Thursday, February 24, 2011

Dialog Dengan DOSH Kedah/Perlis 24 Feb 2011

Dialog Dengan DOSH Kedah/Perlis 24 Feb 2011

Dialog yang lebih dikenali dengan Sembang-sembang Safety ini diadakan di Resort Rasa Sayang Sungai Petani. Bermula jam 2.45 pm dengan Pengerusi Majlis, sdr. Aliasman. Kata-kata aluan oleh sdr. Azhar Rifai selaku Setiausaha NRG SHE mewakili Presiden, sdr. Anuar Saidin.

Sdr. Azhar memaklumkan aktiviti-aktiviti NRG SHE untuk tahun 2011 ini. Selain sesi Sembang-sembang Safety ini di Sg Petani akan diadakan juga di Prai (untuk SHO Negeri Pulau Pinang) dan di Ipoh (untuk SHO Negeri Perak). Turut dirancang ialah aktiviti OSH in School untuk meperkenalkan OSH lebih awal kepada bakal-bakal pekerja di Malaysia ini. Di samping International SHE Conference pada bulan Jun 2011 di Prai.

Kemudian ucapan dan perasmian majlis oleh En. Mohd Jais Suratman, Pengarah DOSH Kedah. Dalam ucapannya En. Jais memaklumkan beberapa aktiviti rekreasi diadakan oleh DOSH Kedah seperti Mendaki Gunung. Kegiatan sebegini adalah susulan saranan Ketua Pengarah DOSH, Dato' lr. Dr. Johari Basri untuk memastikan semua pegawai DOSH sentiasa dalam kegiatan sihat. En. Jais juga menyarankan agar semua SHO di samping mengambil berat keselamatan dan kesihatan pekerja di organisasi masing-masing hendaklah menjaga kesihatan mereka juga.

En. Jais sedia maklum dengan tanggungjawab SHO dan kesukaran mereka untuk memperkenalkan Safety Culture. DOSH sendiri menghadapi kesukaran terutama di sektor kerajaan yang mana turut disenarai dalam Jadual 1 iaitu 10 industri dalam skop OSHA.

En. Jais juga mengesyorkan agar SHO dan majikan mengambil tindakan aktif dengan merancang beberapa bulan lebih awal (dari tarikh akhir) untuk pemeriksaan tahunan dan pemeriksaan peralatan untuk CF.

Beliau juga menasihati agar organisasi yang mempunyai SHO lebih dari seorang supaya sentiasa berkomunikasi sesama mereka.

Beliau juga memaklumkan ada organisasi yang amat kurang dilawati/didatangi oleh pegawai-pengawai DOSH akibat kekangan anggota terutama sektor kerajaan. Sebagai contoh di Kedah terdapat lebih 250 jabatan kerajaan dan PBT tetapi hanya terdapat 2 orang pegawai DOSH ditugaskan berurusan dengan mereka semua.

En. Jais memaklumkan untuk tema OSH World Day tahun ini ialah OSH. Management System: A tool for continual improvement.

Di samping itu (dalam perancangan) DOSH untuk memperkenalkan “Black Book” kepada setiap SHO di mana sebarang kesalahan yang berkaitan dengan kegagalan SHO semasa menjalankan tugas akan dicatat dalam “Black Book” ini dan akan dirujuk semasa proses permohonan perbaharuan “Green Book”.

Turut dimaklumkan ialah perancangan scheme point untuk CEP bagi mana-mana SHO yang terlibat dalam jawatankuasa DOSH di samping scheme point sedia ada kepada yang menghadiri kursus/seminar.

Seterusnya dialog bermula dengan moderator, sdr. Zulkfli Hamed, Penasihat NRG SHE dan panel ialah En. Mohd Jais Suratman, Pengarah DOSH Kedah serta En Idris Abdul Rahman, Pengarah DOSH Perlis.

Perkara 1.

Tahun 2010 DOSH lebih kepada OSH MP 15 (yang diperkenalkan tahun 2009). Adakah apa-apa perundangan/peraturan yang akan diperkenalkan atau dalam draft perancangan pada tahun 2011 ini.

Penjelasan DOSH

Perundangan/peraturan sama ada baru atau pindaan yang masih dalam draf hanya akan diumumkan selepas diwartakan. Bagaimanapun setiap perundangan/peraturan sama ada baru atau pindaan akan dibuka kepada public comment yang biasanya diwakili oleh industry, pihak perundangan, persatuan dan ngo.

Secara tidak rasmi, beberapa pindaan akan dibuat berkaitan; SHO dan S&H Committee. Serta memperkenalkan OSH MS sebagai compulsory dan juga pindaan dalam FMA untuk penyesuaian OSHA. Bagaimanapun pengesahan hanya selepas diwartakan.

Perkara 2.

(i) Masalah penetapan tarikh untuk pemeriksaan tahunan dan CF.

(ii) Cadangan NADOPOD dihantar secara on-line.

(iii) Status Guideline Indoor Air Quality –adakah akan jadi peraturan?

Penjelasan DOSH

(i) SHO atau majikan boleh mencadangkan tarikh untuk pemeriksaan tahunan dan CF seawal 3 bulan awal dari tarikh akhir tanpa perlu menunggu surat makluman/peringatan dari DOSH. Terdapat beberapa organisasi yang telah mengamalkan pendekatan sebegini.

(ii) DOSH telahpun mengamalkan penerimaan secara email untuk borang JKKP 6 sama ada secara scan. Boleh dihantar juga secara fax.

(iii) Tiada sebarang maklumat muktahir mengenai IAQ ini.

Perkara 3.

(i) Keberkesanan OSHA masa kini selepas diperkenalkan pada 1994.

(ii) HIRARC dikemukakan setelah diminta oleh DOSH selepas berlakunya kemalangan. Apakah susulan selepas penghantaran HIRARC ini?

(iii) Masalah CF lewat dikeluarkan dengan peraturan sedia ada dalam masa 14 hari selepas bayaran dijelaskan.

(iv) Setakat ini hanya SHO dipanggil untuk memberi penjelasan jika berlaku kemalangan – mengapa tidak turut dipanggil CEO atau pemilik syarikat.

Penjelasan DOSH

(i) Kajian keberkesanan dari pengurangan kemalangan telah dilakukan oleh UPM. Keberkesanan lain boleh dilihat dengan pengamalan OSH di 10 sektor-sektor yang tertakluk dalam Jadual 1, di mana sebelum ini tidak tertakluk dalam FMA

(ii) HIRARC adalah salah satu tool untuk mengenalpasti hazard, membuat penilaian dan juga cadangan (serta amalan sedia ada) dalam pengawalan risiko. Amalan DOSH akan mengkaji HIRARC tersebut dan akan membuat comment serta penambahbaikan.

(iii) DOSH Negeri akan mencadangkan kepada DOSH Putrajaya untuk mempercepatkan tempoh masa 14 hari ini. Bagaimanapun untuk keperluan khas, SHO/majikan boleh memohon terus dengan Pengarah Negeri dengan mengemukakan alas an berkaitan.

(iv) Kebanyakan DOSH Negeri telahpun mengamalkan pendekatan turut memanggil CEO atau pemilik syarikat jika berlakunya kemalangan terutamanya kemalangan maut atau serius. Malah bukan sahaja kemalangan, ada kes-kes yang melibatkan kelewatan pembayaran bil untuk pemeriksaan peralatan CF juga DOSH akan memanggil CEO atau pemilik syarikat untuk membuat penjelasan.

Pada masa yang sama DOSH juga dalam perancangan untuk membuat pendekatan terhadap kemalangan maut atau major, CEO perlu membuat penjelasan terus kepada menteri yang bertanggungjawab.

Perkara 4

(i) Merujuk perkara 1, grace period diperlukan supaya keperluan tertentu mengikut peruntukan baru perundangan terutama yang melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu draft perundangan perlu diwar-warkan supaya industry lebih bersedia.

Sebagai contoh terdapat perundangan baru (bukan berkaitan OSHA) yang memerlukan satu peralatan yang melibatkan kos yang tinggi dipasang menjadi masalah kepada industry untuk melaksanakannya.

(ii) Sekadar berkongsi pengalaman, SHO perlu bersedia dengan teliti (mengikut semasa dokumen berkaitan 3 bulan terakhir) semua keperluan yang dinyatakan untuk memperbaharui Green Book.

Penjelasan DOSH

(i) Perundangan dalam takrif deraf dan belum diwartakan belum dianggap sebagai perundangan yang sah. OSHA serta peraturan berkaitan malah FMA sentiasa memperuntukkan grace period sebagai contoh terdapat peruntukkan (dalam FMA) vessel yang dibina pada tahun-tahun tertentu (lebih awal) tidak tertakluk kepada keperluan CF.

(Sdr. Azhar. NRG SHE menjelaskan NRG SHE turut dijemput semasa pembincangan / public comment untuk sebarang perundangan baru dan pindaan.)

Perkara 5

(i) Apakah DOSH ada menyediakan / merancang program-program untuk CEO atau pemilik syarikat?

(ii) Etika pegawai penguatkuasaan DOSH – ada yang tidak friendly.

Penjelasan DOSH

(i) DOSH Negeri dalam merancang program untuk CEO dan pemilik syarikat. DOSH Negeri ingin memohon bantuan NRG SHE dan semua peserta untuk memastikan bagaimana CEO atau pemilik syarikat ini akan hadir apabila dipanggil untuk menyertai program ini dan bukannya meminta SHO mewakili mereka.

(ii) DOSH Negeri menganggap teguran etika ini sebagai teguran penambahbaikan dan mengambil perhatian.

Perkara 6

(i) Memohon perkembangan terbaru mengenai CEP Point.

(ii) Adakah betul tugas atau tanggungjawab SHO menjalankan juga tugasan berkaitan environment?

Penjelasan DOSH

(i) Tiada maklumat mutakhir mengenai perkembangan CEP Point. Disaran merujuk terus (mungkin melalui NRG SHE) kepada Unit Persijilan dan Pengiktirafan di Putrajaya.

(Sdr. Azhar menjelaskan wakil dari Putrajaya pernah dijemput untuk menjelaskan perkembangan CEP point ini semasa seminar NRG SHE di Prai pada penghujung Nov 2010 tetapi beliau tidak dapat hadir. NRG SHE akan menjemput beliau sekali lagi dalam satu forum semasa Conference NRG SHE bulan Jun 2011 di Prai nanti.)

(ii) DOSH tiada halangan SHO menjalankan tugasan environment walaupun dalam perundangan di Malaysia hanya OSHA memperuntukkan SHO (EQA tiada peruntukkan EO). Begitu juga dalam S&H Committee Regulation dengan jelas menyatakan dalam mesyuarat hanya perkara berkaitan S&H, DOSH tiada halangan jika committee turut membincangan perkara berkaitan environment. Peraturan juga dengan jelas menghendaki S&H Policy tetapi DOSH tiada halangan jika S&H Policy turut dimasukkan environment (SHE Policy). Bagaimanapun DOSH tiada halangan tetapi SHO mesti (bertanggungjawab) member keutamaan kepada S&H.

Perkara 7

Cadangan DOSH membuka pejabat cawangan. DOE Kedah umpamanya selain mempunya pejabat di Alor Setar turut mempunyai cawangan di Kulim Hi-Tech

Penjelasan DOSH

Dukacita dimaklumkan permohonan DOSH untuk membuka pejabat di daerah di Semenanjung tidak diluluskan oleh JPA kecuali di Sabah dan Sarawak.

Sesi Sembang-sembang Safety berakhir jam 4.50 petang dengan diikuti jamuan hi-tea.

Terima kasih kepada NRG SHE yang menganjurkan Sesi Sembang-sembang Safety ini dan juga terima kasih atas kehadiran En. Mohd Jais Suratman, Pengarah DOSH Kedah serta En Idris Abdul Rahman, Pengarah DOSH Perlis.

Catatan tambahan saya. Tidak sempat berkongsi dengan peserta disebabkan masa terhad.

Per. 1 dan Per. 4 (ii),

Public comment biasanya melalui industry, pihak perundangan, persatuan dan ngo. Persatuan seperti Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan Malaysian Employers Federation (MEF) juga aktif mengambil maklum balas dari ahli-ahlinya untuk disalurkan dalam public comment.

Semasa saya di Celestica Kulim (sdr. Azhar adalah EHS Engineer sebelum saya dan sdr. Aliasman EHS Engineer selepas saya), kami mempunyai consultant dari Singapore iaitu ERM yang sentiasa memaklumkan dan turut mengambil maklum balas (jika ada) sebarang draf perundangan baru atau pindaan.

Saranan saya agar semua SHO sentiasa merujuk semula kepada organisasi masing-masing (HR Dept?) adakah mereka menerima sebarang maklum balas dari FMM atau MEF (jika menganggotainya).

Saranan yang lain ialah dengan menyertai NRG SHE untuk sebarang makluman draf perundangan baru atau pindaan pada masa akan datang.

Per. 3 (iii),

Semasa saya bertugas di Perak (1990 – 2003 dan 2006 – 2007), DOSH Perak mengamalkan pendekatan bil/invoice dikeluarkan terus selepas pemeriksaan peralatan CF dibuat. Sebagai contoh untuk boiler Inspection, Ir Zainuddin atau Ir Saiful akan terus mengeluarkan bil/invoice.

Begitu juga peralatan CF yang lain. Perlu diingatkan dua syarikat yang saya bekerja di Perak iaitu Silverstone Tyre dan Tasek Cement mempunyai ratusan Vessel dan Hoist/Crane. Pemeriksaan tahunan CF untuk Vessel, Hoist/Crane ini memakan masa tiga hari tetapi pegawai DOSH ketika itu, En. Jamaluddin Abd. Malek (sekarang DOSH Kedah) akan terus mengeluarkan bil/invoice sebaik sahaja peralatan CF diperiksa.

Amalan ini saya rasa amat practical. Step seterusnya ialah SHO perlu convince majikan atau finance untuk mempercepatkan bayaran.

Per. 5 (i)

Saranan bagaimana untuk mengalakkan CEO atau pemilik syarikat menghadiri program yang dikhususkan untuk mereka.

DOSH perlu mencontohi ROC mengadakan taklimat peranan CEO terhadap syarikat yang ditanggungjawabkan kepada mereka. Kedatangan adalah wajib dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Kegagalan untuk hadir akan menyebabkan pendaftaran semula syarikat tidak boleh diproses.

ROC juga “put a weight” dengan mengadakan taklimat di 5 Star Hotel. Antara lain ialah jangan turut dijemput SHO. Apa yang penting bagi ample time dan mungkin 3 bulan awal untuk CEO book dalam diary masing-masing.

Seperti kata Sdr. Zul, Moderator, taklimat sebegini juga perlu dikaitkan dengan Return On Investment (ROI). Kalau kebanyakan CEO terutama multinasional company boleh terima ideal CSR Corporate social responsibility di mana perkenalan di Malaysia seketika dahulu (2006) oleh Menteri sendiri, mengapa mereka tidak “dipaksa” menerima ideal Management Commitment to OSH ini.

Terima kasih.

Lukman Bin Wan Mat Daud

No comments: