Bahan pembelajaran (& rujukan) OSH dari Harian Metro 10
Mei 2013
No. 1, Bahan (material) dari Niosh
Setiap Jumaat pasti saya akan merujuk ruangan Niosh di
Harian Metro ini. Hampir semua bahan-bahan OSH ini saya berkongsi dengan
pelajar-pelajar malah jika berkaitan saya sampaikan melalui ceramah dan seminar
yang saya kendalikan.
Cadangan penambahbaikan saya kepada Harian Metro ialah turut
mengadakan ruangan ini dalam Metro On-Line mereka di samping menyediakan kemudahan
untuk muat-turun dalam bentuk file Pdf.
No. 2, Kontraktor binaan didakwa atas FMA 1967, Seksyen 35 dan didenda atas FMA 1967,
Selsyen 51.
Perkembangan penguartkuasaan dan tindakan dari Dosh ini amat
penting diketahui oleh semua pengamal OSH (SHO). Ini bukan sahaja menunjukkan
komitmen Dosh tetapi pada masa yang sama SHO boleh menasihati (mengingati)
majikan masing-masing tentang keseriusan pihak berkuasa Dosh dalam menjamin
keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.
No. 3, Talian Hot-Line 24 Jam Pusat Racun Negara, USM
Talian Hot-Line 24 Jam ini merupakan satu langkah tindakan
segera dalam usaha menyelamatkan nyawa kepada mangsa yang terdedah kepada
racun.
Semoga di masa akan datang akan adanya Talian Hot-Line 24
Jam dari pihak berkuasa yang berkaitan dengan OSH – mungkin dari Dosh ataupun
Niosh yang mampu memberi maklumat dan sebagainya pada bila-bila masa
dikehendaki.
Akhir kata syabas dan tahniah kepada Harian Metro, Dosh,
Niosh dan PRN USM.
http://oshthejourney.blogspot.com
No comments:
Post a Comment