Friday, June 25, 2010

Bomba Malaysia semakin ke hadapan


Bomba dan Penyelamat Malaysia semakin ke hadapan

Isnin lepas saya terjumpa ambulance atau kenderaan Emergency Medical Service (EMS) berlambang Bomba & Penyelamat Malaysia di Taiping. Kenderaan EMS ini adalah dari Akademik Bomba & Penyelamat Malaysia, Wakaf Baru, Km 24, Jalan Kuala Berang, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Kehadiran kenderaan EMS ini di Taiping untuk memberi sokongan kepada ahli-ahli bomba seluruh Malaysia yang terpilih menjalani latihan payung terjun di Lapangan Terbang Tekah, Taiping.

Sebelum ini bomba telahpun mempunyai skuad motosikal yang mampu memberi bantuan respon segera terutama jika berlakunya kemalangan jalan raya.

Saya difahamkan sekarang ini juga setiap balai mempunyai pasukan paramedik mereka sendiri yang berfungsi memberi rawatan awal sebelum dibantu oleh pasukan perubatan dari hospital. Bagaimanapun sehingga kini hanya terdapat tiga unit kenderaan EMS (yang disumbangkan oleh Kerajaan Jepun) ini di Malaysia dan semuanya diletakkan di akademik bomba iaitu di Kuala Kubu Baru dan Wakai Tapai manakala sebuah lagi di Kuala Lumpur.

Kini, Bomba Malaysia juga giat menambah kemahiran anggotanya dalam pelbagai latihan menyelamat di udara dan juga di laut.

Syabas Bomba & Penyelamat Malaysia!

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

*Menarik apabila saya diberitahu, di Marang (dan Terengganu), kenderaan EMS ini dikenali sebagai Doremon oleh orang ramai di sana kerana bentuknya dan juga pelbagai kelengkapan di dalamnya.




No comments: