Sunday, March 22, 2009

Safety Officer di Litar Cub Prix!

Ahmad Fuad Baharuddin, juara Pusingan Pertama ketika melepasi garisan pertama. Gambar kecil, Hafizh Syahrin Abdullah juara termuda dalam sejarah Cub Prix


Safety Officer di Litar Cub Prix!

Tamat sudah pusingan pertama Cub Prix di Alor Setar Kedah semalam. Selesai sudah satu tanggungjawab saya merekabentuk litar ini supaya selamat digunakan oleh pelumba-pelumba seawal usia 15 tahun hinggalah awal 40an.

Merekabentuk sebuah litar sementara yang selamat untuk digunakan berlumba di tengah-tengah pusat bandar jauh berbeza dengan merekabentuk sebuah litar di kawasan perindustrian ataupun di kawasan lapang seperti tempat letak kereta umpamanya. Di tengah pusat bandar pelbagai halangan yang perlu diambil kira. Bermula dari pembahagi jalan, penutup lubang (manhole), tiang lampu, pagar, penghadang dan sebagainya hnggalah permukaan jalan itu sendiri kadang-kala menjadi halangan utama.

Rekaan litar sementara ini juga perlu diterapkan dengan aspek-aspek keselamatan khususnya untuk pelumba itu sendiri dan amnya untuk pegawai perlumbaan yang bertugas di tengah litar serta penonton-penonton yang turut mengambil risiko menontonnya.

Di tahun ini selepas 14 tahun menganjurkan Cub Prix, pihak promoter melantik seorang “Track Safety Officer” untuk memastikan cirri-ciri keselamatan ini diambil kira dengan seriusnya. Sebelum ini, tanggungjawab lebih kepada perekabentuk litar dan juga pemeriksaan litar dari AAM, sebagai badan yang menyelia sukan bermotosikal di Malaysia.

Sebenarnya jawatan “Track Safety Officer” ini telah ditawarkan kepada saya semenjak tahun lepas. Memandangkan hampir hujung minggu saya terikat dengan kelas pengajaran, saya mengambil keputusan menolaknya dan hanya menumpukan perhatian kepada merekabentuk litar yang boleh dilakukan sebelum hari acara.

Selain dari itu pengalaman yang cetek dalam perlumbaan motosikal sebenar menyebabkan saya mencadangkan kepada pihak promoter untuk menawarkan jawatan ini kepada bekas pelumba atau lebih bagus kepada bekas juara. Pengalaman saya sebagai pelumba motosikal hanya suka-suka dan tidak pernah menghabiskan jumlah penuh lap dalam satu-satu perlumbaan itu. Di samping itu saya juga pernah melibatkan dalam perlumbaan rally dan 4x4 Offroad yang lebih kepada rasa ingin mencuba. Bagaimanapun saya serius dan bertanggunjawab dalam menganjurkan dan mengelolakan acara-acara motorsport selama lebih 20 tahun ini.

Bermula dari pusingan pertama Cub Prix di Alor Setar, pihak promoter mempertanggungjawab tugas “Track Safety Officer” ini kepada Abdul Halim Zahid yang juga bekas juara Cub Prix Novice.

Walaupun tidak secara formal, saya memerhatikan teknik-teknik HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control) turut diamalkan oleh Abdul Halim semasa menyiapkan litar sebelum perlumbaan bermula. Sebenarnya pengalaman beliau sebagai pelumba sehingga bergelar juara memudahkannya menjalankan tugas sebagai “Track Safety Officer”.

Selain dari keselamatan pelumba, pegawai perlumbaan dan penonton, saya dapati pihk promoter juga mula menitik-beratkkan soal-soal pekerja-pekerjanya terutama mereka yang terlibat dalam memasang dan membuka khemah-khemah, pagar dan segala peralatan lain. Mereka ini sekarang ini telah mula memakai kasut keselamatan dan topi keselamatan.

Dalam berpengalaman selama 14 tahun menganjurkan Cub Prix ini, pihak promoter seharusnya menitik-beratkan soal-soal keselamatan sebegini.

Sebenar soal-soal keselamatan ini dan juga persekitaran bukanlah perkara baru dalam sukan bermotor terutama acara-acara antarabangsa seperti F1, MotoGP dan sebagainya. Dalam manual ”Safety Plan” untuk acara-acara sebegini telah dispesikasikan dengan jelas.

lukmanw@uum.edu.my
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Klik di sini dan di sini untuk artikel berkaitan.

No comments: