Aktiviti bermotosikal
sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan
Kami sekeluarga jarang
dapat bersama kalau mengadakan aktiviti motosikal, sama ada hanya saya berdua
dengan anak lelaki seorang itu biasanya atau hanya berdua dengan isteri saya
seorang itu kadang-kala. Tetapi hari ini (17-Ogos-2013) kami bertiga dapat
melakukan aktiviti bermotosikal sekeluarga bersama-sama dengan menghadiri
Kursus Asas Menunggang Selamat Honda di premis baru Boon Siew Honda di Batu
Kawan, Pulau Pinang.
Agak membanggakan
apabila Ketua Instruktor, En. Sanusi B. Din memaklumkan bahawa kami bertiga
merupakan keluarga pertama yang menghadiri kursus ini dan juga orang awam
pertama bersama-sama dua orang lagi rakan anak lelaki saya dari Taiping,
menghadiri kursus ini. Sebelum ini penyertaan lebih kepada organisasi sama ada syarikat
ataupun persatuan dan kelab.
Kursus sehari ini
bermula jam 9.00 pagi dengan kelas teori oleh En Sanusi dan berhenti rehat pada
pukul 12.30 tengahari. Kelas praktikal petang, En. Sanusi dibantu oleh dua
orang instruktor lagi iaitu En. Azizan dan En. Ooi. Kelas praktikal diadakan di
Trek Latihan Motosikal Honda bersebelahan premis baru Boon Siew Honda ini.
Silibus kursus asas
ini termasuklah asas penunggangan berhemah, asas penyenggaraan motosikal, titik
buta (blind spot), 'slow speed control' ataupun 'plank riding' dan
emergency braking.
Kursus berakhir jam
5.00 petang dengan penyampaian sijil. Pada masa yang sama En. Sanusi mewakili
Boon Siew Honda Safety Riding mempelawa organisasi-organisasi yang mempunyai
pekerja yang berulang-alik ke tempat kerja dengan bermotosikal menghantar
pekerja mereka berkursus di sini.
Untuk keterangan
lanjut, bolehlah menghubungi En. Sanusi melalui email; sanusi@bswhonda.com.my.
Jadual kursus agak padat sehingga penghujung tahun ini dan boleh dirujuk
kelapangan dalam blog berikut; http:// boonsiewhondasafetyriding. blogspot.com/ .
Pandangan peribadi saya,
kursus sebegini amat berfaedah terutamanya kepada remaja yang mula berjinak
dengan motosikal sebagai pilihan utama pengangkutan mereka. Malah kepada mereka
yang sudah lama menunggang dan telah memiliki lesen menunggang, kursus sebegini
juga bolehlah dianggap sebagai kursus ulang-kaji demi keselamatan mereka semasa
menunggang ataupun memahami karektoristik penunggang lain semasa berkongsi
jalan raya.
Ribuan terima kasih
kepada Boon Siew Honda Safety
Riding yang menerima penyertaan kami dalam Kursus Asas Menunggang Selamat Honda
pada hari ini.
http://oshthejourney.blogspot.com/
1 comment:
Salam En Lukman,
Kami di BSH Safety Riding amat berterima kasih di atas posting dan pautan ke blog kami.
Kami mohon untuk pautkan posting ini juga di blog kami. :)
Diharap kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.
-Sanusi Din
Boon Siew Honda Safety Riding Center
Post a Comment