Friday, April 30, 2010

Seiton - Straightening or Setting in Order



Seiton - Straightening or Setting in Order

Drawer organizer at IKEA (above). Drawer organizer custom made from box paper at my house (below)

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com



Second element in 5S; Seiton - Straightening or Setting in Order: There should be a place for everything and everything should be in its place. The place for each item should be clearly labeled or demarcated. Items should be arranged in a manner that promotes efficient work flow. Workers should not have to repetitively bend to access materials. Each tool, part, supply, piece of equipment, etc. should be kept close to where it will be used (i.e. straighten the flow path). Seiton is one of the features that distinguishes 5S from "standardized cleanup".

Apa yang perlu ada di tempat letak kereta?











Apa yang perlu ada di tempat letak kereta?

Dua gambar di atas ialah palang besi penghalang / penghenti tayar kenderaan yang dipasang di tempat letak kereta Bangunan Bank HSBC Taiping. Biasanya palang besi sebegini (ataupun batas konkrit) dipasang di tempat letak kereta bertingkat. Tetapi di Bangunan Bank HSBC Taiping, tempat letak keretanya hanya di paras lantai jalan raya.

Saya pernah menulis mengenai palang besi penghalang / penghenti tayar kenderaan ini merujuk kepada tempat letak kereta bertingkat di Alamanda Putrajaya. Berberapa hari selepas itu terjadilah kemalangan sebuah kereta terbabas di KB Mall, Kelantan.

Sebentar tadi saya ke Jusco Taiping hendak membeli beberapa barangan untuk aktiviti esok Sabtu 1 Mei 2010, saya terpandang satu papan kenyataan tertera nombor-nombor telefon balai polis berdekatan yang boleh dihubungi ketika kecemasan.

Ini adalah satu perdekatan yang boleh diamalkan oleh semua pemilik atau pihak pengurusan bangunan / tempat letak kereta.

lukmanw@uum.edu.my
http;//oshthejouurney.blogspot.com.

Wednesday, April 28, 2010

Mengapa perlu takut kepada pihak berkuasa?

Berita Minggu Dimensi 6 April 2008


Mengapa perlu takut kepada pihak berkuasa?

"Satu lagi yang penting, kanak-kanak jangan dimomokkan atau ditakutkan dengan pihak berkuasa terutamanya polis. Kanak-kanak ini wajar diberitahu bahawa polis akan menolong jika kita dalam kecelakaan atau kemalangan."

Di atas adalah petikan dalam rencana Dimensi Berita Minggu bertarikh 6 April 2008.

Saya terpanggil untuk menulis ingatan ini semula apabila terbaca di dada-dada akhbar mengenai seorang remaja 15 tahun mati ditembak polis di Shah Alam semalam. Bagaimanapun catatan ini tidak akan mengulas peristiwa tersebut yang kini dalam siasatan panel khas polis.

Percaya atau tidak mungkin kita semua akan merasa takut apabila terserempak dengan pihak berkuasa walaupun pada ketika itu kita tidak melakukan apa-apa kesalahan. Perasaan takut ini menyebabkan kita secara sedar atau tidak sedar akan mengambil keputusan yang mungkin boleh mencurigai pihak berkuasa seperti berkelakuan aneh, cuba melarikan diri dan sebagainya. Perasaan takut ini mungkin disebabkan amalan kuno yang telah disuburkan ke atas diri kita semenjak kecil.

Gejala takut kepada pihak berkuasa dan juga kepada hantu adalah omokan yang berterusan dari orang dewasa terutamanya ahli keluarga kepada kanak-kanak. Sebarang tingkahlaku yang cuba dielakkan atau dilarang akan dimomokkan dengan polis ataupun hantu.

Sebenarnya omokkan ini akan berterusan hidup subur dalam kanak-kanak yang akan membesar menjadi remaja seterusnya menjadi orang dewasa.

Oleh itu adalah menjadi lumrah jika seorang penunggang motosikal (yang mempunyai lesen memandu yang sah dan cukai jalan serta insuran yang sah tempohnya) terkejut dan tidak dapat mengawal motosikalnya dengan baik semata-mata terpandang beberapa orang yang memakai vest keselamatan lutsinar di hadapan laluannya. Sedangkan yang memakai vest tersebut hanyalah pekerja pembersihan jalan tetapi disangkakan pihak polis membuat sekatan jalan raya.

Kanak-kanak semasa kecil lagi sepatutnya disuburkan dengan makluman pihak berkuasa adalah rakan yang akan membantu kita jika ditimpa kecelakaan atau kemalangan. Pada masa yang sama kanak-kanak juga perlu diingatkan agar mencurigai dan berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali tidak mengira bangsa, usia atau jantina walaupun penampilan mereka begitu menyakinkan sebagai orang bersopan-santun.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Ibu, stokin Hakim ada sebelah saja!



Ibu, stokin Hakim ada sebelah saja!

"Ibu, stokin Hakim ada sebelah saja!", mungkin pada sesetengah rumah, dialog seperti ini di awal pagi adalah terlalu lumrah.

Asas OSH adalah kesihatan. Mungkin disebabkan itu di Eropah dan Amerika organisasi di sana mendahului perkataan Kesihatan sebelum Keselamatan.

Asas kesihatan pula ialah kebersihan. Manakala asas kebersihan ialah "housekeeping" (penjagaan rumah?).

Antara pendekatan yang selalu dikaitkan dengan housekeeping ialah amalan 5S (atau 3S sebahagiannya sahaja). Elemen-elemen 5S ialah Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitskuke. Sebenarnya menyimpan stokin di dalam laci khas (tidak bercampur dengan pakaian lain) serta mengulungkannya sekali (gambarajah pertama di atas) adalah mengikut elemen Seiton iaitu setiap benda ada tempatnya dan benda tersebut mesti disimpan dengan selengkapnya. Dalam hal ini stokin perlu disimpan secara berpasangan.

Tanpa disedari saya, amalan ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh keluarga saya terutama ayah saya. Mungkin ketika itu saya masih kecil untuk memahami kepentingan amalan-amalan seperti ini.

Maknanya kalau amalan penyimpanan stokin ini di simpan di dalam laci khas serta mengulungkannya, maka tiada lagi kedengaran dialog sebegini;

"Ibu, stokin Hakim ada sebelah saja!",

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Second element in 5S; Seiton - Straightening or Setting in Order: There should be a place for everything and everything should be in its place. The place for each item should be clearly labeled or demarcated. Items should be arranged in a manner that promotes efficient work flow. Workers should not have to repetitively bend to access materials. Each tool, part, supply, piece of equipment, etc. should be kept close to where it will be used (i.e. straighten the flow path). Seiton is one of the features that distinguishes 5S from "standardized cleanup".

Monday, April 26, 2010

The scenario from the 3rd World construction

Received thru email

The scenario from the 3rd World construction

No Basic PPEs
No Fall Protection
Serious ergonomic issues
New construction, obviously the wires are not energised
Not sure about "buddy"

Aktiviti program Pelajar MOSH Miri Sesi 2009/2010 di IKBN, Miri



Aktiviti program Pelajar MOSH Miri Sesi 2009/2010 di IKBN, Miri

Aktiviti program pelajar MOSH Miri Sesi 2009/2010 di IKBN, Miri pada 24 April 2010 telah dihadiri oleh lebih 150 orang pelajar jurusan kejuruteraan automotif tahap 1 dan 3 dan pensyarah IKBN yang diketuai oleh En Andrew Arih, Ketua Sekolah Mekanikal, IKBN. Bagi pihak program MOSH Miri diketuai oleh Prof Abd Aziz Yusof dan semua pelajar MOSH Miri.

Ini kali pertama seumpama ini dilaksanakan sebagai sumbangan sosial kepada masyarakat dan pelajar. Di masa hadapan, pelajar MOSH Miri akan menjalankan program seperti ini di sekolah-sekolah dan kampung-kampung. Diharap program seperti ini mendapat sokongan daripada pihak Jabatan Siswazah OSH UUM mahupun NIOSH.

Terima kasih di atas sokongan dan dorongan daripada pensyarah-pensyarah MOSH.

Pelajar MOSH Miri

Thursday, April 22, 2010

Affordable PPE?

Face mask

Safety helmet

Welding shield

Pictures received thru email

Wednesday, April 7, 2010

Tong Sampah berbumbung


Tong Sampah berbumbung

Jauh berjalan, luas pengalaman. Perpatah ini memang saya amat yakini kebenarannya. Cuma mata kita perlu cepat menghantar gambaran imej untuk otak berfikir selanjutnya.

Mulanya saya menyangka gambar di atas ialah gerai tolak yang disimpan pada waktu siang di mana hanya akan dibuka pada malam. Rupa-rupanya gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit ini adalah pondok mudah aleh (boleh aleh) untuk Tong Sampah. Gambar ini diambil di belakang
Restoran Manli di Miri. Kebetulan saya ke sana kerana dijemput menjamu selera dengan Sup Sapi.

Dengan adanya pondok berbumbung sebegini, sudah tentu air hujan tidak akan memasuki (dan membasahi/melembabkan) sisa-sisa buangan di dalam Tong Sampah ini. Pada masa yang sama, dinding pondok ini juga melindungi Tong Sampah dari pengelihatan ramai. Sekurang-kurangnya tiadalah pemandangan yang menjijikan.

Pihak berkuasa tempatan boleh jadikan pondok ini sebagai ikutan mereka.

Jauh berjalan, luas pengalaman. Ambil iktibar. Elok dijadikan teladan. Kurang atau tidak elok dijadikan sempadan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Buku ERM: Disaster Preparedness & Recovery


Donna R. Childs (2008) Prepare for the worst, plan for the best. John Wiley & Sons, Inc (MPH RM 99.80)


Buku ERM: Disaster Preparedness & Recovery for samal businesses

Prepare for the worst, Plan for the best; buku Donald R. Childs ini patut dimiliki oleh mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai ERM (Emergency Response Management).

Kandungannya masih bertunjangkan falsafah “prepare for the worst, expect the best” yang dipopularkan oleh Raja Marketing, Zig Zigler. Bagaimanapun pendekatan asal ERM iaitu 4 elemen; Preparedness, Response, Recovery dan Mitigation (seperti rajah dibawah) diperhalusi semula dengan 4 elemen yang hampir sama iaitu yang dikenali 2P2R iaitu elemen Prevention (dan mitigation), Preparedness, Response dan Recovery.

Buku yang berharga kurang 20 sen genap RM 100.00 ini dibeli oleh seorang pelajar saya di Kedai Buku MPH di KL. Malangnya di kedai tersebut hanya tinggal sebuah sahaja. Tidak pasti sama ada cawangan MPH lain masih terdapat buku ini. Saya ke Kedai Buku MPH di Ipoh dan Taiping tetapi buku ini tidak terdapat di sana dan perlu ditempah jika ingin memilikinya.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com

Prevention, preparedness, response and recovery (2P2R) program:

Prevention/mitigation activities, which seek to eliminate or reduce the impact of hazards themselves and/or to reduce the susceptibility and increase the resilience of the community subject to the impact of those hazards;

Preparedness activities, which establish arrangements and plans and provide education and information to prepare the community to deal effectively with such emergencies and disasters as may eventuate;

Response activities, which activate preparedness arrangements and plans to put in place effective measures to deal with emergencies and disasters if and when they do occur; and

Recovery activities, which assist a community affected by an emergency or disaster in reconstruction of the physical infrastructure and restoration of emotional, social, economic and physical well-being.

Elemen asal ERM

World OSH Day 2010



WORLD OSH DAY 2010

28 April 2010 (Wednesday)
NIOSH, Bandar Baru Bangi
8:00AM - 5:00PM

Semua dijemput hadir. Pendafttaran adalah percuma. Untuk terus mendaftar dan maklumat lanjut, layari laman web World OSH Day 2010
di sini.

Terdapat pelbagai pertandingan menanti dan antara hadiah yang disediakan adalah seperti komputer riba, iPod dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang ini, mendaftarlah sekarang..
Hadiah MISTERI turut disediakan untuk OSH Wheel of Dream!

Everybody is invited to join. Registration is FREE. For more information and registration, kindly visit the World OSH Day 2010 website
at here.

Many prizes are waiting to be given away such as notebook, iPod and many more.

Don't mis out this event, register now..

Mystery GIFT also provided for OSH Wheel of Dream!


NIOSH Malaysia,
Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15,
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, MALAYSIA

Perdekatan OSH secara berperingkat


Perdekatan OSH secara berperingkat

Syabas kepada Kementerian Kesihatan yang mengamalkan pemberian ubat tanpa beg plastik. Saya difahamkan kesemua hospital dan klinik kesihatan telahpun mengamalkan perdekatan mesra alam ini.

Bagaimanapun saya dimaklumkan ramai penghujung tidak mengetahui mengenai perdekatan sebegini dan bermasalah untuk membawa pulang ubatan ini. Perdekatan sebegini mestilah secara berperingkat dan perlu ada alternatifnya.

Sebagai contoh setiap pendekatan dalam OSH perlu melalui berapa peringkat seperti perkenalan dan hebahan, ujian masa (on trial), penambahbaikan, pelaksanaan dan alternatif.

Peringkat pertama ialah perkenalan dan hebahan iaitu pihak berwajib perlu memaklumkan bahawa perdekatan (dalam kes ini penghentian penggunaan beg plastik) akan dimulakan pada tempoh tertentu. Contoh diumumkan pendekatan akan bermula mulai bulan hadapan. Janganlah secara mendadak dan serta-merta tanpa memberi notis awalan.

Peringkat kedua ialah ujian masa (on trial) di mana pendekatan dicuba dalam masa tertentu seperti setiap hari Isnin contohnya diumumkan Hari Tanpa Beg Plastik. Kemudian diikuti dalam 2 hari seminggu ataupun sepanjang minggu pertama setiap bulan dan sebagainya.

Peringkat ketiga ialah penambahbaikan di mana sebarang permasalahan yang timbul semasa peringkat pertama dan kedua hendaklah diatasi sebelum peringkat seterusnya iaitu peringkat keempat atau terakhir diteruskan.

Manakala peringkat keempat atau peringkat terakhir hendaklah dilaksanakan dengan alternatif. Umpamanya di beberapa buah pusat membeli belah seperti Jusco dan Ikea, beg plastik tidak lagi dibekalkan tetapi jika ada pelanggan masih menghendakinya mereka terpaksa membelinya. Manakala duit jualan beg plastik ini kemudiannya disalurkan ke badan kebajikan. Ada juga alternatif lain iaitu beg plastik digantikan dengan beg kertas boleh kitar semula.

Kunjungan saya ke Kedai Koperasi USM di Pulau Pinang baru-baru ini mendapati semua barangan yang dijual di sini dibungkus dengan menggunakan Beg Kertas Kitar Semula.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Hukum yang diturunkan kepada umat Islam juga secara berperingkat. Arak misalnya, pengharamannya melalui tiga peringkat. Peringkat pertama bermula dengan penjelasan bahawasanya ianya mengandungi dosa akan tetapi pada masa yang sama mempunyai manfaat. Allah berfirman:

Maksudnya: “Mereka itu bertanya kepada engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. (Surah al-Baqarah 2:219)

Dengan penjelasan ini maka sebahagian sahabat Nabi Muhammad SAW semasa itu mula berhenti minum arak memandangkan ianya mengandungi dosa. Sebahagian lain masih terus meminumnya kerana walaupun ianya mengandungi dosa akan tetapi al-Quran masih mengakui bahawa ianya juga ada manfaatnya.

Pada peringkat kedua dilarang solat jika dalam keadaan mabuk. Larangan solat dalam keadaan mabuk membawa maksud larangan minum arak pada waktu akan melakukan solat. Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, jangan kamu kerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan”. (Surah al-Nisa’ 4:43)

Pada masa ini sahabat Nabi semakin ramai yang mengurangkan tabiat meminum arak. Sebahagian telah meninggalkan sama sekali dan sebahagian yang lain hanya minum selepas solat Isya’ memandangkan jarak antara solat Isya’ dengan solat Subuh sangat jauh. Namun demikian ada sebahagian sahabat yang meminum arak akhirnya mabuk dan menyebabkan terjadinya pembunuhan antara satu sama lain dan melafazkan perkataan keji yang dimurkai Allah. Dengan demikian sahabat sedar akan bahaya arak.

Pada peringkat ketiga Allah menjelaskan larangan meminum arak sama sekali dan menjelaskan bahawa ia merupakan perkara keji dan perbuatan syaitan. Allah berfirman:

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung adalah (pekerjaan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”. (Surah al-Maidah 5:90)

Dengan penjelasan hukum secara berperingkat ini sahabat Nabi dapat menerima larangan itu walaupun pada masa sebelumnya minum arak sudah merupakan perkara yang lumrah di kalangan bangsa Arab.




Monday, April 5, 2010

Dikunci untuk keselamatan?



Dikunci untuk keselamatan?

Jika ianya dikunci untuk keselamatan, memang patut diberi pujian penjaga plug punca kuasa ini. Sementelah kedudukannya begitu hampir ke aras lantai. Kemungkinan ianya disalahguna terutama oleh kanak-kanak memang ada.

Inilah kali pertama saya berjumpa penutup lutsinar yang berkunci seperti ini.

Klik di sini untuk posting berkaitan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/