlah PBT !
Saya pasti ramai pengguna jalan raya terutama penunggang
motosikal tertunggu-tunggu gesaan suara keramat sebegini. Apatah lagi datangnya
dari media arus perdana yang kita tahu siapa di belakangnya.
Bagaimanapun harus diingatkan bukan kesemua jalan raya di
bawah skop tanggungjawab PBT. Ada yang di bawah skop pihak berkuasa yang lain.
Kini kebanyakan kawasan telah dtandakan sempadan siapakah (pihak manakah) yang
brtanggung-jawab menyenggarakan sesuatu jalan tersebut.
Rakan superbike iaitu, Lando Zawawi
DatokBandar KL-PJ dan rakan-rakannya telah “bertindak sendiri” memperbaiki
jalan yang berlubang seketika dahulu. Ramai yang menyokong usaha beliau tapi
ada juga yang mencemuh!
Untuk menyaman PBT atau pihak berkuasa lain
yang terbabit selepas kemalangan adalah suatu tindakan reactive (passive). Memang
ianya boleh dijadikan teladan dan sempadan di masa akan datang atau lebih tepat
sebagai pengajaran.
Langkah yang terbaik ialah tindakan proactive
yang perlu diambil sebelum berlakunya kemalangan. Kalau perlu saman pihak
bertanggungjawab sebelum berlakunya kemalangan. Apa yang pasti ada unsur
kecuaian yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab yang memungkinkan
kemalangan kan berlaku.
http://oshthejourney.blogspot.com
No comments:
Post a Comment