Tuesday, September 15, 2015

See and be seen – melihat dan dilihat










See and be seen – melihat dan dilihat

Myvi saya sudah berusia 8 tahun. Kaca cermin lampu sudah pudar. Hari ini saya cerahkannya semula (kilatkan).

Berikut adalah posting saya sebelum ini. Rujuk link ini.

See and be seen – melihat dan dilihat

Saya difahamkan beberapa organisasi multi nasional di Malaysia telah menguatkuasakan kenderaan syarikat yang dipandu di waktu siang mesti dipasang lampu siang (day lights). Ini selaras dengan peraturan keselamatan yang dibuat oleh syarikat induk mereka di luar negara.

Pengguna motosikal umpamanya telah lama mengamalkan amalan memasang lampu di waktu siang. Pada pertengahan 80an, sewaktu saya mula menunggang motosikal berkuasa besar yang diimport tidak mempunyai suis lampu. Acapkali ditegur oleh pengguna jalan raya lain yang menyangkakan saya terlupa menutup lampu!

See and be seen – melihat dan dilihat, adalah salah satu elemen keselamatan. Pemandu yang memandu kenderaan bukan sahaja berkemampuan melihat kenderaan lain (pengguna jalan raya yang lain) di hadapan dan di sekeliling kenderaan yang mereka pandu tetapi kenderaan mereka juga hendaklah boleh dilihat oleh pengguna kenderaan yang lain.

Kerap kali kenderaan yang dipandu pada waktu malam atau lewat petang terutama di kawasan bandar dipandu oleh pemandu yang tidak menyalakan lampu kenderaan mereka. Mungkin pemandu ini lupa atau leka kerana mereka mula memandu pada hari masih cerah ataupun mereka memandu di kawasan di mana pencahayaannya terang.

Bagaimanapun kenderaan tanpa pemasangan lampu sebegini terutama lampu belakang amatlah merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beberapa hari lepas semasa saya menunggang motosikal dalam hujan lebat sekitar jam 7.00 malam dari Prai ke Taiping, saya terserempak dengan beberapa buah kenderaan yang tidak menyalakan lampu. Saya pasti pemandu kenderaan ini mempunyai pengelihatan (mata) yang bagus sehingga tidak memerlukan lampu hadapan kereta untuk melihat kenderaan di hadapan tetapi pemandu ini mesti ingat tanpa lampu belakang, kenderaan mereka hampir tidak dapat dilihat oleh pemandu dan pengguna jalan raya lain di belakang mereka.

Pada masa yang sama terdapat juga kenderaan lama yang cermin lampu kenderaan mereka sudah pudar dimakan usia. Pemilik kenderaan sebegini bertanggungjawab memastikan cermin lampu mereka yang dimakan usia ini tidak mengurangkan kecerahan cahaya lampu kenderaan mereka.

Atau sudah sampai masanya adanya satu peraturan yang memestikan cermin lampu sesuatu kenderaan tersebut ditukar mengikut tempoh usia hayatnya?

No comments: