Monday, August 5, 2013

Jangan lupa keselamatan sekuriti!

Jangan lupa keselamatan sekuriti!

Selain dari keselamatan OSH, jangan lupa keselamatan Sekuritu (security). Berikut adalah email dari pihak keselamatan sekuriti tempat saya bekerja yang mungkin boleh dimanfaatkan semua.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Kepada  :
Semua Penghuni
Sisiran Naib Canselor
Perumahan Kakitangan Universiti
Perumahan Taman Universiti
Universiti Utara Malaysia

Y.Bhg Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan

KESELAMATAN KEDIAMAN PENGHUNI PERUMAHAN SEMPENA
CUTI PERAYAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dalam memastikan keselamatan kediaman penghuni Taman Perumahan
Kakitangan dan Taman Universiti semasa Cuti Hari Raya Aidilfitri, 
Jabatan Keselamatan memohon kerjasama penghuni perumahan agar :

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
7. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat, jika ada.
8. Mengisi borang meninggalkan rumah dan diserahkan ke Pusat Kawalan
    Jabatan Keselamatan. 

Perhatian, tindakan dan kerjasama Y.Bhg Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon          :  04-928 3061/3333
Fax                 :  04-928 3057

E-Mel              :  security@uum.edu.my

No comments: