Anti-Tifoid & Pengendali
Makanan (Food Handler)
Peraturan 11, Peraturan Kebersihan Makanan
2009, pemilik premis makanan hendaklah tidak menggaji atau membenarkan
mana-mana pengendali makanan bekerja di premisnya melainkan jika mereka diberi
suntikan vaksin (pelalian anti-tifoid) oleh pengamal perubatan berdaftar
Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009, semua pengendali makanan, sama ada warga asing atau tidak, perlu
mendapatkan suntikan vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar
Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga
mensyaratkan peniaga mendapatkan vaksin ini kepada diri dan pekerja mereka
sebelum diberi lesen berniaga
Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali
sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh
bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus
Salmonella Typhii
Penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia
dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar
oleh najis
Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan
ini bagi setiap tiga tahun untuk mengelak penyakit bawaan air.
1 comment:
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan kepada semua pengendali makanan untuk menjalani Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang diiktiraf sahaja.
Pengendali Makanan yang dimaksudkan adalah merangkumi:-
• Pengusaha Premis Makanan
• Pekerja Pengeluaran
• Tukang Masak
• Pembantu Dapur
• Pemandu Kenderaan Membawa Makanan
• Pekerja Gudang Makanan
• Pekerja Pasaraya
• Mana-Mana Sektor Yang Menyediakan Perkhidmatan
• Penyediaan Makanan
• Penyimpanan Makanan
• Penjualan Makanan Seperti Hotel/Resort
• Kilang Pengeluaran Makanan
• Dapur Dan Kantin Sekolah
• Pasaraya-Pasaraya
• Pembekal Makanan Kerajaan
• Katerer
• Kedai Runcit
• dan lain-lain berkaitan pengendali makanan.
Peraturan 30 dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan, mana-mana pengendali makanan yang didapati gagal untuk menjalani Latihan Pengendali Makanan dan mendapatkan sijil penyertaan dari institusi yang diiktiraf, boleh jika disabitkan kesalahan dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 10,000 atau 2 tahun penjara.
Post a Comment