Monday, July 7, 2008

Kempen Mesra Eko UUM

Pelajar UUM membawa mangkuk tingkat dan tupperware ketika membeli makanan di kafeteria DPP Bank Muamalat.


JULAI 2008/4 REJAB 1429H
"UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA"
(FIRST CHOICE UNIVERSITY)

PROUUM ONLINE: Menyokong kepada Kempen Mesra Eko yang melarang penggunaan bekas makanan polisterina dan beg plastik dalam kampus, pelajar universiti ini mula membawa bekas makanan iaitu ‘tupperware’ dan mangkuk tingkat untuk mengisi makanan mereka.

Daripada tinjauan yang dibuat di beberapa kafeteria dalam kampus, pelajar-pelajar mula menggunakan mangkuk tingkat dan tupperware selain menggunakan bekas makanan ‘eco-pack’ bagi menggantikan polisterina.Mereka juga kini membawa sendiri beg kanvas dan beg kertas untuk menggantikan beg plastik yang digunakan untuk mengisi barang-barang yang dibeli di kedai-kedai koperasi dalam kampus.

Bermula sesi Julai 2008/2009, UUM melaksanakan Kempen Mesra Eko yang melibatkan penglibatan seluruh warga kampus dengan melarang penggunaan bekas makanan polisterina dan beg plastik untuk mengisi makanan. Dengan pelaksanaan kempen ini juga pelanggan diminta makan di kafeteria dengan menggunakan pinggan yang disediakan oleh peniaga.

Penggunaan bekas polisterina secara berterusan akan menyebabkan pengguna terdedah kepada kesan toksik dan bahan kimia yang terdapat dalam bekas tersebut menyebabkan pengguna menghidap penyakit kanser.

Bekas polisterina ini juga mempunyai impak yang besar kepada alam sekitar kerana bekas ini memerlukan masa sekurang-kurangnya 500 tahun untuk reput dan memerlukan jumlah tenaga yang tinggi untuk memusnahkannya dan kadar penggunaan tenaga yang tinggi akan enambahkan kesan rumah hijau.

DARIPADA:

DARIPADA:
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-928 3006/3007/3013/3014
FAKS : 04-928 3016
E-MEL : prouum@uum.edu.my

No comments: