Adakah kita terlambat?
Hampir semua media masa elektronik dan bercetak semalam melaporkan Kerajaan Malaysian akan menjalankan kempen pendidikan awam secara besar-besaran mengenai bahaya wabak selesema babi atau influenza A (H1NI) kepada seluruh penduduk negara ini.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut merupakan tindakan yang paling berkesan bagi mengawal penularan wabak itu dengan memberikan garis panduan yang sepatutnya dilaksanakan oleh penduduk negara ini apabila menghidap demam atau selesema.

Status pada 5 Julai 2009
Untuk makluman semua, mengikut garis panduan WHO yang sedia ada (mula digunapakai ramai semasa Selsema Burung dahulu), keadaan semasa di Malaysia (malah di seluruh dunia) sekarang ini ialah telah memasuki Fasa 6 di mana ianya adalah fasa kritikal yang memerlukan tindakan-tindakan selanjutnya seperti penggunaan Topeng Muka dan jika perlu penutupan-penutupan premis awam seperti sekolah dan sebagainya.
Walaupun langkah penutupan sekolah (yang terlibat) umpamanya telah dilakukan oleh kerajaan, kempen (arahan?) penggunaan Topeng Muka masih lagi tidak dilakukan dengan serius oleh masyarakat.
Bagaimanapun kempen pendidikan awam secara besar-besaran ini bukanlah lagi kaedah seperti mana yang disyorkan oleh WHO pada Fasa 6 ini. Kempen sebegini perlu diadakan dan dipergiatkan semasa Fasa 2 dan Fasa 3 lagi. Sebagai contoh pada awal Julai, gejala penyakit H1N1 ini sudahpun memasuki Fasa 5 tetapi masih ramai masyarakat yang tidak tahu mengenai simptom-simptom dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
Mengapa kita terlambat? Mengapa garis panduan WHO secara berfasa ini tidak dipatuhi? Sedangkan garis panduan WHO ini mula digunapakai di Malaysia semenjak gelaja Selsema Burung pada tahun 2005 dahulu.
Salah seorang pensyarah saya dahulu, yang tidak pernah bertolak-ansur dengan tarikh akhir (date line) penghantaran tugasan sering mengingatkan saya tentang bahaya amalan mempratikkan ; "Better Late Than Never" (it is better to do something late than to not do it at all!). Amalan “Better Late Than Never” ini akan mempengaruhi seseorang itu untuk tidak menepati masa. Mungkin benar juga cakap pensyarah saya itu.
Kebetulan kelas saya semester ini untuk Kursus ERM berakhir pada minggu lepas dengan topik; PANDEMIC (BIRD FLU) RESPONSE PREPAREDNESS. Walaupun lebih menjurus kepada gejala Selsema Burung, persediaan mengawal dan menanganinya boleh digunakan untuk H1N1. Persediaan dan penangani pandemic ini mengikut garis panduan WHO.
Saya sertakannya di sini untuk pengkongsian bersama.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment