Tuesday, September 24, 2013

Cenderahati @ Doorgift Socso Accident Prevention Seminar 2013



Cenderahati @ Doorgift Socso Accident Prevention Seminar 2013

Setiap kali seminar anjuran Socso, cenderahati @ doorgiftnya memang “lumayan” dan ditunggu-tunggu. Untuk seminar kali ini pihak Socso memberikan satu beg kain yang mengandungi Smart Safety Hammer dan Stress Ball di samping tiga VCD kempen keselamatan terbitan Socso sendiri. Seperti biasa Socso menyediakan Programme Book yang eksklusif yang lengkap dan padat berkenaan aturcara, biodata pembentang dan abstrak pembentangan.

Bagaimanapun dengan penyertaan peserta terdiri dari pelbagai latar-belakang dan bukan kesemuanya pengamal OSH, ada di antara mereka yang tidak tahu fungsi cenderahati ini terutama Stress Ball. Manakala kegunaan dan kepentingan Smart Safety Hammer ada diperjelaskan sedikit oleh pembentang pertama sesi petang hari pertama iaitu; Dato’ Dr. Tam Weng Wah, Director General, Road Safety Dept.

Saya tertunggu-tunggu juga sama ada urusetia atau moderator akan “membicarakan” sedikit kegunaan Stress Ball ini tetapi sehingga seminar tamat tidak kedengaran pula. Tapi mungkin juga saya terlepas dengar!

Beberapa orang peserta perempuan di hadapan meja saya tertanya sesama sendiri apakah kegunaan “bola lembut” ini. Saya ingin menerangkan tetapi pada masa yang sama saya tidak mahu suara saya menganggu tumpuan peserta lain.

Bercakap mengenai gangguan sebegini, masih “ramai” peserta malah seorang-dua urusetia yang berbual-bual di barisan belakang dewan. Malah ada di antara mereka ini yang tidak segan-silu menjawab panggilan telefon dengan nada yang tinggi, setinggi deringan bunyi telefon bimbit mereka yang tidak “disenyapkan”. Mereka itu tidak merasa malu apabila ada peserta lain yang rasa terganggu tumpuan mereka menoleh atau menjeling ke arah mereka ini.

Adakah di masa-masa akan datang urusetia boleh atau perlu mengupah security dari Nepal untuk “mempersilakan” mereka yang “menganggu” tumpuan peserta oarng lain ini beredar dari dewan?

http://oshthejourney.blogspot.com

Monday, September 23, 2013

Socso Accident Prevention Seminar 2013

Socso Accident Prevention Seminar 2013

Hari dan esok saya akan berada di Hotel Sunway Putra, KL menghadiri Accident Prevention Seminar 2013. Ini adalah acara tahunan Socso dengan para pembentangnya dari luar negara dan juga dalam negara.

Mereka yang tidak berpeluang menghadiri seminar ini rasanya berpeluang untuk muat-turun bahan pembentangan dari laman web Socso tidak lama lagi seperti di tahun-tahun sebelum ini.

Ada lima perkara yang saya ingin sentuh di dalam posting ini.

Pertama berkaitan logo seminar tahun ini. Logo adalah jongkang-jongkit yang diduduki oleh Safety dan Health pada setiap bahagian pada paras yang sama.

Memang menjadi persoalan yang manakah menjadi keutamaan. Sama ada Safety (keselamatan) atau Health (kesihatan). Sebagai contoh, karier saya bermula di Jabatan ESH di Silverstone Taiping dan kemudiannya Jabatan EHS di Celestica Kulim dan seterusnya di Jabatan SHE di Tasek Cement .  Mungkin ada yang mengganggap hanyalah sekadar nama dan tidak menjadi persoalan yang besar sama ada yang mana dahulu perlu didahulukan.

Saya pernah terbaca mengenai kepercayaan di barat, seseorang itu perlu sihat sebelum selamat. Mungkin disebabkan itu juga di barat, perkataan kesihatan diletakkan sebelum keselamatan.

Mungkin logo ini memberi maksud kesihatan adalah sama kepentingannya dengan keselamatan. Di mana pula letaknya keutamaan persekitaran (environment)? Apa yang pasti ISO 14000 masih menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan OHSAS 18000 atau MS 1722.

Kedua, dalam seminar kali ini (hari ini) saya mendengar (dengan penjelasan) beberapa katakunci yang mungkin baru pada saya. Kalau dalam COSH bulan lepas pengamal OSH diperdengarkan katakunci Perception Hazard, dalam seminar hari ini kami diperdengarkan dengan katakunci seperti salah satunya ialah Sleep Apnoea (pembentang dari Miros) iaitu masalah tidur yang tidak berkualiti yang boleh mempengaruhi tumpuan semasa bekerja atau memandu.

Manakala MKJR pula memperkenalkan katakunci Vehicle Crash iaitu mengantikan Vehicle Accident (MVA?) untuk menunjukkan bahawa crash berupaya untuk dielakkan (dicegah) berbanding accident yang ramai menganggapnya sebagai takdir (act of God?).

Katakunci-katakunci yang lain boleh dirujuk dalam bahan pembentangan jika telah dimuat-naik dalam laman web Socso.

Ketiga, pengharapan budaya self-regulation dalam mengantikan kebergantungan kepada legislation/enforcement. Ir. Mohtar Deputy  DG DOSH membayangkan satu senario di mana SHO tidak perlu lagi berdaftar/memerbarui  kompetensi mereka dengan DOSH malah tidak perlu membuktikan telah mengumpul CEP untuk pembaharuan SHO. Begitu juga dengan majilkan tidak perlu mendaftarkan kilang dan jentera yang mereka gunakan. Adakah kemungkinan senario sebegini akan ujud jika semua orang mengambil berat terdapat OSH?

Keempat, seorang peserta telah mengemukakan cadangan kepada pembentang ketiga, Dato Dr Mohamed Azman (Deputy CEO Socso) agar premium caruman kepada Socso dikurangkan kepada organisasi yang aktif dalam program accident prevention dan kempen healthy life style serta yang berjaya mengelakkan/mengurangkan kemalangan, seperti yang telah dipraktikkan di Jerman (pembentang pertama, Dr Walter Eschendoff).

Bagaimana Dato Dr. Mohamed Azman (yang kemudiannya disokong oleh Datuk K. Selvarajah, CEO Socso) berpendapat Malaysia umumnya (Socso khususnya) belum belum bersedia mencontohi Jerman dalam langkah mengamalkan Risk Based Premium ini kerana dikuatiri akan timbul gejala under-reporting di mana banyak kes-kes yang tidak akan dilaporkan oleh majikan.

(Semasa saya bekerja di kilang tayar di Taiping 10 tahun dahulu, Jabatan ESH telah memperkenalkan program Zero Accident Competition dengan syarat pertandingan jabatan mana yang tiada kemalangan dalam mana-mana suku tahunan akan mendapat hadiah untuk seiap seorang pekerja di jabatan tersebut. Hasilnya amat membanggakan iaitu kadar kemalangan 20 kes sebulan berjaya dikurangankan hingga 10 kes sebulan.  Sebenarnya kempen ini tidak berjaya sepenuhnya kerana ada jabatan yang sanggup untuk tidak melaporkan kemalangan semata-mata untuk memenangi hadiah walaupun nilai hadiah itu hanya barangan cenderahati yang berharga sekitar RM 10.00 satu.)

Kelima dan tidak berkaitan dengan OSH! Pihak hotel telah mengaturkan beberapa persiapan awal untuk keselesaan peserta yang melebihi 500 orang. Di antaranya ialah kudapan untuk rehat pagi dan petang disediakan kalau tidak silap saya di lima tempat berlainan. Meja makanan dan minuman diipisahkan dan peserta boleh berbaris di kedua-dua belah sisi meja hidangan untuk mengambil makanan. Begitu juga semasa makan tengahari, pihak hotel serta-merta mengsyorkan peserta mengambil makanan buffet di bahagian lain sementelah lokasi utama terlalu ramai yang beratur. Sekurang-kurangnya peserta tidak perlu lama berbaris untuk mengambil makanan dan minuman.

Insya-Allah kalau berkesempatan saya akan sambung lagi.

http://oshthejourney.blogspot.com


Friday, September 20, 2013

Bas vs Motosikal



Bas vs Motosikal

Walaupun saya memilih dan gemar serta kerap menunggang motosikal, saya amat bersetuju dengan pendapat (kajian) seperti tertera di dalam gambar di atas.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Monday, September 16, 2013

Penghadang Jalan memisahkan penjalan kaki dan pengguna jalan raya


Penghadang Jalan memisahkan penjalan kaki dan pengguna jalan raya

Gambar di atas saya ambil petang tadi, lokasi di Seberang Prai, tepi Hotel Sunway.

Bagi saya pembinaan Penghadang Jalan tersebut adalah langkah terbaik sebagai serampang dua mata :-

(i) Sebagai langkah pencegahan kemalangan yang berupaya memisahkan atau menjarakkan penjalan kaki dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya, dan,

(ii) Sebagai langkah pencegahan jenayah terutamanya ragut oleh penunggang motosikal (atau menggunakan kenderaan lain) di mana penjalan kaki yang membawa beg tangan tidak boleh atau sukar untuk dihampiri dan diragut.

Syabas kepada pihak berkuasa berkenaan yang telah memasang Penghadang Jalan ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Update 17 Sept 2013

Saya yakin gambar di bawah struktur yang dibina lebih kepada penghiasan Bandar Warisan di Taping. Boleh juga berfungsi sebagai peralatan mencegah kemalangan jalan raya dan mencegah jenayah (ragut) tetapi kalau dipasang palang tengah melintang (horizontal) sudah tentu lebih berfungsi.



Berulang lagi - mati dihempap tv!

Berulang lagi - mati dihempap tv! Posting sebelum ini di sini.

Monday, September 9, 2013

Great idea?

For all OSH professionals/practitioner, your thoughts...

Saturday, September 7, 2013

Anda sedang diperhatikan

Anda sedang diperhatikan

Siapa yang memerhatikan penunggang motosikal? Dan apakah tujuan untuk diperhatikan?

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

See and be seen – melihat dan dilihat



See and be seen – melihat dan dilihat

Saya difahamkan beberapa organisasi multi nasional di Malaysia telah menguatkuasakan kenderaan syarikat yang dipandu di waktu siang mesti dipasang lampu siang (day lights). Ini selaras dengan peraturan keselamatan yang dibuat oleh syarikat induk mereka di luar negara.

Pengguna motosikal umpamanya telah lama mengamalkan amalan memasang lampu di waktu siang. Pada pertengahan 80an, sewaktu saya mula menunggang motosikal berkuasa besar yang diimport tidak mempunyai suis lampu. Acapkali ditegur oleh pengguna jalan raya lain yang menyangkakan saya terlupa menutup lampu!

See and be seen – melihat dan dilihat, adalah salah satu elemen keselamatan. Pemandu yang memandu kenderaan bukan sahaja berkemampuan melihat kenderaan lain (pengguna jalan raya yang lain) di hadapan dan di sekeliling kenderaan yang mereka pandu tetapi kenderaan mereka juga hendaklah boleh dilihat oleh pengguna kenderaan yang lain.

Kerap kali kenderaan yang dipandu pada waktu malam atau lewat petang terutama di kawasan bandar dipandu oleh pemandu yang tidak menyalakan lampu kenderaan mereka. Mungkin pemandu ini lupa atau leka kerana mereka mula memandu pada hari masih cerah ataupun mereka memandu di kawasan di mana pencahayaannya terang.

