Wednesday, May 22, 2013

Manfaatkan teknologi – ID Tag Seminar tahunan OSH UniMAP




Manfaatkan teknologi – ID Tag Seminar tahunan OSH UniMAP

Hari ini untuk sekian-sekian kalinya saya hadir di UniMAP. Kali ini saya hadir sebagai penceramah Seminar Tahunan OSH UniMAP. Terima kasih saya kepada UniMAP amnya dan Unit KKP UniMAP khususnya yang masih berterusan setiap tahun menjemput saya. Sedikit terkilan kali ini kerana saya tidak dapat bersama-sama untuk kedua-dua hari seminar tahunan OSH UniMAP ini kerana pada masa yang sama terlibat dengan pengajaran kursus OSH di Penjara Koreksional Pauh. Mujurlah kedua-dua tempat ini agak berdekatan, jika tidak terpaksa saya memlih antara satu.

Posting kali ini saya tidak berhasrat untuk menyentuh mana-mana topik atau tajuk-tajuk yang dibentangkan dalam seminar. Saya ingin menyentuh idea baru bagaimana nota-nota pembentangan diedarkan kepada semua peserta.

Kebanyakan penganjur sekarang ini memilih cara tanpa kertas (paperless) untuk mengedarkan nota-nota pembentangan kepada peserta. Biasanya ia diedarkan secara softcopy melalui CD atau Thumbdrive.

Urusetia Seminar OSH UniMAP mengedarkan nota-nota pembentangan seminar mereka hari ini melalui storan 4G yang terdapat pada kad ID peserta dan juga pembentang. Maknanya ID tag peserta dimanfaatkan untuk disekalikan sebagai storan softcopy nota-nota pembentangan
.
Saya tahu ramai peserta yang mempunyai kegemaran menyimpan tag-tag ID kursus yang disertai. Malah saya juga membuat koleksi tag-tad ID acara motorsport yang disertai.  Itupun ada banyak lagi tag-tag ID entah di mana saya menyimpannya malah mungkin telah dibuang.

Sekurang-kurangnya saya dan peserta lain seminar tahunan OSH UniMAP ini mempunyai alasan untuk menyimpan tag ID seminar kai ini.


Antara tag-tag ID motorsport saya. Yang lainnya ada di dalam kotak setelah sebelum ini digantung agak lama di dinding.


No comments: