Wednesday, June 30, 2010

Label saja tidak cukup!


Label saja tidak cukup!

Sprinkler Flow Switch atau Suis aliran sprinkler ini dipasang di atas siling untuk berfungsi dengan baik dan sempurna ketika menyirami kebakaran. Suis ini sentiasa dalam keadaan buka (on) biasanya juga dikunci untuk mengelakkannya ditutup (off) dengan sengaja ataupun tidak sengaja.

Menjadi amalan, pada bahagian dinding (atau tiang) terhampir (di bawah) lokasi suis ini akan ditanda (label) untuk memudahkan pihak bomba atau penyenggara memeriksanya atau menutupnya jika perlu.

Jika berlaku kebakaran, suis ini sememangnya dibiarkan terbuka. Bagaimanapun jika berlakunya ketidaksengajaan mentol pada kepala sprinkler ini pecah, aliran air yang keluar perlu dihentikan segera.

Untuk menghentikan aliran air ini, suis perlu ditutup dan set kepala sprinkler itu perlu ditukar menggunakan spannar khas.




Kunjungan saya ke Hotel Seri Malaysia baru-baru ini mendapati kesemua lokasi suis ini ditanda dan pada masa yang sama terdapat bukaan (opening) pada lokasi tersebut.

Banyak premis yang menandakan lokasi suis ini tetapi bukaannya tidak disediakan. Kalau adapun jauh dari lokasi suis ini.

Syabas Seri Malaysia Kuala Terengganu dengan amalan tandaan dan bukaan ini. harap-harap semua Hotel Seri Malaysia benchmaking Seri Malaysia Kuala Terengganu ini.

Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada pihak pengurusan hotel ini ada atau tidak menyediakan peralatan untuk memanjat ke lokasi suis tersebut serta menyediakan spannar khas dan juga simpanan set kepala sprinkler. Harap-harap pihak pengurusan hotel telah bersedia dengan peralatan ini.

Di samping itu juga pihak pengurusan Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu ini juga telah "menambahbaikan" remote tv-nya. Boleh rujuk di sini untuk cerita lanjut.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Monday, June 28, 2010

Karnival Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Zon Utara 2010



Karnival Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Zon Utara 2010

6 Julai 2010 Selasa 8am - 5pm
Bertempat di Dewan Milenium Kepala Batas, Pulau Pinang

Pertanyaan, tel: 04 399 1144

Friday, June 25, 2010

Bomba Malaysia semakin ke hadapan


Bomba dan Penyelamat Malaysia semakin ke hadapan

Isnin lepas saya terjumpa ambulance atau kenderaan Emergency Medical Service (EMS) berlambang Bomba & Penyelamat Malaysia di Taiping. Kenderaan EMS ini adalah dari Akademik Bomba & Penyelamat Malaysia, Wakaf Baru, Km 24, Jalan Kuala Berang, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Kehadiran kenderaan EMS ini di Taiping untuk memberi sokongan kepada ahli-ahli bomba seluruh Malaysia yang terpilih menjalani latihan payung terjun di Lapangan Terbang Tekah, Taiping.

Sebelum ini bomba telahpun mempunyai skuad motosikal yang mampu memberi bantuan respon segera terutama jika berlakunya kemalangan jalan raya.

Saya difahamkan sekarang ini juga setiap balai mempunyai pasukan paramedik mereka sendiri yang berfungsi memberi rawatan awal sebelum dibantu oleh pasukan perubatan dari hospital. Bagaimanapun sehingga kini hanya terdapat tiga unit kenderaan EMS (yang disumbangkan oleh Kerajaan Jepun) ini di Malaysia dan semuanya diletakkan di akademik bomba iaitu di Kuala Kubu Baru dan Wakai Tapai manakala sebuah lagi di Kuala Lumpur.

Kini, Bomba Malaysia juga giat menambah kemahiran anggotanya dalam pelbagai latihan menyelamat di udara dan juga di laut.

Syabas Bomba & Penyelamat Malaysia!

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

*Menarik apabila saya diberitahu, di Marang (dan Terengganu), kenderaan EMS ini dikenali sebagai Doremon oleh orang ramai di sana kerana bentuknya dan juga pelbagai kelengkapan di dalamnya.




Sunday, June 20, 2010

Buku bulan Jun 2010


Buku bulan Jun 2010

Selain dari berlibur sambil berbelanja bersama keluarga di pusat membeli-belah, sudah pasti makan-makan dan menjamu mata adalah aktiviti utama kami. Selain dari itu tidak lupa juga untuk menjenguk MPH, Popular dan kedai buku lain untuk membeli sebuah dua bahan bacaan. Biasanya aku memilih yang berkaitan dengan pembelajaran kursus yang aku ajar, anak jantan aku seorang dengan bahan bacaan umum remaja, encyclopedia, manakala orang rumah aku seorang itu pula dengan bahan bacaan kekeluargaan dan wanita.

Untuk bulan Jun ini, kami sempat mengunjungi beberapa buah kedai buku di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Ipoh.

Billi Lim, Berani gagal (Dare to fail)

Antara buku yang aku beli ialah Billi Lim, Berani Gagal. Buku ini adalah terjemahan dari buku terlaris terbitan NST, Dare to fail. Aku pernah membaca buku ini pada awal tahun 2000 apabila terlibat dengan satu jawatankuasa mahasiswa exco Hari Konvo yang bercadang untuk menjemput penulis buku ini Billi Lim memberi ulasan mengenai bukunya selama 1 jam dan diikuti ½ jam kemudiannya untuk menandanangani autograf. Terkejut kami barisan exco ketika itu apabila dimaklumkan bayaran yang dikenakan amat tinggi. Malah untuk sesi autograf pula dikenakan bayaran yang lain. Lagi mengejutkan kami ialah untuk menempah masa Billi Lim memerlukan lebih kurang setahun! Jadualnya padat bukan sahaja di Malaysia malah di luar Negara!

Bertitik dari itu, aku mula membaca buku Dare to fail ini yang dipinjam dari seorang kawan. Kali ini aku membeli pula buku terjemahannya.

Aku membaca untuk kali kesekiannya. Anak jantan aku seorang itu juga turut membacannya. Ulasan yang pertama dari anak jantan aku seorang itu ialah; kisah gagal ayah 2 universiti lagi hebat!

Aku menanyai diri aku sendiri; adakah aku berupaya menghasilkan sebuah buku mengenai kegagalan aku sebaik mungkin atau lebih baik dari buku Dare to fail / Berani gagal ini?




MOSTI, estidotmy (Sains, Teknologi & Inovasi)

Entah mengapa Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bukan pilihan utama aku, anak jantan aku seorang itu dan orang rumah aku seorang itu. Kami lebih terarah untuk membeli Berita Harian/Berita Minggu atau Harian Metro/Minggu Metro.

Bagaimanapun sedaya-upaya aku cuba mendapatkan UM/MM pada hari Isnin, Rabu (Rabu terakhir setiap bulan) dan Ahad. Isnin kerana sisipan akhbar Jawi Utusan Melayu, Rabu kerana sisipan estidotmy dan Ahad kerana sisipan Kesihatan serta sisipan hiburannya yang menjadi pilihan utama orang rumah aku seorang itu.

Peluang aku berkunjung ke KL awal bulan Jun ini, aku singgah di Akademik Sains Malaysia di Jalan Tun Ismail untuk membeli set CD kompilasi estidotmy dari tahun 2002 hingga 2009 serta beberapa bahan bacaan terbitan Mosti.

Jenuh mencari dan menelefon Akademik Sains Malaysia ini bertanyakan lokasi. Rupa-rupa bangunan mereka terletak bersebelahan Padang Merbuk.

Walaupun keghairahan membaca bulletin estidotmy di skrin komputer tidak sama dengan membaca di atas kertas, sekurang-kurangnya bahan bacaan berbentuk CD lebih mudah disimpan dan dibawa berjalan.

Kepada penghujung blog OKOB/OSH The Journey ini, saya sarankan agar mendapatkan set CD kompilasi estidotmy ini yang hanya berharga RM 40.00 untuk 8 siri tahun penerbitan. Bukan sahaja bahan bacaan terbaik untuk anak-anak anda, malah ianya bacaan umum (pengetahuan am) mengenai sains, teknologi dan inovasi yang patut juga anda sebagai orang dewasa mengetahuinya.

Maklumat lengkap mengenai bahan-bahan bacaan terbitan Mosti ini boleh dirujuk dalam sisipan estidotmy bersama Utusan Malaysia hari Rabu terakhir setiap bulan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Saturday, June 12, 2010

Socso Return To Work Conference 26 & 27 July 2010



Contact:
GAYATHRI VADIVEL
Tel: 03—4264 5386
E-mail: gayathri.vad@perkeso.gov.my

SURIANA MD HAMIL
Tel: 03 - 4264 5363
E-mail: suriana.hamil@perkeso.gov.my

RETURN TO WORK DEPARTMENT
SOCIAL SECURITY ORGANIZATION
15TH FLOOR, 281, JALAN AMPANG,
50538 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL: 603 - 4264 5386 / 5372 FAX: 603-4257 4603

Friday, June 11, 2010

Hazard bola!


Hazard bola!

Bulan lepas saya terserempak dengan kenalan lama seorang pegawai kanan Bomba di Ipoh. Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap menjelangnya kempen Piala Dunia Bolasepak Afrika Selatan (yang bermula hari ini). Pengalamannya pada 4 tahun lalu menangani banyak kes-kes kemalangan jalan raya yang berpunca dari pemandu yang tidak dapat mengawal kenderaan masing-masing akibat terlalu mengantuk kerana berjaga malam mengikuti perlawanan bolasepak ini. Menurutnya lagi banyak juga kes yang melibatkan kematian akibat kecuaian pemandu-pemandu ini.

Dua hari lepas di Seminar OSH NRG SHE di Dewan Konvensyen Sunway Prai, sewaktu slot saya, saya sempat juga berpesan agar pegawai-pegawai keselamatan dan kesihatan lebih prihatin dengan gejala-gejala yang tidak diingini mungkin berlaku akibat pekerja-pekerja yang keletihan atau mengantuk dek berjaga di sebelah malam sebelum masuk bekerja.

Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diadakan oleh pihak majikan untuk pekerja-pekerja mereka yang amat meminati sukan bolasepak ini.

1. Menyediakan beberapa set tv yang boleh ditonton oleh pekerja semasa rehat mereka sama ada di kafeteria atau ruang rehat.
2. Menyediakan berita-berita terkini (update & latest) keputusan perlawanan dan dipamerkan di papan kenyataan.
3. Menganjurkan majlis get-together untuk pelawanan-perlawanan yang hebat dan pilihan terutama jika perlawanan tersebut dijadualkan pada waktu luar kerja.

Sekurang-kurangnya perdekatan-perdekatan di atas dapat "mengubat rindu" kepada pekerja-pekerja yang tidak dapat menyaksikan perlawanan pilihan mereka.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com.

Friday, June 4, 2010

Mesej papan tanda perlu tepat dan jelas




Mesej papan tanda perlu tepat dan jelas

Sekali pandang tiada cacat cela atau kesilapan pada papan tanda di atas. Malah papan tanda ini juga menunjukan keprihatinan pihak berkenaan menyediakan terowong laluan penjalan kaki yang turut boleh digunakan oleh OKU. Sekurang-kurangnya dengan adanya terowong sebegini, penghujung ke Zoo Taiping ini yang sihat anggota badan dan juga OKU boleh melintas jalan dengan lebih selamat.

Bagaimanapun rajah OKU dengan kerusi rodanya seperti di dalam rajah di atas (kedudukan menghadap cerunan laluan) adalah amalan salah jika beliau (OKU ini sendiri) hendak menuruni laluan bercerun ini tanpa ataupun dengan bantuan orang lain.

Pengguna kerusi roda akan menuruni cerun secara mengundur untuk mengelakkan daripada tertonggeng ke hadapan kalau menuruni secara maju ke hadapan. Pengguna kerusi roda atau OKU yang sudah biasa tidak menghadapi masalah ini dan mereka pasti akan menuruni laluan bercerun secara mengundur.

Apa yang dirisaukan ialah kehadiran orang lain (yang sihat tubuh badan) yang tidak mengetahui teknik yang betul cuba membantu pengguna kerusi roda ini. Keadaan boleh menjadi lebih teruk jika pengguna kerusi roda itu tidak boleh bersuara atau berkomunikasi dengan mereka yang cuba membantu beliau menuruni laluan bercerun ini.

Untuk memastikan mesej papan tanda boleh diterima faham oleh mereka yang melihat atau membacanya, setiap papan tanda itu perlulah merujuk kepada bakal pengguna. Dalam contoh di atas, sepatutnya papan tanda tesebut dirujuk kepada pengguna OKU ataupun persatuan OKU.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/



Pastikan turun secara mengundur

PAPAN TANDA YANG TEPAT BOLEH DIRUJUK DI SINI.

Thursday, June 3, 2010

Manafatkan palang pengadang laluan keluar kenderaan



Manafatkan palang pengadang laluan keluar kenderaan

Semalam saya berada di UIAM, Gombak menghadiri mesyuarat Majlis Bersama OSH antara IPTA/IPTS & Pusat-pusat Penyelidikan Malaysia.

Semasa hendak pulang, saya ternampak papan tanda yang dipasang pada palang pengadang laluan kenderaan seperti dalam rajah di atas.

Ini adalah satu nasihat atau ingatan yang bagus dan sesuai untuk semua pemandu dan juga penumpang kenderaan yang akan menggunakan laluan keluar ini.

Sesuatu papan tanda itu bukan sahaja perlu menarik, mempunyai tulisan atau gambar untuk menyampaikan mesej. Lokasinya yang bersesuaian juga adalah satu kriteria yang penting untuk memastikan keberkesanannya sebagai papan tanda sama ada nasihat, ingatan mahupun amaran.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Klik di sini dan di sini untuk posting berkaitan.