Tuesday, March 5, 2013

Awas! Bayangan Maut

 Awas! Bayangan Maut

Semasa bekerja di kilang tayar 20 tahun yang lalu, OSH Manager saya (En. Abdul Rahim Jasmin) telah meminta saya mereka papan tanda amaran berkaitan hazard muatan tergantung (suspended load). Ini kerana ketika itu (tahun 90an), terdapat lebih 20 biji mesin angkat (crane and hoist) di kilang tersebut.

Setelah merujuk beberapa laman web OSH luar negara, kami menempah papan tanda yang bertulis; AWAS! JANGAN BERADA DI BAWAH BAYANGAN MAUT (Shadow of Death) dan memasangnya di semua kawasan mesin angkat termasuk di Mesin Pengangkat Kereta (Car Lifter) seperti gambar di atas.

Bagi kami, papan tanda tersebut memainkan peranan penting mengingatkan (memberi amaran) kepada semua pekerja agar tidak mengambil mudah berada atau berjalan di bawah muatan tergantung.

Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada papan tanda tersebut masih ada di kilang tayar ini.

Gambar kemalangan di atas, saya ambil dari Facebook Bomba dan Penyelamat Malaysia.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: