TANIZAWA SAFETY HELMET
Awal tahun ini sewaktu mengendalikan kursus OSH di sebuah
industri automobile Jepun, sewaktu memasuki production assembly line, saya
diberi pinjam sebuah Safety Helmet berjenama Tanizawa. Kali pertama melihatkan safety
helmet ini terus saya jatuh hati kepadanya.
Pada saya sekarang ini adalah satu unit Tanizawa Safety
Helmet. Pengedarnya berpusat di Utara Semenanjung. Terdapat dua warna pilihan
iaitu Puteh dan Kuning. Memandangkan saya sudah ada dua safety helmet berwarna
kuning, saya memilih safety helmet berwarna puteh.
Safety Helmet yang ada pada saya hanya “helmet”, satu
risalah “safety helmet instruction” dan satu tag pengedar. Tiada pembungkus asal
sama ada beg plastik atau kotak.
Saya hanya mengetahui model Safety Helmet ini berpandukan
sticker yang dilekatkan di dalam cengkerang yang tertera 148-E3, ABS serta logo
JIS.
Manakala dalam risalah “safety helmet instruction” tiada
tercatat nama model dan bahan (material) nya tertera FRP !
Rujukan saya dalam internet menunjukkan safety Helmet
Tanizawa ini diperbuat dari empat (4) bahan berbeza iaitu ABS, FRP, PC dan PE.
Setiap bahan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing.
ABS (Acrylonitrile butadiene styrene) atau dikenali
juga sebagai thermoplastic polymer. Sekarang ini kebanyakan barang isi
rumah
(household) dan pengguna (consumer) diperbuat dari ABS. Antara kelebihan
ABS ialah sifat serapan hentakannya (shock
absorbance).
FRP (Fibre-reinforced plastic atau fibre-reinforced polymer)
adalah bahan komposit polymer matrix yang di-reinforced dengan. Fibres yang
digunakan biasanya glass, carbon, basalt oraramid, dan kadang-kadang turut digunakan fibres lain seperti
kertas, kayu, atau asbestos. FRPs digunakan dalam pembuatan aerospace,
automotive, marine, construction industries dan ballistic armo. Kelebihannya
ialah sifat ringannya.
PC (Polycarbonates), terdiri dari kumpulan thermoplastic polymers. Kelebihannya mudah diproses, diacuankan
dibentuk secara terma. Permukaan hasil bentukan adalah licin (smooth surfaces).
PE (Polyethylene) adalah plastik
biasa yang diperbuat dari petroleum atau gas asli. Masalah besar penggunaannya
ialah ianya bukan bahan mudah dilupuskan
secara semulajadi (biodegradable). Terdapat juga kajian PE diperbuat
dari sumber makanan seperti bijirin gandum dan tebu. Kelebihannya ialah daya
tahan bahan kimia yang tinggi (excellent chemical resistance).
Di Malaysia sekarang ini
terdapat banyak pengedar Safety Helmet Tanizawa ini dan juga safety helmet yang
hampir serupa yang dibawa-masuk dari Jepun, Korea serta Taiwan. Mungkin tidak
lama lagi (atau mungkin sudah ada) yang diperbuat dari China.
Apapun saya berharap pengedar
Safety Helmet ini di Malaysia mempunyai maklumat penggunaan dan kegunaannya yang
secukupnya untuk dimaklumkan kepada pembeli dan/atau pengguna.
Antara ciri-ciri yang ada
pada Safety Helmet Tanizawa ini ialah (bergantung kepada model dan bahan
buatannya) – heat resistant, high temperature spec, light weight, excellent
electric resistant, chemical resistant, chemical and electric resistant, with
ventilation holes, big size dan kid’s factory tour.
Nota – saya belum berpeluang
untuk menguji-pakai lagi Tanizawa Safety Helmet Model 148-E3, ABS.
Kemungkinan besar saya akan memakai dan menguji-gunanya di hujung minggu
sewaktu kerja lapangan saya di sebuah kilang.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment