Wednesday, September 24, 2008

Melamine - apa yang mesti anda tahu?

Klik di sini untuk senarai lanjut.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Excellent in-house HSE Bulletin


I have received thru email this excellent publication of in-house UEM HSE Bulletin. Click here for full pages of this bulletin.

Mengapa mahu pulang ke desa semasa Hari Raya?

Gambar hiasan. Kontena menghempap kereta.

(Siratan berikut pernah saya siarkan dalam blog lama saya pada 4-September-2008)

Mengapa mahu pulang ke desa semasa Hari Raya?

Saya kemukakan soalan ini kepada pelajar-pelajar saya minggu lepas. Bukan kali ini sahaja. Setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri atau Aidiladha ataupun Raya Cina dan Krismas, saya akan mengutarakan soalan yang sama.

“En. Lukman lainlah kerana rumah orang tua dan mertua berdekatan dengan rumah sendiri!”, itu jawapan yang dibalas oleh kebanyakan mereka yang saya tanya.

Malah saya sendiri pernah berseloroh kepada kenalan bahawa saya tidak pernah bermasalah untuk membuang undi dengan isteri untuk memilih rumah mana yang hendak di-“hariraya”-kan tahun ini. Kalau pasangan lain bergilir setiap tahun, saya dan isteri saya ‘bergilir setiap satu jam”. Memang betul setiap satu jam! Sebab apabila berada di rumah orang tua saya, ada panggilan saudara mara ataupun kenalan sebelah isteri ingin berjumpa di rumah mertua. Kalau berada di rumah mertua pula ada sahaja panggilan dari rumah orang tua saya ; paklong dari Kelantan datanglah, makngah dari Kuala Lumpur singgahlah dan bermacam-macam lagi.

Maaf ! Isteri saya memahami pendirian saya yang ‘menongkah arus’ ini. Saya seboleh-boleh cuba mengelakkan dari ‘berkereta ke sana, berkereta ke sini’ semasa hari raya ataupun hari-hari menjelang dan hari-hari selepas hari raya. Mungkin terbawa-bawa saya sibuk menelaah pelajaran untuk tempoh hampir 10 tahun setiap kali menjelangnya hari raya dan ketika itulah peperiksaan akhir universiti saya dijadualkan.

Biasanya kalau di Hari Raya Aidilfitri, saya hanya ‘berumah’ di Taiping, Kalau Hari Raya Cina (kadang-kadang Hari Raya Aidil Adha !) pula saya ‘berhotel’ di Kuala Lumpur dengan melalui laluan pantai (coastal road) dari Taiping ke Manjung, Teluk Intan, Kuala Selangor, Kelang dan berakhir ke Kuala Lumpur dan kekadang terus ke Morib, Bagan Lalang dan Port Dickson.

Mengapa mahu pulang ke desa semasa Hari Raya?

Alasan untuk bertemu orangtua adalah alasan utama, apalagi hanya setahun sekali. Mengapa tidak bertemu di hari lain ? Mengapa tidak kerap bertemu jika ada peluang ? Kenapa hanya mahu bertemu di hari raya ?

Hari rayalah peluang untuk menemu sanak saudara lain yang sama-sama mengambil kesempatan bercuti-raya pulang ke desa ini untuk berjumpa. Mengapa tidak bertemu di hari lain ? Mengapa tidak kerap bertemu jika ada peluang ? Kenapa hanya mahu bertemu di hari raya ?

Mengapa perlu bersesak-sesak di atas jalan raya ? Ketika inilah ujudnya pelbagai hazard, bahaya dan menghampiri nyaris-hampir (incident/near miss) dan peluang untuk berlakunya kemalangan (accident).

Saya selalu memberitahu diri saya ; rebutlah peluang jika berkesempatan. Jumpalah, ziarahlah sanak saudara, adik beradik tidak kira masa atau hari yang khusus. Keutamaan kepada orang tua yang ketika ini masih hidup. Berjumpalah mereka sekerap mungkin. Ataupun hubungilah mereka sekerap mungkin. Tidak guna hidup di era berteknologi canggih ini jika satu panggilan telefon pun sukar dibuat.

(Maaf ! Siratan berakhir di sini sahaja kerana saya mahu menghubungi orang tua saya sekarang)

Thursday, September 11, 2008

Use only Sirim certified helmets

2,695 maut akibat cuai pakai topi keledar
Utusan Malaysia, 10-Sept-08


Pulau Pinang 9 Sept. - Seramai 2,695 orang maut di jalan raya di negara tahun lalu berpunca daripada kecuaian penggunaan topi keledar, kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris.

Menurutnya, kemalangan maut tersebut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal kerana tidak memakai topi keledar atau memakai topi tidak menepati piawaian ditetapkan.

"Tinjauan CAP turut mendapati ramai kanak-kanak yang membonceng motosikal tidak memakai topi keledar di jalan raya.

"Kalau pakai sekali pun, topi tersebut bukannya direka khas untuk motosikal memandangkan kebanyakannya direka bagi kenderaan tidak bermotor seperti basikal dan papan luncur beroda," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Idris memberi peringatan kepada semua penunggang motosikal agar sentiasa memastikan topi keledar yang dipakai itu mempunyai kelulusan daripada SIRIM.

Jelasnya, hasil tinjauan CAP juga mendapati banyak topi keledar diimport untuk pasaran negara ini tidak mendapat pengesahan daripada pihak SIRIM.

"Topi keledar untuk kanak-kanak memang sukar untuk didapati. Pihak kami hanya berjaya menemui sebuah kedai yang menjualnya. Itu pun topi keledar permainan.

"Selain itu, topi buatan tempatan untuk kerja-kerja pembinaan amat nipis dalam plastik biasa dan hanya menyediakan sedikit perlindungan untuk mengurangkan kesan hentakan dengan meletakkan label 'Bukan Untuk Kegunaan Motosikal," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa penunggang motosikal menggunakan topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM sahaja di samping mengendalikannya dengan cara betul serta menjaganya dengan baik agar penunggangan lebih selamat di atas jalan raya.

Wednesday, September 10, 2008

Lecur sebab penyembur nyamuk

Lecur sebab penyembur nyamuk
Kosmo, 1-Sept-08


Gua Musang - Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Tengku Bendahara, Bertam melecur di bahagian muka dan badan selepas terkena letupan sebuah tin penyembur nyamuk di halaman rumahnya di Kampung Jerek Baru dekat sini kelmarin.

Noratikah Kamarulzaman, 13, yang melecur dalam kejadian pukul 7 petang itu terus dihantar ke Hospital Gua Musang, sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

Ibunya, Surihana Awang, 34, berkata, kejadian itu berlaku ketika anaknya sedang membakar sampah seorang diri di halaman rumah tanpa menyedari tin penyembur nyamuk itu ada di dalam timbunan sampah berkenaan.

Katanya, semasa kejadian dia berada di dalam rumah dan selepas terdengar bunyi letupan kuat, dia terus bergegas keluar dan mendapati pakaian Siti Noratikah sedang terbakar.

"Anak saya menangis dengan kuat dan saya terus padamkan api yang sedang menyala di bahagian seluar serta bajunya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Surihana berkata, sebaik sahaja api itu dipadamkan didapati Siti Noratikah melecur di bahagian badan serta muka. - Bernama

Hindari tragedi menjelang Aidilfitri

Gambar kemalangan maut penunggang motosikal di Pulau Pinang awal tahun ini.

Minda: Hindari tragedi menjelang Aidilfitri
Berita Harian, 4-Sept-08

Selepas menjalani ibadat puasa selama sebulan, umat Islam akan pulang ke kampung halaman bertemu ahli keluarga yang sudah lama berpisah untuk meraikan Aidilfitri.

Namun, di sebalik kemeriahan itu, ada juga keluarga yang melalui saat kesedihan apabila menerima khabar buruk sanak saudara terbabit dengan kemalangan jalan raya.Malah, baru beberapa hari saja menyambut Ramadan, kita sudah disajikan beberapa laporan kemalangan di media yang cukup mencengkam jiwa.

Memang kita sentiasa berdoa supaya perjalanan pergi dan pulang selamat, tetapi malangnya saban tahun terutama setiap kali sambutan perayaan, pasti kita disajikan dengan berita kemalangan jalan raya yang sentiasa berulang.

Ada juga yang menerima berita malang itu sebagai takdir, tetapi pada masa sama adakah kemalangan akibat memandu terlalu laju dan cuai juga mahu dikatakan takdir?

Kerajaan, pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerap berusaha menerusi kempen dan penguatkuasaan di jalan raya untuk memastikan tragedi kemalangan tidak menjadi pemusnah kemeriahan Aidilfitri.

Kita masih alpa dan tidak mengambil sebarang pengajaran terhadap kejadian yang berlaku.Masih ada pengguna jalan raya memandu dalam keadaan terburu-buru untuk tiba ke kampung secepat mungkin sehingga mengabaikan faktor keselamatan.

Berdasarkan Ops Sikap XIII sempena Aidilfitri bermula 7 hingga 21 Oktober 2007, sebanyak 15,911 kemalangan dicatatkan dengan kemalangan maut sebanyak 203 kes.

Dalam tempoh itu juga, jumlah kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 225 kes. Menerusi Ops Sikap XIII, polis menggunakan empat pendekatan iaitu pemantauan bas secara penyamaran, bantuan daripada pegawai kerajaan kumpulan A bagi mengesan kesalahan lalu lintas, mewujudkan pegawai pemantau yang membuat rondaan menyeluruh terutama di kawasan yang sering berlaku kemalangan dan pengawasan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Jika dibandingkan dengan Ops Sikap XI sempena perayaan sama pada 17 hingga 31 Oktober 2006, terdapat penurunan dalam kes kemalangan maut iaitu 213 manakala jumlah kematian yang catatkan pada tahun itu ialah sebanyak 228.

Bagaimanapun, kemalangan keseluruhan meningkat 195 kes iaitu 15,911 kes berbanding 15,716 kes pada 2006.

Mengikut laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), terbabas sendiri mencatatkan jumlah tertinggi punca kemalangan maut pada Ops Sikap XIII iaitu sebanyak 55 kes diikuti makan jalan (31), cuba, sedang memotong dan tukar laluan (26), tidak nampak atau tidak perasaan kenderaan lain (21), cuai melintas jalan (14), cuai keluar atau masuk simpang jalan susur (12), mengekori dengan rapat (11), lain-lain (10), tidak diketahui (lapan), pusingan U, patah balik atau menyeberang (tujuh), melawan aliran trafik (enam) serta masing-masing satu kes tidak mengikuti lampu isyarat merah dan leka/ berangan/ letih/mengantuk.

Pecahan kematian mengikut pengguna kenderaan dalam tempoh itu pula menunjukkan pengguna dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah paling ramai iaitu 121 mangsa korban diikuti pemandu dan penumpang kereta seramai 54.

Ia diikuti pejalan kaki seramai 23 orang, lain-lain (14), pemandu dan penumpang lori (enam), basikal (lima) dan masing-masing seorang bagi kategori pemandu dan penumpang van serta bas.

Penurunan dalam kes kemalangan maut bagi Ops Sikap XIII dan Ops Sikap XI mungkin satu kejayaan jika dilihat dari sudut statistik, namun bagi keluarga mangsa, kesedihan tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Ini cerita tahun lalu, bagaimana pula bagi Ops Sikap yang bakal dijalankan pada bulan ini sempena sambutan Aidilfitri 1429 Hijrah?

Berdasarkan kajian, kadar kemalangan jalan raya meningkat berikutan pertambahan jumlah kenderaan berdaftar di seluruh negara yang kini mencatat kira-kira 16.5 juta dan sikap pemandu adalah faktor penyumbang kepada berlakunya kemalangan berbanding faktor jalan raya, teknikal, cuaca dan keadaan kenderaan.

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan paling tinggi maut dalam kemalangan iaitu 17 kali ganda risiko berbanding kereta, malah pada Aidilfitri lalu golongan itu paling banyak dikenakan saman.

Kesalahan biasa yang kerap dilakukan pemandu adalah seperti menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memandu secara melulu serta berbahaya.

Menjadikan jumlah kemalangan jalan raya ke angka sifar memang mustahil disebabkan beberapa faktor penyumbang selain pertambahan kenderaan saban tahun namun langkah sebaiknya perlu dilakukan pengguna jalan raya.

Agensi membabitkan keselamatan jalan raya seperti polis trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan memainkan peranan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi.

Pengguna juga perlu bertindak bijak dan mengawal emosi ketika berada di atas jalan raya. Di masa lain, kita mungkin seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun namun sikap itu hilang ketika berada di jalan raya.

Kita secara tiba-tiba mementingkan diri serta cepat marah sehingga menyukarkan kita untuk berdisiplin dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Bagi pengguna yang mahu melakukan perjalanan jauh pulang ke kampung atau bercuti, terdapat beberapa panduan seperti mengamalkan pemanduan berhemah kerana ia adalah langkah terbaik mengurang kemalangan.

Fahami undang-undang lalu lintas, memandu dalam keadaan mental dan fizikal yang baik, pastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, elak daripada mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat serta pastikan mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

Di laman web JKJR, turut disenaraikan lapan petua keselamatan jalan raya iaitu merancang perjalanan, sentiasa ikut had laju ditetapkan, berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan sewaktu menukar lorong.

Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

Patuhi garis panduan keselamatan ketika memotong, jangan lakukannya jika teragak-agak. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan serta tidak mencelah antara kenderaan.

Sebenarnya, faktor utama menyumbang kepada kemalangan di jalan raya adalah sikap pemandu kenderaan itu sendiri.

Selagi sikap berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya diabaikan, selagi itulah nahas jalan raya sentiasa dimuatkan dalam dada akhbar, terutama apabila menjelang musim perayaan.

Justeru, pada bulan Ramadan yang mulia ini sama-samalah kita berdoa semoga umat Islam dapat menjalani ibadat dengan sempurna dan meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan bukan kesedihan.

3 men with no safety gear killed on the job


3 men with no safety gear killed on the job
NST, 4-Sept-2008

Kuching: Three Telekom Malaysia contractors were killed and another injured when the telephone pole they were replacing accidentally touched a nearby electric cable in Stutong Baru yesterday.

Davendra Sani Asan, 28, Isaac Elkana, 34, and Philips Loven, 25, were killed on the spot in the 5.50pm incident. Their colleague, Cornelies Engki, 18, sustained minor injuries.Witnesses said the three men were working without safety gear when the tragedy struck. Some saw them pulling down the old telephone cables with their bare hands.One of the contractors' colleagues, Josey Mahay, said he was installing telephone cables at a house nearby when the incident occurred.


"I heard what sounded like a blast and someone calling for help.

"I ran out of the house I was working in but it was too late. They were already dead."Josey confirmed that the men were not wearing safety gear while working."It is normal for us," he said.


District police chief Assistant Commissioner Wong Wai Loong said the bodies of the men were sent to Sarawak General Hospital for a post-mortem.

Labourers electrocuted to death
The Star, 4-Sept.08

Kuching Three labourers were electrocuted to death when they were replacing a wooden telephone post with a steel one at the Stutong Resettlement Scheme here yesterday.

Issac Elkana, 31, his nephew Davendra Sani Asan, 21, and Philipos Loren, 18, all from Kampung Stutong, were raising the steel post into position when it accidentally hit the overhead electricity cables. They were killed instantly.

Issac leaves a wife and five children, while Davendra had just got married a few months ago.

The three were among a group of six workers of a Telekom subcontractor.

The other three were unhurt.

Tiga maut terkena renjatan elektrik
Berita Harian, 4-Sept-08

Kuching: Tiga pekerja kontrak Telekom Malaysia (TM) maut terkena renjatan elektrik selepas tiang telefon yang cuba ditegakkan tumbang sebelum terkena kabel Sarawak Elektrik Berhad (SEB), di Stutong Baru, di sini petang semalam. Dalam kejadian jam 5 petang itu, Davendra Sani Asan, 28; Isaac Elkana, 34, dan Philips Loven, 25, semuanya dari Kampung Stutong, disahkan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi rakan mereka, Cornelius Engki, 18, cedera kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Wong Wai Loong, berkata kumpulan pekerja kontrak TM berkenaan dipercayai cuba menggantikan tiang telefon lama yang patah secara manual.


"Mangsa yang maut dipercayai memegang tiang besi berkenaan secara terus, manakala pekerja lain hanya membantu menarik tiang menggunakan tali sebelum tumbang dan mengenai kabel elektrik.

"Akibat renjatan elektrik, tiga mangsa yang maut terpelanting kira-kira tiga meter, manakala seorang lagi melecur kaki kanan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Wong berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut namun tidak menolak kecuaian sebagai punca utama dengan pihak kontraktor tidak menggunakan jentera bagi menaikkan tiang berkenaan.


"Polis akan menyiasat kes ini dan jika ada unsur kecuaian, majikan boleh didakwa kerana tidak mematuhi prosedur kerja mengikut undang-undang sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Rumah Mayat, Hospital Umum Kuching (HUS) dengan bedah siasat dijangka dilakukan selewat-lewatnya petang ini sebelum ahli keluarga dibenarkan menuntut jenazah.


Sementara itu seorang pekerja, Josey Mahay, 21, berkata kejadian berlaku cepat dengan pekerja lain berdekatan kumpulan yang sedang menaikkan tiang tidak dapat berbuat apa-apa.

"Saya berada dalam lori sebelum terdengar bunyi letupan kecil dengan tiga rakan yang sedang cuba menaikkan tiang sudah terbaring atas tanah manakala Cornelius menjerit kesakitan.


"Pihak syarikat memang ada membekalkan sarung tangan tetapi mereka mungkin tidak memakainya kerana menjadi kebiasaan tugas menaikkan tiang tidak lama serta tidak berbahaya," katanya.

JAS, jangan bagi muka kepada mereka ini!

JAS, jangan bagi muka kepada mereka ini!

Kompaun JAS negeri banyak tertunggak
Berita Harian, 6-Sep-2008

Jabatan Audit Negara mencadangkan supaya tindakan mahkamah dikenakan terhadap pengeluar buangan terjadual yang gagal menjelaskan tunggakan kompaun sehingga tahun lalu sebanyak RM431,300.

Laporan Ketua Audit Negara 2007 berpendapat, tindakan tegas itu penting sebagai amaran kepada pengeluar lain yang tidak mematuhi peraturan.

“Pemeriksaan mendapati, tindakan yang diambil hanyalah dengan memberi surat peringatan walaupun ada pengilang yang dikenakan lebih daripada satu kompaun,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Pengeluar buangan terjadual ialah kilang yang mengeluarkan buangan terjadual dalam proses pengilangan bahan siap seperti minyak pelincir terpakai dan minyakhidraulik terpakai. Statistik menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah tunggakan tertinggi dengan RM206,000, diikuti Negeri Sembilan (RM126,000), Johor (RM44,000), Sabah (RM39,000) dan Pulau Pinang sebanyak RM8,000.

Ambrin berkata, pemeriksaan Audit juga mendapati Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dan Pulau Pinang tidak menyelenggara Daftar Kompaun dengan kemas dan terdapat kompaun yang dikeluarkan tidak direkodkan dalam daftar berkenaan.

Terompah kayu, alternatif yang sesuai untuk ke bilik air?


Terompah kayu, alternatif yang sesuai untuk ke bilik air?

Minggu lepas saya ke klinik menemankan isteri yang kurang sihat. Kami ke Klinik Ananda di Kamunting. Dr. Ananda ini adalah orang lama dan agak terkenal di Taiping. Walaupun berbadan gempal, beliau senantiasa mengamalkan “exercise” dengan menaiki Bukit Larut hampir setiap petang.

Seperti biasa kami berbual kosong selepas dia memeriksa isteri saya. Entah bagaimana Dr. Ananda menyuarakan kebimbangannya terhadap amalan bilik air (bilik mandi dan tandas) di Malaysia ini yang sentiasa basah. Keadaan yang basah ini bukan sahaja bahaya dari segi keselamatan (safety) malah juga menyebabkan bahaya dari segi kesihatan dan hygiene.

Dr. Ananda memberi satu alternatif yang sesuai kalau keadaan basah ini tidak dapat dielakkan. Gunakan terompah kayu. Jangan guna selipar Jepun!

Ketinggian terompah itu sendiri sudah dapat mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan jumlah air dari terkenal kaki. Ini adalah untuk mengelakkan dari air yang tercemar terutama di dalam tandas.

Sifat semulajadi kayu itu sendiri yang lebih mudah menyerap air jika dibandingkan dengan sifat getah (getah campuran) pada selipar Jepun. Ini juga akan cirri-ciri hygiene.

Tapak kayu pula lebih berkesan “lekatannya” pada permukaan lantai yang licin jika dibandingkan dengan selipar Jepun.

Bagaimanapun terompah yang dipilih mestilan mempunyai saiz kelebaran dan juga pelapik atas yang sesuai. Agak sukar ketika ini untuk mendapatkan saiz terompah yang besar. Mungkin pengeluarnya juga hendak menjimatkan kos pembuatan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com

*Begitupun perlu dingat, bukan semua pengguna yang mampu menguasai langkah berjalan dengan menggunakan terompah ini. Mungkin ianya alternatif terbaik untuk kesihatan dan hygiene tetapi boleh mendatangkan masalah kepada keselamatan
.

Taufan di Singapura minggu lepas




Taufan di Singapura minggu lepas.

Singapura adalah jiran terdekat Malaysia yang berkongsi zon Khatulistiwa. Bersediakah kita menghadapi taufan ini?

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com

*Gambar-gambar diterima melalui email.

Tuesday, September 9, 2008

OSHE Bulletin Sept 2008

Click here to view the full 8 pages of this bulletin
Sdra Lukman,

Salam. Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan Tahun ini.

Meet again with the latest OSHE Bulletin - Sept 2008.

In this issue, I have included many interesting articles including:
1. Effective training implementation on Safety & Health issues.
2. Driving big vehicles - Employers Beware!
3. Heat Stress vs. Cold Stress
4. Work Stress Management Workshop - Very relevant course for employees
5. Manual Handling Risk at workplace
6. and, that heart-stopping moment at Beijing 2008 Olympic.

Please share it with you friends.

TQ. Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan.

Prof. Shukor.

Wednesday, September 3, 2008

Bekas Makanan Daripada Sisa Tebu Alternatif kepada "EcoPack"

Ku Nor Zawani menunjukkan bekas makanan daripada sisa tebu atau dikenali juga dengan BPE sebagai alternatif menggantikan eco-pack

Bekas Makanan Daripada Sisa Tebu Alternatif kepada "EcoPack"
3-Sept-2008, UUM

Bekas makanan mesra alam yang baru akan diperkenal kepada masyarakat Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai alternatif kepada eco-pack yang sedia ada.

Dihasilkan daripada sisa tebu, bekas makanan ini sesuai digunakan di semua premis perniagaan dalam kampus bagi mengatasi masalah kekurangan stok eco-pack.

Dengan warnanya yang putih bersih, dan dikenali sebagai "BPE" bahan yang diimport dari Thailand ini dijangka mampu menyelesaikan kekangan yang dihadapi oleh pihak Koperasi UUM yang bertindak sebagai pembekal kepada pengusaha makanan di kampus.

Pembekalan eco-pak menghadapi masalah apabila kilang yang mengeluarkan bahan tersebut mengalami kerosakan mesin. Kilang ini yang terletak di Segamat, Johor merupakan satu-satunya pengeluar eco-pak di dunia.

Teknologi pengeluaran eco-pak dibawa dari Taiwan. Proses pembaikannya juga menggunakan juruteknik dari Taiwan.

Untuk rekod, eco-pak adalah bahan yang diperbuat daripada sisa kelapa sawit dan merupakan hasil kajian bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan syarikat Ecofuture Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia.

Pengusaha Kafe Ingkar Akan Ditamatkan Perkhidmatan
2-Sept-2008, UUM


Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) yang Ke-138 (Bil.8/2008) pada 19 Ogos lalu bersetuju supaya semua pengusaha restoran dan medan selera yang tidak mematuhi peraturan mengenai penghapusan penggunaan polisterin dan bahan-bahan plastik serta telah dikenakan denda sebanyak tiga kali dan melanggar dasar-dasar yang telah ditetapkan ditamatkan perkhidmatan.

Antara dasar yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

a) Amaran pertama dikeluarkan apabila aduan diterima dari pasukan pemantau.
b) Dalam tempoh tujuh (7) hari pemerhatian akan dibuat oleh pasukan pemantau dan amaran kedua dikeluarkan sekiranya pengusaha masih melanggar peraturan tersebut.
c) Sekiranya pengusaha masih melanggar peraturan tersebut selepas tujuh (7) hari dari tarikh amaran kedua dikeluarkan, amaran terakhir akan dikeluarkan.
d) Denda sebanyak RM300 akan dikenakan sekiranya pengusaha masih ingkar selepas tujuh (7) hari amaran terakhir dikeluarkan.

Mesyuarat juga turut meluluskan penubuhan pasukan ’Task Force’ yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bagi menangani masalah dengan pengusaha kafeteria dalam Kampus UUM.

Daripada:
Pejabat Perhubungan Awam
Universiti Utara Malaysia
Tel: 04-928 3006/3007/3013/3014
Faks: 04-928 3016
E-Mel: prouum@uum.edu.my

Tuesday, September 2, 2008

Ajar kanak-kanak pentingnya mencuci tangan

Pelajar diajar cara betul mencuci tangan menggunakan produk Dettol.

Ajar kanak-kanak pentingnya mencuci tangan

Oleh Rosmawati Mion / Utusan Malaysia / 2-September-2008

Amalan mencuci tangan perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak sejak awal lagi kerana ia merupakan langkah awal dalam menjaga kebersihan diri.

Kepentingan menjaga kebersihan akan membuatkan diri seseorang itu lebih sihat selain mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit khususnya kepada kanak-kanak.

Malah, amalan tersebut juga boleh dijadikan usaha permulaan terbaik dalam melahirkan generasi yang peka terhadap kebersihan diri dan persekitaran.

Menyedari hakikat itu, Reckitt Benckiser (pengeluar jenama Dettol) bersama Pusat Perubatan Pantai baru-baru ini tampil melancarkan Kempen Membasmi Kuman dengan menekankan kepada kebersihan diri melalui amalan mencuci tangan.

Kempen yang dimulakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Bangsar itu akan diteruskan di 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang.

Menurut Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser (M) Sdn. Bhd., Catherine Tantoco, kempen tersebut dilancarkan bertujuan memberi didikan dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang amalan kebersihan diri dan kepentingannya dalam mengurangkan risiko jangkitan ketika berada di rumah mahupun persekitaran.

‘‘Mencuci tangan adalah langkah yang paling mudah, ringkas tetapi berkesan untuk menghalang merebaknya jangkitan penyakit seperti demam selesema, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan influenza.

‘‘Apa yang mereka perlukan hanya air, sabun dan keinginan untuk menjadikan ia sebagai amalan dalam diri mereka,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kanak-kanak selalunya belajar melalui pemerhatian. Justeru, ibu bapa, guru dan penjaga perlu memainkan peranan aktif sebagai role model kepada kanak-kanak tersebut.

Kajian yang dijalankan di Afrika Selatan juga menunjukkan wujud pengurangan dalam jangkitan penyakit kulit, sistem pernafasan dan gastousus di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun seandainya ahli keluarga mereka bersama-sama memainkan peranan aktif dalam memberi didikan berkaitan kebersihan diri.

Malah, soal selidik berkaitan kebersihan yang dilakukan Dettol ke atas 1,000 penduduk di negara ini turut mendapati kebanyakan mereka iaitu 47 peratus bersetuju bahawa mencuci tangan adalah langkah paling berkesan untuk mencegah jangkitan kuman.

Namun, biarpun rata-rata kanak-kanak sebenarnya mencuci tangan mereka terutama sebelum makan, apa yang perlu diteliti adalah tempoh pencucian yang dilakukan mereka.

Sebaiknya, tangan dicuci dalam tempoh 20 saat bagi memastikan ia benar-benar bersih.

Jadi tidak hairanlah, pada kempen di SK Bukit Bandaraya, Dettol mengajar pelajar sekolah tersebut cara yang betul mencuci tangan menerusi tujuh langkah mudah.

Bagi menggalakkan mereka melakukan apa yang dipelajari di kempen berkenaan khususnya mencuci tangan, Dettol turut memberikan gelaran Hero Kebersihan seandainya mereka dilihat sentiasa mementingkan kebersihan ketika disekolah, di samping mempunyai kedatangan penuh di sekolah selama tiga bulan berturut-turut dan menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan mereka.

Tiga blog baru berkaitan OSH


http://e-osh.blogspot.com/


http://grand-safetyhealth.blogspot.com/