Thursday, December 10, 2015

Series of Schedule Waste Understanding. S5 Related legislation.

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Terjadual 2005. Full text, click here. 

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Terjadual (Pindaan) 2007. Full text, click here. 

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Efluen Perindustrian 2009. Full text, click here.

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Kumbahan 2009. Full text, click here.

Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Pindaan) 1999. Full text, click here.

Series of Schedule Waste Understanding. S5 Penggunaan Label dan Bekas Penstoran Buangan Terjadual

Full text, click here

Series of Schedule Waste Understanding. S4 Guidelines for Packaging Labelling and Storage of Scheduled Wastes in Malaysia

Full text, click here

Series of Schedule Waste Understanding. S3 Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan 2012) Akta A1441

Full text, click here

Series of Schedule Waste Understanding. S2 Pengenalan Kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Efluen Perindustrian) 2009

Full text, click here

Series of Schedule Waste Understanding. S1 Pengurusan & Isu-isu Buangan Terjadual

Full text, click here

Sunday, December 6, 2015

Mengapa saya menulis?




Mengapa saya menulis?

Samada menulis dalam fb (facebooker) atau blog (blogger), saya memang minat menulis. Setakat ini saya ada 1 akaun FB (nama penuh saya Lukman Wan Mat Daud), 2 akaun blog iaitu OSH THE JOURNEY dan ORANG KECIL ORANG BESAR,

OSH The Journey (OTJ) merupakan blog khusus mengenai OSH dan seumpamanya. Blog Orang Kecil Orang Besar (OKOB) adalah blog santai. Manakala fb saya adalah gabungan 2 blog ini.

Selain minat menulis saya minat berkongsi maklumat dan pengetahuan. Dalam blog OTJ saya berkongsi perkara berkaitan OSH dan seumpamanya, Bukan niat untuk menunjuk pandai ataupun untuk mempromosikan diri saya dan juga latihan-latihan yang saya kendalikan.

FB saya pula berkisah terhadap perkara OSH dan seumpamanya, tentang kerja amal, tentang pengembaraan saya, tentang 2 roda (motosikal dan basikal) dan tentang makanan. “Mungkin” sekali-sekala termasuk coretan kritikan social.

Tentang kerja amal semata-mata untuk mengalakkan “pembaca” jika ada yang sudi membaca agar menyumbang. Bukan semestinya kepada program kami Komuniti Amal Taiping (KaT) anjurkan malah kepada sesiapa sahaja yang layak menerimanya.  Tiada niat untuk membangga dan kami sentiasa mendoakan agar dijauhkan riak.

Alhamdulillah dari masa ke semasa ada sahaja media massa bercetak malah elektronik dan juga media social merujuk penulisan saya dan menyiarkannya kembali di media mereka. Ada juga yang saya terkilan kerana penulisan saya tidakdirujuk sepenuhnya dan dibuat kesimpulan yang lari dari penulisan asal.

Kepada mereka yang ingin berkongsi (share) dan sebagainya, dipersilakan. Tidak perlu minta izin. Pada saya, kalau saya sudah bersedia berkongsi di media, maknanya saya sudah bersedia untuk berkongsi oleh dengan orang ramai.

Saya mula berkongsi makluman sebegini semenjak awal 2008 lagi. Apa yang kongsi adalah berdasarkan pengetahuan (apa yang saya pelajari) dan pengalaman (apa yang saya lalui). Boleh rujuk disclaimer ini pada sudut bawah blog OTJ saya bertarikh 25 Jun 2007 iaitu di blog pertama saya The Journey yang menggunakan platform UUM.

Malah saya juga sering mengesyorkan agar dirujuk seterusnya kepada mereka yang lebih arif dan alim dari saya terutama perkara-perkara di luar jangkauan saya.

Apapun saya bertanggungjawab terhadap penulisan saya. Saya boleh dan mudah dihubungi. Cuma saya mohon baca sepenuhnya dahulu penulisan saya sebelum membuat kesimpulan.

Terima kasih

Lukman Bin Wan Mat Daud

019 558 2626

5S Housekeeping





5S Housekeeping

1. Seiri.Sisihkan yang mana perlu dan yang mana tidak perlu. 

2. Seiton. Susunkan mengikut keperluan. Aturkan untuk mudah ambik.

Case study 1. Rak pisau memang untuk penyimpanan pisau supaya mudah diambik semasa di masa. Tetapi bukan dibiarkan selama-lamanya di atas meja dapur. Ianya boleh dicapai oleh kanak-kanak. Malah lebih bahaya jika ada penceroboh di tengah malam yang terkejut.

Case study 2. Saya ada banyak kenderaan (2 kereta, 7 motor dan 7 basikal). Rak kunci saya sudah tidak muat kesemua kunci-kunci dan juga kunci spare. Bukan semua kenderaan ini diguna. Ada di antaranya hanya sekali-sekala. Saya asingkan kunci-kunci ini. Kunci kenderaan yang selalu diguna disangkut pada rak dan berlabel. Manakala kunci kenderaan yang jarang diguna (dan juga kunci spare) saya simpan di dalam laci ada tray buat sendiri dan berlabel.

Walk the talk!

Rujuk link ini dan ini untuk amalan laci-laci tray yang saya amalkan


5S Seiri & Seiton







5S Seiri & Seiton

Berikan aku (i) kotak, (ii) pisau potong kertas, (iii) masking tape, (iv) maker, dan (v) pembaris. Gunting optional untuk touching.

Siap satu project DIY 5S. petang tadi. 40 minit.

Setiap kali masuk pejabat baru atau rumah baru, inilah yang dibuat dahulu. Tak payah beli Tray Ekea.

Malah rumah mak, mertua dan rumah sendiri, tray kabiner dabut untuk sudu garpu senduk dan  pisau juga home made DIY macam ini.

Pejabat baru mungkin sudah tiada tapi rumah baru belum tahu lagi!