Saturday, October 5, 2013

Kerjaya SHO dalam industri perfileman



Kerjaya SHO dalam industri perfileman

“Filem sama ada berbentuk aksi atau fiksyen genre lain terdedah dan berisiko kepada kemalangan. Dalam Youtube banyak videoclip yang menunjukkan kemalangan yang berlaku di set pengembaraan.”

Minggu lepas saya berurusan dengan dua syarikat production house – satu urusan Safety Advisor (SHO?) dan satu lagi urusan OSH.

Atas rekomendasi pihak berkuasa dan juga kenalan, saya telah dijemput oleh sebuah syarikat production antarabangsa yang mempunyai cawangannya di Malaysia di Lembah Kelang untuk berbincang mengenai sebuah pengembaraan filem dokumentari akan diadakan di Malaysia.

Mulanya saya menyangkakan dokumentari ini berkaitan dengan OSH, sebab itu dari awal lagi melalui perbualan telefon saya bertanyakan skop bidang industri yang hendak difilemkan. Kalau Oil & Gas, saya mencadangkan agar diberikan peluang itu kepada orang lain yang lebih berkelayakan kerana pengalaman saya dalam bidang Oil & Gas ini amat-amat sedikit.

Rupa-rupanya syarikat production antarabangsa telah memilih Malaysia untuk pengembaraan dokumentari mengenai seorang tentera British di era 50/60 an yang berkhidmat di India. Beberapa lokasi dan premis yang bercirikan kolonia di Malaysia (Pulau Pinang, Cameron dan Fraser) telah dipilih sebagai set pengembaraan.

Mengapa Malaysia dipilih sedangkan latarbelakang dokumentari ini adalah di India? Saya dimaklumkan syarikat insuran antarabangsa (kepada syarikat production antarabangsa ini) telah menasihati agar dielakkan membuat pengembaraan di India atas alasan risiko yang tinggi. Dengan sebab itu syarikat production house ini memlih Malaysia sebagai alternatif.

Mengapa pula saya terlibat? Salah satu syarat tambahan yang dikenakan oleh syarikat insuran antarabangsa ini ialah syarikat production house antarabangsa ini perlu melantik Safety Advisor sepanjang masa pengembaraan dengan skop kerja lebih kepada Emergency Response serta hal-hal berkaitan OSH.

Ini perkara baru kepada saya (dalam perfileman) walaupun selama ini saya terlibat hampir 20 tahun dalam penyediaan perancangan Emergency Response untuk penganjuran kejuaraan Malaysian Cubprix, acara motorsport antarabangsa (London-Sydney Marathon, Vintage Car Rally 2000), Japan Enduro 2002 dan banyak lagi.

Ini juga bermakna peluang pekerjaan sebagai Safety Advisor (SHO?) akan lebih terbuka di Malaysia ini jika syarikat-syarikat production di Malaysia turut prihatin dan committed terhadap OSH ataupun syarikat insuran tempatan mengenakan syarat yang sama seperti yang dikenakan oleh syarikat insuran antarabangsa terhadap syarikat productin house antarabangsa ini.

Saya berharap agar selepas ini syarikat production house tempatan seperti milik Scop Production (Datuk Yusof Haslam), Metrowealth (David Teo), KRU dan  yang lain-lain turut melantik Safety Advisor bersama-sama krew yang lain semasa pengembaraan filem. Malah saya yakin ramai lagi pengamal-pengamal OSH di luar sana yang berupaya menjadi SHO ataupun Safety Advisor kepada syarikat production house tempatan ini.

Bagaimanapun pengamal-pengamal OSH yang berminat untuk menceburi bidang OSH dalam industri perfileman ini disarankan mendalami atau sekurang-kurangnya mempunyai asas-asas pengetahuan dalam perfileman. Secara kebetulan saya pernah terlibat dalam industri perfileman ini sebagai pelakon tambahan dalam beberapa buah filem dan drama pada penghujung 90an. Saya pernah berlakon di bawah arahan Datuk Yussof Haslam, A.R. Badul, Rahman Adam dan arwah Roslee Jalil. Malah semasa dalam industri perkilangan dahulu juga saya terbabit dalam pembikinan video korporat syarikat serta video OSH. Tambahan dari itu saya pernah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Ketua Juri pertandingan video-video OSH yang dihasilkan oleh beberapa industri perkilangan di Pulau Pinang anjuran JKKP Pulau Pinang pada tahun 2011.

Urusan yang kedua ialah Video OSH. Organisasi yang saya bekerja sekarang ini telah mementerai perjanjian dengan sebuah syarikat production house tempatan (yang sebelum ini aktif menerbitkan video OSH Socso) untuk menerbitkan sebuah video dokumentari OSH dalam masa yang terdekat ini. Tugas saya kali ini bukanlah sebagai Safety Advisor kepada syarikat ini tetapi lebih kepada menentukan halatuju dokumentari ini.

Bagaimanapun saya masih belum berpeluang bertanyakan kepada syarikat production house tempatan ini (milik seorang pelakon yang terkenal juga) sama ada syarikat mereka turut melantik Safety Advisor semasa melakukan pengembaraan. Maksud saya bukan semasa pengembaraan video OSH tetapi di setiap sesi pengembaraan untuk genre film lain yang mereka lakukan. Sebagai syarikat yang kerap terbabit dengan Socso dalam menerbitkan video OSH, seeloknyalah syarikat ini telah melantik seorang Safety Advisor.

Adakah di Malaysia selepas ini, syarikat production house (selain dari 10 kategori indusri dalam Perintah OSHA) akan mempunyai SHO yang berjawatan tetap? Adakah selepas ini di bahagian terakhir setiap filem atau drama akan tertera nama SHO (dengan nombor compentency) sebaris dengan nama-nama krew lain yang terlibat dalam pengembaraan?

Seperti dan selaras dengan nada Ir. Mohtar Deputy  DG DOSH dalam Seminar Pencegahan Kemalangan Socso dua minggu lepas, keperluan dalam OSH ini (termasuk SHO) sepatutnya lebih kepada peraturan kendiri dan bukannya semata-mata kepada perundangan.

http://oshthejourney.blogspot.com/

2 comments:

lukmanw@gmail.com said...

Berikut aalah 2 komen awal yg saya terima melalui email mailing list group NRG-SHE;

Salihin Abdullah

ah! Dahsyat. Mungkin SHO yg kerja dgn production house disamping advising OSH, boleh juga berlakon dalam filem filem lepas ini. Lagi mencabar kalau cerita yang melibatkan stuntman. SHO bidang ni kena train dengan stuntman academy kat Hollywood mungkin....

Saya teringat beberapa tahun lepas macam terbaca cerita stuntman yang mati dalam filem yang diarahkan Ahmad Idham. Antara isunya yang dibangkitkan setelah kejadian ini tentang stuntman dalam market ada yang bidang terjun tiada insuran dan persediaan keselamatan yang mungkin tidak mencapai tahap sepatutnya. Mungkin ada bagusnya SHO dibidang ini diwujdkan. Mungkin kriteria requirement resume ditulis seperti dibawah : -

- Possess Green Book
- Qualiified Advanced First Aiders.
- Swimming skilll and Life Saving certificate.
- Profesional Certificate Stuntman Safety
- Handsome, good looking and articulate ( Saje tambah sebab SHO nya mungkin boleh jadi Pelakon Utama. Save cost. haha ).

Muhamad Asri Mat Lazin


Dulu orang kata, di mana ada air di situ ada ikan. Dalam versi baharu,
di mana ada perkerjaan, di situ ada peluang bagi pengamal OSH. Elok
juga aktor yang segak bergaya tu hadiri kursus SHO. Bila saham dah
turun, boleh meneruskan kerjaya bersama selebriti. Dapat juga elak
bergaduh rebut jawatan seperti kes Seniman yang sedang dibicarakan.

Tapi, usah ada pula adegan SHO terlampau... Aww !

lukmanw@gmail.com said...

Dan ini email balasan saya -

Assalam sdr Salihin, Asri dan semua

Secara amnya untuk menjadi Safety Advisor kepada "mobile event" macam
sarkas ini tidaklah sehingga memerlukan compentency dlm (sehingga advanced level) dlm 1st aid, swimming & life saving. Kalau ada lagi bagus - value added.

Berdasarkan pengalaman saya lebih 20 tahun dalam "mobile event" ini
dan seperti saya sering berkongsi pegetahuan/pengalaman dlm kelas ERP
saya, (saya gunakan contoh Petronas Malaysian Cubprix dlm permohonan
lesen AAM dan insurance) berikut adalah basic requipment-nya:-

1. Means of access to and egress from it (kalau OSHA - Sect 15(2)(d)
2. Selected and notified (location, easier route, etc) referral
related emergency agencies. Eg. Hospital, police, bomba, neighbor (tok penghulu), etc (external resources - reachable)
3. Identified, trained and practiced (drill) in-house personnel. Eg. Person to act as driver to transport injured personnel to nearest referral hospital using the identified vehicle and identified mean of route earlier (avoid traffic, etc.) - (internal resources - identified)
4. For risk event (involved speed, etc) required standby ambulance
(Hospital, St John, JPAM, etc) and trauma unit.
5. Basic emercy equipment at side - 1st aid box, fire extinguishers,
stretcher and trained personnel plus emergency means of transport
(full tank of fuel, GPS, checklist + important no to contact, eg,
emergency ward, police etc, )
6. .List and details of all personnel at side

Kalau berkesempatan saya akan sambung lagi. Nota lengkap rasanya ada dalam blog saya atau dapatkan dari bekas pelajar Msc OSH UUM/Niosh.

Pada masa yang sama saya cuba minta kebenaran dari production house
antarabangsa ini untuk membenarkan saya membawa seorg-dua lagi SHO
yang berminat untuk menjadi pemerhati tugasan Safety Advisor di tapak pengembaraan. Di Pulau Pinang (kaki Bukit Bendera) pengambaraan awal (recce) akan dibuat pada hujung bulan Okt ini dan pengambaraan penuh bermula Dis/Jan 2014. Mereka yang berminat untuk turut serta boleh maklumkan kepada saya. Utk makluman sebelum ini beberapa SHO tlh mengikuti saya dlm tugasan sebagai Safety Advisor Cub Prix dan juga stimulasi MKN disaster di Terowong Menora (MVA dlm terowond dan Kuala Kedah (tsunami).