2,695 maut akibat cuai pakai topi keledar
Utusan Malaysia, 10-Sept-08
Pulau Pinang 9 Sept. - Seramai 2,695 orang maut di jalan raya di negara tahun lalu berpunca daripada kecuaian penggunaan topi keledar, kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris.
Menurutnya, kemalangan maut tersebut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal kerana tidak memakai topi keledar atau memakai topi tidak menepati piawaian ditetapkan.
"Tinjauan CAP turut mendapati ramai kanak-kanak yang membonceng motosikal tidak memakai topi keledar di jalan raya.
"Kalau pakai sekali pun, topi tersebut bukannya direka khas untuk motosikal memandangkan kebanyakannya direka bagi kenderaan tidak bermotor seperti basikal dan papan luncur beroda," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, Mohamed Idris memberi peringatan kepada semua penunggang motosikal agar sentiasa memastikan topi keledar yang dipakai itu mempunyai kelulusan daripada SIRIM.
Jelasnya, hasil tinjauan CAP juga mendapati banyak topi keledar diimport untuk pasaran negara ini tidak mendapat pengesahan daripada pihak SIRIM.
"Topi keledar untuk kanak-kanak memang sukar untuk didapati. Pihak kami hanya berjaya menemui sebuah kedai yang menjualnya. Itu pun topi keledar permainan.
"Selain itu, topi buatan tempatan untuk kerja-kerja pembinaan amat nipis dalam plastik biasa dan hanya menyediakan sedikit perlindungan untuk mengurangkan kesan hentakan dengan meletakkan label 'Bukan Untuk Kegunaan Motosikal," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa penunggang motosikal menggunakan topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM sahaja di samping mengendalikannya dengan cara betul serta menjaganya dengan baik agar penunggangan lebih selamat di atas jalan raya.

No comments:
Post a Comment