Saturday, July 17, 2010

Mengapa tidak diumumkan seawal pagi?

Gambar dari internet


Mengapa tidak diumumkan seawal pagi?

Rakyat dikejutkan lagi dengan kenaikan harga barang kegunaan utama iatu bahan bakar (petrol, diesel), gas lpg dan gula pada lewat petang Khamis lalu. Seperti biasa berita ini disahkan melalui berita perdana jam 8.00 malam di tv.

Scara ironiknya kali ini berita kenaikan harga barang “dimaniskan” dengan perkataan “dilaraskan” demi membantu kerajaan menjimatkan RM 750 juta subsidi, kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula. Menurut PM, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Secara ikhlas, saya tidak tahu sama ada hendak menerima, menyokong atau membangkang “pelarasan harga” atau kenaikan harga ini berdasarkan perkembangan ekonomi sedia ada di Malaysia dan juga di dunia.

Bagaimanapun saya tidak bersetuju cara (masa sebenarnya) berita “pelarasan harga” ini diumumkan. Mengapa perlu diumumkan (disahkan) berita ini pada waktu berita perdana jam 8.00 malam? Kenapa tidak diawalkan dan kalau boleh seawal pagi?

Kenaikan harga sebelum ini (ketika itu belum digunakan perkataan pelarasan harga) dan juga sebelum-sebelumnya juga diumumkan pada waktu malam.

Mungkin pelarasan harga kepada barang makanan tidak membimbangkan saya dari segi kesan masa pendek (dari aspek keselamatan) tetapi pelarasan harga untuk bahan bakar akan mencetuskan “mini crisis” di mana pemilik kenderaan akan berderu-deru ke stesen minyak berdekatan untuk memenuhi tangki kenderaan masing-masing.

Walaupun kenaikan hanyalah 5 sen seliter dan secara logik untuk tangki kenderaan 50 liter kenaikan itu hanya menyebabkan penambahan bayaran berjumlah RM 2.50, pemilik kenderaan akan sedaya-upaya “berjimat” hinggalah ke saat akhir jam 12 malam ataupun sehingga bekalan bahan bakar habis dijual mengikut yang yang mana dahulu!

Suasana di stesen minyak di mana-mana pun di Malaysia ini pada malam berita pelarasan harga ini menyaksikan kesesakan yang ketara. Malah motosikal kecil dengan muatan tangkinya hanya sehingga empat hingga lima liter turut “memeriahkan” suasana ini.

Kalau adapun mungkin Bangla Kasyer dan Pam Attendan malah pemilik stesen hanya mengeluh seketika tetapi tepat jam 12 malam suasana menjadi lenggang selenggang-lenggangnya.

Sebagai pengamal keselamatan, “mini crisis” ini sebegini amat menakutkan saya. Pengalaman menyaksikan sendiri beberapa buah kenderaan bertembung sesama sendiri di Stesen Minyak Changlung di malam hari semasa berita kenaikan harga diumumkan sebelum ini menyakinkan saya akan adanya kemalangan ataupun kejadian nyaris hampir pada malam hari Khamis lepas.

Secara mudah, kemalangan dirumuskan berlaku disebabkan dua faktor utama iaitu; Carakerja Tidak Selamat (Unsafe Acts) dan Keadaan Kerja atau Persekitaran Tidak Selamat (Unsafe Conditions), dan kajian juga merumuskan kemalangan berpunca dari gabungan kedua-dua faktor ini.

Inilah suasana yang ketara semasa “mini crisis” malam pelarasan harga ini. Pemilik kenderaan tergesa-gesa ke stesen minyak. Hampir kesemuanya bergegas keluar dari kediaman masing-masing dengan berpakaian ala-kadar yang sempat seperti berkain palekat, berselipar dan ada yang hanya menyarung singlet. Sudah tentu mereka ini semuanya bergegas untuk mengejar masa sebelum pukul 12 malam ataupun sebelum bekalan bahan bakar kehabisan dijual.

Pada masa yang sama keadaan persekitaran juga membimbangkan dengan suasana kegelapan malam hari Khamis lepas kebanyakan tempat dilaporkan hujan.

Inilah faktor-faktor cara kerja dan keadaan kerja tidak selamat yang boleh menyumbangkan kepada kemalanga.

Mengapa pihak berkuasa (terhadap pelarasan harga ini) tidak mengumumkan seawal pagi?

Saya difahamkan pengamal media elektronik dan juga media edisi on-line diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam dalam suatu taklimat khas kepada pengarang pada jam 4 petang Khamis tersebut oleh penasihat media PM.

Secara ikhlas saya memohon pihak berkuasa yang berkaitan, sekiranya akan ada lagi pelarasan harga atau kenaikan harga terutama bahan bakar biarlah diumumkan secara rasmi oleh kerajaan seawal pagi mungkin melalui media elektronik jam 6.00 pagi.

Sekurang-kurangnya pengumuman seawal sebegini akan memberi peluang pemilik kenderaan mempunyai masa selama 12 jam untuk mengisi sepenuh-penuhnya tangki kenderaan mereka.

Tetapi yang paling penting pemilik-pemilik kenderaan ini tidak akan mencetuskan “mini crisis” dengan menyerbu ke stesen-stesen minyak .

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

1 comment:

Online Viagra said...

I must appreciate your article writing skills.Every time i come here i see something very new.Thanks for sharing the information.I love when you share your views through the best articles.Keep sharing and posting articles like these.This article has helped me a lot.Keep posting this stuff.