Tuesday, August 11, 2009

Program Bachelor Occupational Safety and Health Management OUM



Program Bachelor Occupational Safety and Health Management akan ditawarkan pada semester September 2009. Tuan boleh mengemukakan permohonan melalui permohonan online atau borang permohonan manual. Tuan boleh melayari link berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini:

Jumlah yuran pengajian untuk program ini ialah RM21,225. Tempoh pengajian program ini ialah 5 tahun (separuh masa). Kelas tutorial akan dijalankan pada hujung minggu sahaja (sabtu/ahad) dan hanya 5 kali tutorial akan diadakan pada satu semester.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi Unit Pemasaran kami di 03-2773 2056/2057/2058.

Mengapa OUM menawarkan program berkenaan?

Jumlah Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) berdaftar dengan JKKP mungkin amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah Industri Kecil dan Sederhana berdaftar iaitu 340,000 di Malaysia. Seorang SHO yang berkemahiran dan berpengetahuan serta mempunyai kelayakan pelajaran dari Universiti yang dihormati sangat-sangat dicari oleh banyak organisasi bagi dilantik sebagai penasihat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk membantu organisasi memenuhi kehendak keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang semakin mencabar.

Kumpulan sasaran program tersebut.

Program ini mensasarkan kepada golongan yang bekerja atau tidak mempunyai masa sepenuhnya melanjutkan pengajian sepenuh masa. Ia juga membuka peluang kepada golongan yang baru hendak mempelajari apa itu kehendak alam sekitar, keselamatan dan kesihatan dari sudut pekerjaan dan juga kepada golongan pengamal keselamatan perkerjaan yang ingin meningkatkan peluang kerjaya ke tingkat yang lebih tinggi. Kelayakan pelajaran biasanya menjadi antara faktor penting yang menjadi penghalang peningkatan kerjaya seseorang individu. Program ini memberikan peluang kepada sesiapa yang berminat atau pengamal keselamatan itu sendiri, mendapatkan pengiktirafan melalui ijazah berprestij ini dari OUM.

Rumusan program tersebut.

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian adalah suatu program yang telah direka oleh pihak universiti dan pakar dari industri bagi membolehkan graduan disalurkan terus kepada dunia perniagaan dan industri sebagai pegawai keselamatan, kesihatan dan pekerjaan, pengamal kesihatan dan alam sekitar yang professional. Ijazah sarjana muda ini merangkumi teras pengurusan, teras keselamatan pekerjaan, teras kesihatan pekerjaan, teras persekitaran dan komponen khusus pekerjaan yang dibentuk bagi memenuhi keperluan pekerjaan.

Objektif utama Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian bertujuan membolehkan graduan:

• Mengenalpasti bahaya pekerjaan dan risiko yang berkaitan aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran perkerjaan.
• Menilai dan mengukur bahaya dan risiko pekerjaan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dari aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran perkerjaan.
• Merancang dan mengukuhkan aktiviti pembaikan dan penghindaran bahaya yang menyumbang kepada penurunan dan penghapusan bahaya di tempat kerja.
• Berkomunikasi dan mempromosikan aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran perkerjaan di tempat kerja.

Hala tuju kerjaya setelah tamat pengajian.

Kesedaran mengenai keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan semakin meningkat setelah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dikuatkuasakan pada 1994. Kesedaran ini juga mewujudkan peluang pekerjaan sebagai pengamal keselamatan dalam berbagai sektor perniagaan dan industri. Keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan juga menjadi sebahagian daripada kehendak pelanggan yang membolehkan organisasi bersaing dan berdaya maju. Bolehkah anda menamakan sebuah organisasi yang mengenepikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan sebagai sebahagian daripada matlamat organisasi?. Anda sendiri mempunyai jawapan untuk itu.

Mapis Md.Jais
Faculty of Science and Technology
Open University Malaysia
Tel: 6016-4111857
Fax: 603-26978831
Email: mapis@oum.edu.my

6 comments:

anak kecil said...

apakah pinjaman di sediakan oum?

Anonymous said...

Anak kecil:pinjaman ptptn n mcm2 la

mrwan said...

salam
kos ni mqa iktiraf ke ?

lukmanw@gmail.com said...

Sdr Mirwan boleh rujuk terus website OUM atau hubungi person-in-charge

mrwan said...

ok tq mr

aiman jamaluddin said...

salam. adakah lepasan pelajar oum laku di alam pekerjaan