Q&A 2 SHO – Safety & Health Officer (SHO)
Saya banyak menerima soalan-soalan berkaitan kerjaya SHO ini
sama ada melalui blog, FB, email dan sms/whatsup. Ada di antara soalan-soalan
itu telah saya terangkan dalam blog saya (rujuk link di bawah).
Untuk soalan-soalan yang tiada jawapan dalam blog tersebut,
saya jawab di sini. Diingatkan jawapan-jawapan ini adalah berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman saya serta maklumbalas dari rakan-rakan sejawat
sahaja. Mungkin ada perbezaan dengan SHO yang lain. Jika berpeluang tanya dan rujuklah SHO-SHO
yang lain juga.
(Nasihat saya kepada mereka yang ingin mengemukakan
soalan-soalan ini biarlah berhemah, kenalkanlah diri dan elakkan menggunakan
bahasa sms (singkatan) yang keterlaluan)
1. Bolehkah atau
sesuai perempuan menjadi SHO?
Jantina tidak menjadi masalah. Saya kenal ramai SHO
perempuan yang berjaya dalam bidang SHO ini. Untuk yang baru menceburi bidang
SHO, mungkin mereka perlu menyesuaikan diri dalam industri ringan seperti SME.
Seorang rakan kelas Master saya di UKM (di mana waktu belajar dia baru sahaja
graduate dari USM (Chemical Engineering) manakala kami rata-rata berumur 30
tahun hingga 60 tahun), kini beliau menjawat jawatan Risk Manager di Industri
Oil & Gas Vietnam. Manakala seorang bekas pelajar saya kini menjawat
jawatan Safety Advisor di Industri Oil & Gas Dubai.
SHO perempuan mungkin lebih disegani oleh pekerja. Kini
ramai penguatkuasa malah berpangkat hinggah pengarah terdiri dari wanita
terutama Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan. Malah saya difahamkan
kemungkinan besar tidak lama lagi ada negeri yang akan mempunyai Pengarah DOSH
wanita.
2. Ada iklan kerja yang menyatakan memerlukan SHO yang
berkursus di NIOSH, adakah ini bermakna SHO yang berkursus di tempat lain tidak
layak?
Masih ramai yang keliru atau tidak tahu (termasuk pihak
pengurusan atau HR syarikat) dalam membezakan DOSH dengan NIOSH. DOSH adalah badan
penguatkuasa dan pengawasan. Manakala NIOSH adalah pembekal latihan (training
provider). Sepatutnya iklan tersebut menyatakan memerlukan SHO yang berdaftar
dengan DOSH, tanpa mengira tempat kursus di mana.
Untuk berkursus di tempat lain, pastikan tempat tersebut
juga berdaftar dengan DOSH. Ini boleh dirujuk dalam website DOSH.
3. Bolehkah dengan hanya menpunyai Sijil SHO dan SPM menjadi
pengurus?
Ada di antara guru-guru OSH saya hanya memiliki SPM sahaja
tetapi pengetahuan dan pengalaman mereka memang ketara perbezaan dengan saya
sendiri atau SHO-SHO lain yang saya kenal. Guru-guru OSH saya ini bukan sahaja
dari kalangan pengurus malah ada yang sampai bergelar pengarah. Bagaimanapun
sekarang ini untuk menjawat jawatan pengurus, seseorang SHO itu
sekurang-kurangnya (pandangan peribadi saya) memerlukan sokongan diploma.
4. Benarkan mereka yang berkelulusan engineering sahaja
layak dan sesuai menjadi SHO?
Secara jujur saya bangga kerana pendidikan saya
berlatar-belakang engineering TETAPI kerjaya sebagai SHO bukanlah MESTI
mempunyai kelulusan engineering. Falsafah OSHA itu sendiri terdiri dari (i)
Management Commitment, (ii) Employee Involvement, dan (iii) Consultation. Ini
bermakna SHO perlu merujuk pihak lain (consult) jika beliau menghadapi
kesulitan. Sebagai contoh SHO yang tiada latar belakang engineering boleh
merujuk pihak (department) engineering di tempat beliau bekerja. Malah rujukan
dari pihak luar juga boleh dbuat seperti dari DOSH sendiri.
Nasihat saya jika SHO itu berlatarbelakang HR (contohnya),
dia perlu mahir (vell-werse) dengan HR. Untuk bidang yang dia tidak mahir
(engineering contohnya), dia boleh merujuk pihak lain.
Saya kenal ramai SHO yang bukan berlatar-belakangkan
engineering. Malah ramai guru-guru OSH saya juga bukan dari latar belakang
engineering.
Pada masa yang sama SHO yang bukan berlatarbelakangkan
engineering ini perlu sedaya-upaya beliau mengetahui asas-asas engineering
seperti nama-nama komponen asas mesin seperti contoh, boiler, vessel, crane
& hoist dan sebagainya.
Seperti mana syoran saya kepada pelajar-pelajar saya setiap
kali kelas pembelajaran saya, seseorang SHO itu perlu mendalami juga ilmu-ilmu
berikut untuk membantu kerjayanya. Malah saya juga sedaya-upaya mencari peluang
(terutama masa) untuk lebih mendalami ilmu-ilmu ini.
(i) Bahasa Inggeris. Memang tidak dapat dinafikan lagi
kepentingannya.
(ii) Human Resource terutama mereka yang bukan dari latarbelakang
HR.
(iii) Finance. Kursus terbaik ialah Financial Course For
Nonfinancial Managers.
(iv) Computer/IT. Selain dari keperluan mengunakan software
presentation (contoh power point), kemahiran grafik juga perlu. Kalau boleh
photoshop memang terbaik.
(v) Kerohanian/moral. Bagi SHO beragama Islam, dalamilah
ilmu-ilmu OSH berkaitan Islam ini.
5. Saya sudah first degree, yang mana lebih baik sama ada
mengambil Sijil SHO atau ambik Master OSH?
Bergantung kepada keperluan. Biasanya mereka yang terus
mengambil Master OSH (yang diiktiraf oleh DOSH) tidak perlu lagi mengambil 4
Modul SHO dan exam SHO untuk melayakkan mereka berdaftar dengan DOSH.
Bagaimanapun kini terdapat slot interview semasa permohonan pendaftaran sebelum
pemegang Master OSH ini boleh berdaftar dengan DOSH.
Sijil SHO hanya mengambil masa 22 hari (sepenuh masa) jika
dibandingkan Master OSH yang memakan masa hampir 2 tahun.
Pandangan peribadi saya, Sijil SHO adalah yang terbaik
kerana pembelajaran dalam Sijil SHO lebih berbentuk pengkhususan jika
dibandingkan dengan Master OSH yang lebih berbentuk pengurusan (management).
Kalau boleh, ambiklah kedua-dua sekali.
Pada masa yang sama syoran saya saya kepada SHO yang sudah
ada first degree dan Sijil SHO, cubalah rebut peluang mengambil kursus-kursus
value added dan yang ada competency seperti scaffolding, AGT, hygiene
technician, CHRA dan sebaganya. Malah kursus-kursus seperti ISO (management
system) sehingga ke peringat Lead Auditor amat-amat digalakkan.
6. Saya ingin buat part-time mengajar OSH, bagaimana
caranya?
Untuk mengajar bukan sahaja sahaja subjek OSH sahaja,
seseorang itu memerlukan kemahiran berhadapan (bersemuka) dengan peserta atau orang
ramai (audience).
Saya sendiri bukanlah seorang yang berkebolehan semula jadi
berhadapan (bersemuka) dengan orang ramai ini. Malah semasa kecil saya
bermasalah dari segi pertuturan kerana gagap.
Kemahiran ini boleh dipelajari selain dari pengalaman.
Kursus Train-the-Traner adalah salah satu keperluan untuk menjadi pengajar.
Saya mengikuti kursus TTT ini di Ipoh sekitar awal 90an di bawah anjuran FMM dan DOSH (ketika itu
belum ada lagi NIOSH) dengan salah seorang pengajarnya ialah Tuan Abu Bakar Che
Man, Ketua Pengarah DOSH ketika itu. Salah seorang peserta kursus bersama saya
ketika itu ialah orang lama dalam OSH yang juga bekas EHS Engineer iaitu Hj
Fuzi. Saya pasti beliau masih ingat bagaimana teruknya dan gelabahnya saya bila
diminta untuk buat presentation di dalam kelas. Kini kami sama-sama sebagai
pengajar sambilan di NIOSH.
Mengajar (pada diri saya) sebenarnya melatih saya atau
membuatkan saya mempelajari benda baru lagi. Di setiap organisasi yang saya
dijemput mengajar dan berkongsi pengetahuan/pengalaman OSH ini, saya
sedaya-upaya cuba mmepelajari sesuatu yang baru yang diamalkan di organisasi itu
sendiri.
Selain dari itu pengajar perlu memahirkan diri dengan subjek
yang hendak diajar dan lebih baik buat pengkhususan subjek-subjek (topik-topik)
tertentu sahaja.
Tingkatkan kemahiran mengajar ini di organisasi tempat kerja
sendiri dahulu. Mengendalikan orientation, induction dan tool box meeting
adalah asas untuk membina kerjaya sebagai pengajar. Boleh juga mencuba mengajar
(berkongsi pengetahuan) dengan sukarela di institusi pengajian seperti di
sekolah dan kolej terlebih dahulu.
Jangan lupa sentiasa update diri dengan perkembangan OSH
terutama aspek-aspek perundangan.
NASIHAT UMUM. SHO-SHO mesti merebut peluang mendalami
kursus-kursus berkaitan bukan semata-mata kerana keperluan CEP. Begitu juga
jika ada dialog atau sesi perjumpaan terutama dengan pihak berkuasa seperti
DOSH, DOE dan sebagainya. Menyertai mana-mana persatuan SHO juga amat
digalakkan. Manfaatkan media sosial seperti FB, Blog, Whatsup dan sebagainya. Berkongsilah
pengetahuan dan pengalaman yang ada. Pada masa yang sama, tidak rugi jika
bertanya kalau tidak tahu atau was-was. In sya Allah akan dapat jawapannya jika
ditanya.
Untuk soalan-soalan lain, in sya Allah jika berkesempatan
saya akan updatekan lagi.
Link berkaitan -
http://oshthejourney.blogspot.com/2013/04/penilaian-prestasi-seorang-sho.html?showComment=1411696227729














.jpg)




















