Monday, October 12, 2009

Adakah anda mengenali anak anda?



Adakah anda mengenali anak anda?

Bukan sekadar nama. Bukan sekadar paras-rupa. Bukan sekadar tanda lahir.

Adakah anda tahu jenis darah anak anda? Terutama jika anak anda sebelum ini tidak pernah terlibat dalam mana-mana pembedahan yang memerlukan pemindahan darah.

Sebaik sahaja anak saya mendaftar untuk membuat kad pengenalan setelah genap berumur 12 tahun bulan lepas, saya membawanya ke sebuah pusat analisa darah di Taiping. Saya membayar RM 15.00 untuk ujian pengenalpastian jenis darahnya.

Secara umumnya darah anak biasanya sama dengan darah ayah kandungnya. Bagaimanapun ada juga anak yang mewarisi darah sejenis dengan ibu kandungnya. Malah ada anak yang memiliki jenis darah yang tidak sama jenisnya dengan kedua-dua ibubapanya.

Ujian yang dibuat sekitar 20 minit itu telah menentusahkan jenis anak lelaki saya ialah Group A Rh.+ iaitu sama dengan jenis darah saya.

Mengapa jenis darah ini penting?

Banyak kepentingannya terutama jika kecemasan. Dengan mengetahui jenis darah, sebarang usaha untuk menyelamat bileh dipercepatkan.

Di samping itu saya hendak mengemas-kini-kan Kad Data Kecemasan yang sentiasa dibawa oleh anak saya itu. Di dalam kad ini tertera beberapa maklumat penting jika berlakunya kecemasan terutama jika pembawa kad ini terbabit dalam sesuatu kemalangan itu dan tidak sedarkan diri.

Rujuk posting awal saya dalam blog ini mengenai beberapa barangan yang perlu ada (mesti ada) dalam dompet anda.

Begitu juga keratan-keratan akhbar berikut boleh dirujuk untuk kepentingan Kad Data Kecemasan ini

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Anda juga boleh muat-turun contoh Kad Data Kecemasan ini dari sini





Jika ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir


Kiri, ucapan diterima melalui email. Kanan, kad ucapan dari Ketua Jabatan

Jika ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir

Sekadar berkongsi pengalaman.

Kebetulan saya pernah ”attached” kepada Jabatan Sumber Manusia dan Unit Perhubungan Pekerja di beberapa syarikat yang saya pernah bekerja. Antara kempen yang pernah dikendalikan ialah menghantar kad ucapan Selamat Hari Lahir kepada individu yang menyambutnya atau mempamerkan (menerbitkan) dalam majalah atau edaran di papan kenyataan dan sebagainya. Kini lebih mudah dengan penggunaan email atau ”on-line bulletin”. Dengan data peribadi yang ada dalam jabatan, tugas ini mudah dilaksanakan.

Biasanya si-penerima akan merasa dihargai.

Tetapi awas, jangan sekali-sekali mengucapkan Selamat Hari Lahir dan diikuti yang ke berapa (umur ke berapa!). Ramai yang tidak suka disebut atau dhebahkan umur mereka. Cukuplah sekadar disebut hari dan bulan kelahiran. Jangan sekali-sekali disebut tahun kelahiran! Ada yang marah-marah nanti! Terutama perempuan yang berumur!

Saya masih ingat ada seorang setiausaha di syarikat yang saya pernah bekerja seketika dahulu, melenting apabila nombor kad pengenalan barunya tertera sepenuhnya! Sudah tentu tarikh kelahiran dengan hari dan bulan malah tahun tertera sekali.

Jadi, nasihat saya kepada pengamal-pengamal Sumber Manusia di luar sana, kalau hendak mempratikkan amalan mengucapkan Selamat Hari Jadi ini – jangan tulis tahun kelahiran. Cukuplah sekadar hari dan bulan kelahiran.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Nota: Kalau anda di Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, mungkin kata-kata berunsurkan keselamatan dan kesihatan boleh diselitkan.

Tuesday, October 6, 2009

Peralatan keselamatan kanak-kanak di EKEA












Peralatan keselamatan kanak-kanak di EKEA

Walaupun harganya agak mahal tetapi keselamatan anak anda tidak ternilai jika dibandingkan harganya.

Rujuk posting-posting awal mengenai perkara ini.

Klik di sini untuk berita lanjut.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Ingatan kepada Celcom, Maxis & Digi



Ingatan kepada Celcom, Maxis & Digi

Seringkali saya nyatakan dalam kelas ERM yang saya kendalikan. Pembekal-pembekal perkhidmatan komunikasi talian tanpa wayar ini mesti bersedia untuk membuat sumbangan berdasarkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat jika berlakunya sesuatu bencana.

Tragedi bencana di Indonesia ini dan keprihatinan pembekal-pembekal perkhidmatan komunikasi talian tanpa wayar di sana wajar dijadikan "bench-mark".

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/