Bagaimanapun kenderaan tanpa pemasangan lampu sebegini terutama lampu belakang amatlah merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beberapa hari lepas semasa saya menunggang motosikal dalam hujan lebat sekitar jam 7.00 malam dari Prai ke Taiping, saya terserempak dengan beberapa buah kenderaan yang tidak menyalakan lampu. Saya pasti pemandu kenderaan ini mempunyai pengelihatan (mata) yang bagus sehingga tidak memerlukan lampu hadapan kereta untuk melihat kenderaan di hadapan tetapi pemandu ini mesti ingat tanpa lampu belakang, kenderaan mereka hampir tidak dapat dilihat oleh pemandu dan pengguna jalan raya lain di belakang mereka.

Pada masa yang sama terdapat juga kenderaan lama yang cermin lampu kenderaan mereka sudah pudar dimakan usia. Pemilik kenderaan sebegini bertanggungjawab memastikan cermin lampu mereka yang dimakan usia ini tidak mengurangkan kecerahan cahaya lampu kenderaan mereka.

Atau sudah sampai masanya adanya satu peraturan yang memestikan cermin lampu sesuatu kenderaan tersebut ditukar mengikut tempoh usia hayatnya?

http://oshthejourney.blogspot.com

Posting yang sama di sini.

Wednesday, September 4, 2013

Kempen & Perkhidmatan Mesra Pelanggan di Bangunan JKKP Putrajaya





Kempen & Perkhidmatan Mesra Pelanggan di Bangunan JKKP Putrajaya

Isnin lepas saya ada urusan di Pejabat JKKP Putrajaya Tingkat 4 dan Tingkat 3. Sudah lama saya tidak mengunjungi pejabat ini. Saya tertarik dengan dua poster di luar lift dan juga di dalam lift berkaitan kempen galakan menggunakan tangga seperti gambar-gambar di atas. Saya tidak berpeluang untuk meninjau keadaan tangga. Saya berharap (dan yakin) keadaan tangga adalah bersesuaian (selamat, bersih dan segaianya) untuk digunakan seperti posting saya sebelum ini.

Ruang lobi Tingkat 4, JKKP juga dilengkapi dengan set sofa yang selesa, tv dan beberapa naskah suratkhabar serta air minuman. Syabas kepada pihak pengurusan JKKP yang berkonsep mesra pelanggan ini.

Bagaimanapun ruang lobi Tingkat 3, JKKP (mungkin kerana ruang terhad), kemudahannya juga terhad hanya disediakan beberapa kerusi dan terdapat juga surat khabar tetapi tanpa tv dan air minuman sedangkan di Tingkat 3 ini yang menjadi tumpuan SHO untuk berurusan dengan Green Book mereka.


Saya teringat kepada Puan Hajjah Hajar, JKKP Perak. Perkhidmatannya di kaunter pertanyaan begitu cemerlang. Mantan staf JKKP ini mahir dengan segala prosedur dan borang. Paling mengkagumkan saya ialah dia dapat mengecam suara saya dalam telefon. Mulanya saya ingatkan dia hanya mengecam suara saya sahaja di telefon, rupa-rupanya dia juga mengecam hampir kebanyakan suara SHO yang sering berurusan dengan pejabat JKKP Perak. 

Monday, September 2, 2013

Mengapa tidak diumumkan seawal pagi?

Gambar - internet


Mengapa tidak diumumkan seawal pagi?

Diberitakan Petrol Ron 95 naik 20 sen mulai tengah malam ini! Kenaikan tidak dapat dielakkan. Harap-harap janganlah ada berlaku kemalangan atau kejadian tidak diingini semasa ini kerana kenderaan mula berpusu-pusu memasuki Stesen Minyak. Saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa memperkenalkan "masa peralehan" untuk kenaikan harga petrol ini sekurang-kurang 48 jam untuk membolehkan pengguna mengisi petrol dengan harga lama. Catatan dibuat 9.25pm 2 Sept 2013.

lukmanw@gmail
http://oshthejourney.blogspot.com

Posting sebelum ini di sini.

TERBARU 3 Sept 2013 9.00am. Saya menerima email dan gambar seperti di bawah dengan keterangan yang berkaitan kemalangan akibat meluru ke Stesen Minyak untuk mengisi petrol pada malam semalam.