Thursday, July 31, 2014

Bila kali terakhir anda menukar injap tayar kenderaan anda?




Bila kali terakhir anda menukar injap tayar kenderaan anda?

Pengeluar tayar (dan kenderaan) biasanya mengesyorkan injap tayar (tyre valve) hendaklah ditukar setiap kali anda menukar tayar kenderaan anda.

Bagaimana pula kalau anda seorang yang selalu menjaga tekanan angin tayar? Penjagaan angin tayar yang sesuai dan betul akan memanjangkan lagi hayat tayar kenderaan anda.

Disebaliknya saya teralpa dengan tempoh penggunaan injap tayar. Awal tahun 2014 ini saya telah menukar kedua-dua tayar roda hadapan kereta Pesona saya dan juga injap tayar kedua-duanya. Oleh kerana bunga tayar roda belakang masih elok, saya bercadang hanya untuk menukarnya pada penghujung tahun ini bergantung kepada keadaan. Pada masa yang sama, saya tidak menukar injap tayar roda belakang ini.

Pagi tadi, saya dapati kedua-dua tayar roda belakang saya terutama di sebelah kiri agak kekurangan angin. Sebaik sahaja saya mengenakan muncung pengepam angin (nozzle) di stesen minyak hentian R&R Juru, injap roda tayar ini terus patah!

Saya tidak bermasalah untuk membuka empat bolt rim roda belakang kiri ini kerana saya sudah memastikan sebelum ini bolt rim ini tidak diketatkan secara melampau menggunakan mesin torque.

Bagaimanapun rim tersebut terlekat pada buyung (hub) roda. Pelbagai cara digunakan termasuk mengoyangkan dan menendang (atas dan bahawa) bahagian roda tetapi masih gagal.

Sehinggalah seorang pemandu lori berbangsa Cina (PCB 3519) menghulurkan bantuan dengan menggunakan pengetuk (hammer) yang berlapikkan getah.

Hanya ucapan ribuan terima kasih kepada insan yang bersusah-payah membantu tanpa sempat bertanyakan nama. Begitu juga kepada beberapa orang pemandu kenderaan lain yang cuba membantu sebelumnya. Terima kasih semua.

Saya teringatkan klip video seperti di bawah, yang saya sering gunakan sebagai bahan pembelajaran saya di dalam kelas. Malah paling akhir saya berkongsi klip video dengan staf Hicom Honda pada minggu lepas.

Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya.




No comments: