Friday, June 11, 2010

Hazard bola!


Hazard bola!

Bulan lepas saya terserempak dengan kenalan lama seorang pegawai kanan Bomba di Ipoh. Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap menjelangnya kempen Piala Dunia Bolasepak Afrika Selatan (yang bermula hari ini). Pengalamannya pada 4 tahun lalu menangani banyak kes-kes kemalangan jalan raya yang berpunca dari pemandu yang tidak dapat mengawal kenderaan masing-masing akibat terlalu mengantuk kerana berjaga malam mengikuti perlawanan bolasepak ini. Menurutnya lagi banyak juga kes yang melibatkan kematian akibat kecuaian pemandu-pemandu ini.

Dua hari lepas di Seminar OSH NRG SHE di Dewan Konvensyen Sunway Prai, sewaktu slot saya, saya sempat juga berpesan agar pegawai-pegawai keselamatan dan kesihatan lebih prihatin dengan gejala-gejala yang tidak diingini mungkin berlaku akibat pekerja-pekerja yang keletihan atau mengantuk dek berjaga di sebelah malam sebelum masuk bekerja.

Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diadakan oleh pihak majikan untuk pekerja-pekerja mereka yang amat meminati sukan bolasepak ini.

1. Menyediakan beberapa set tv yang boleh ditonton oleh pekerja semasa rehat mereka sama ada di kafeteria atau ruang rehat.
2. Menyediakan berita-berita terkini (update & latest) keputusan perlawanan dan dipamerkan di papan kenyataan.
3. Menganjurkan majlis get-together untuk pelawanan-perlawanan yang hebat dan pilihan terutama jika perlawanan tersebut dijadualkan pada waktu luar kerja.

Sekurang-kurangnya perdekatan-perdekatan di atas dapat "mengubat rindu" kepada pekerja-pekerja yang tidak dapat menyaksikan perlawanan pilihan mereka.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com.

No comments: