Monday, March 22, 2010

Bersempenaan Cuti Sekolah


Bersempenaan Cuti Sekolah

"Tidak seperti biasa selepas makan malam dalam penerbangan ke Miri, aku malah penumpang lain yang biasa berterbangan dengan MAS dikejutkan dengan dijamu pula dengan Ais Krim Haagen Dazs dan Cadbury Zip Nutty Crunch.

Biasanya tambahan cookies ini hanya di musim-musim perayaan. Kalau Deepavali merasalah juga Ladu Kuih Keras Berserbuk Tepung itu. Kalau Gong Xi Fatt Chai berselang maneka Kuih Kapit, Kuih Bakar dan Buah Limau. Masa Krismas merasalah sepotong kek. Masa Raya Puasa dan Raya Haji aku tak tahu sebab tak pernah lagi berterbangan semasa dua perayaan itu."


Kisah lanjut di sini.

Sebenarnya pendekatan yang diambil oleh MAS ini mengingatkan saya kepada mantan CEO Tasek Cement (semasa saya bekerja di sana pada tahun 2006/2007) iaitu Mr. Tan Keng Meng. Biasanya email-email beliau ketika di hari-hari akhir bekerja menjelangnya musim perayaan ataupun cuti sekolah akan diselitkan dengan kata-kata nasihat keselamatan (safety message) terutamanya berkaitan dengan keselamatan jalan raya ataupun keselamatan di tempat liburan (sungai, laut dan lain-lain).

Mr. Tan juga orang bertanggungjawab memperkenalkan amalan berkongsi kata-kata nasihat keselamatan dan juga kata-kata nasihat membina (postive message) di setiap awalan sebarang mesyuarat di Tasek Cement. Bukan sahaja setiap orang mengikut giliran mesti memberikan safety dan postive message ini, ianya juga mesti di-minit-kan.

Saya tidak pasti sama ada amalan ini masih berterusan di Tasek Cement semasa ini tetapi pendekatan ini adalah satu syoran saya kepada semua orang yang meminta nasihat atau pandangan untuk menjalankan mesyuarat yang effektif terutama Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kilang (Plant Safety Meeting).

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourny.blogspot.com/

No comments: